Rabu, 11 Julai 2012

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Pelajar Terima “Durian Runtuh” RM1,500 <b>Di Sik</b> | Darulaman &#39;Dot&#39; My

Posted: 27 Jun 2012 06:19 PM PDT

SIK 26 Jun – Seramai 168 pelajar di daerah ini yang ditawarkan mengikuti pengajian di politeknik di seluruh negara menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 seorang bagi membantu mengurangkan beban keluarga mereka melakukan persiapan memasuki institusi itu.

Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd. Tajudin Abdulah berkata, pemberian kali pertama bagi Parlimen Sik itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM252,000.

"Bantuan itu sekali gus membuktikan kerajaan Pusat sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan rakyat terutama di kawasan luar bandar," katanya pada majlis penyerahan wang tersebut di pejabat UMNO Bahagian Sik, di sini baru-baru ini.

Katanya, bantuan tersebut diberikan tanpa mengira kaum termasuk kepada 10 pelajar kaum Siam demi memastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.

Sementara itu, seorang pelajar warga Siam, Sikri Wan, 18, berkata, bantuan tersebut amat membantu golongan memerlukan sepertinya yang tinggal di luar bandar.

"Mungkin ada pihak yang sudah senang dan mewah serta tidak memerlukan wang bantuan itu tetapi bagi pelajar seperti saya, bantuan ini amat meringankan beban," kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Seorang lagi pelajar, Muhamad Asraf Jamil, 18, pula berpendapat, wang bantuan tersebut menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang berasal dari kampung sepertinya untuk membuktikan peluang disediakan tidak akan disia-siakan.

"Bagi kami di kampung tentunya masih berharap pembiayaan itu kerana ia akan membantu kami meneruskan pelajaran," katanya yang akan menyambung pelajaran di Politeknik Kuantan, Pahang. - Utusan

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan