ads

Isnin, 2 Julai 2012

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Kos Bercuti <b>di Langkawi</b> @4H3M

Posted: 28 Jun 2012 05:00 PM PDT

Maybe ada yang nak tahu berapa kos bercuti di Langkawi. Anyway semasa cuti sekolah baru-baru ini, kami sekeluarga pi ke Langkawi dengan Airasia. Sempat berada di sana untuk 4 hari 3 malam. Anyway belanja keseluruhan adalah RM2,492. Jom kita tengok sedikit ringkasan (bukan semua belanja saya letak sini ya) mengenai kos-kos yang terlibat.
  • Pengangkutan: RM1,171
    • Airasia: RM710. Kami book tiket lambat juga lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh berlepas. Maybe kalau book lebih awal harganya lebih murah
    • Sewa kereta: RM270. Ambil picanto untuk RM90 sehari. Harga ini setelah minta diskaun RM10 untuk blogger. Kalau bukan waktu sekolah harganya RM60 aja sehari
    • Teksi (rumah ke airport): RM85.
    • Petrol: RM50. Just nice isi minyak untuk jalan-jalan. 
    • Bas: RM24. Yang ni from LCCT to KL Sentral pas tu dari KL Sentral ke rumah kitaorang ambil teksi @RM20.
  • Penginapan: RM180
    • RM180. Memang bertuah sebab majikan ada resort kat Langkawi. Kitaorang sewa 2 bilik pada kadar RM30 untuk satu bilik sehari. Kalau dok kat resort luar at least RM100 le sehari.
  • Makanan: RM330
    • Restoran Wan Thai: RM80. Memang sedap makanan kat sini. Lain kali bila melawat sini kena datang lagi
    • Tempat lain makan kat Jom Ikan Bakar memang sedap. Waktu lunch memang ramai betul yang makan kat sini. Tak sempat nak tulis entri kat restoran ini tapi bolehlah baca semasa saya ke sini semasa berkursus.
    • Sama juga dengan kat pasar malam. Ini pun semasa pi masa kursus. The Loaf pun sama.
  • Tempat Menarik: RM257
    • Underwater World. RM66. Saya memang suka betul tengok hidupan laut kat sini
    • Islands Hopping. RM90. Tempat ni pun enjoy tapi hati-hati dengan monyet kat Dayang Bunting ya
    • Cable Car. RM50. Nasib baik sempat naik benda alah ni sebab sebelum ini cuaca tidak mengizinkan
    • Mardi Agro Park. RM20. Macam-macam buah ada kat sini.
  • Cenderamata: RM554
    • Coklat. RM180. Memang sah kalau datang sini mesti beli coklat sebab harganya sangat murah
    • Periuk kaca Vision. RM195. Belilah untuk kenang-kenangan
    • Yang lain-lain macam keychains, baju, gambar semasa kat Cable Car dan macam-macam lagi
Tu le sedikit sebanyak yang saya dapat kongsi, semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada yang hendak pi ke Langkawi. Jom tengok tempat-tempat menarik di Langkawi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved