Ahad, 15 Julai 2012

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Team Media Kedah: Eksklusif !!! PAS <b>Tanjung Dawai</b> tidak akan <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 05:36 AM PDT



Dalam Keadaan hendak menghadapi pilihanraya yang bila-bila saja bakal di umumkan, PAS Merbok terpaksa berhadapan dengan pergolakan dalaman yang sukar di bendung lagi kerana di sebabkan isu jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok.


Pergolakan ini melibatkan di antara YDP Kawasan Merbok sekarang, Dr Hamdan Mohamed Khalib yang juga merupakan Adun Tanjung Dawai dan bekas YDP Kawasan Merbok Tuan Haji Mohd Akhir Talib.


Menurut sumber dalaman PAS Merbok, kisah pergolakan ini bermula pertengahan tahun lepas setelah Dr Hamdan tanpa rasa hormatnya telas mencantas Mohd Akhir di dalam perebutan jawatan YDP Kawasan Merbok sehingga isu ini terbawa-bawa ke hari ini.


Bagi kebanyakan orang PAS di Merbok merasakan tindakan Dr Hamdan cukup biadap dan tamak, kerana dia sebagai wakil rakyat dan Exco Kerajaan Negeri tidak sepatutnya mencantas dalam perebutan jawatan YDP Kawasan yang sebelum ini di sandang oleh orang yang cukup berpengaruh dan menjadi punca kekuatan PAS di Merbok.


Apakah jawatan wakil rakyat dan Exco yang di miliki Dr Hamdan tidak mencukupi baginya sehinggakan jawatan YDP Kawasan pun hendak di sapunya ?


Apakah dalam banyak jawatan yang di sandangnya mampukah dia melaksanakan tanggungjawap kesemuanya dalam satu-satu masa atau dia hanya pentingkan sumber kewangan di setiap jawatan yang di sandang masuk ke poketnya ?


Selain itu Dr Hamdan juga menyandang dua jawatan penting dalam Jawatankuasa Eksekutif persatuan bola sepak Kedah (KFA) iaitu Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat walau pun di katakan langsung tiada pengalaman di dalam bidang pengurusan sukan bola sepak termasuklah sukan-sukan lain dan di katakan di antara penyumbang kemerosotan mutu persembahan pasukan bola sepak Kedah.


Didalam banyak jawatan yang di sandang, Dr Hamdan di katakan telah mengabaikan tanggungjawapnya sebagai YDP Kawasan dan wakil rakyat Tanjung Dawai sehinggakan orang PAS Merbok cukup merasa benci terhadap dia dan jangan terkejut apabila segelintir orang PAS Merbok yang mengundi di Tanjung Dawai menyatakan tidak akan mengundi Dr Hamdan sekiranya akan tercalon pada PRU 13 nanti.




Pisau Kedah :-


Patutlah semasa ceramah Mat Sabu di Kampung Bujang pada baru-baru ini langsung tak nampak muka Dr Hamdan, malahan nama pun langsung tak di sebut sedangkan ceramah yang di lakukan timbalan tok ketua PAS di buat di kawasannya.

gadisBUNGA: <b>Tanjung Dawai</b>

Posted: 05 Jun 2012 12:19 AM PDT


Petang. Tapi matahari masih tinggi lagi time ni. Takmau tunggu lah, so kitorang spent kejap je kat sini.

Ini muara Sungai Merbok sebenarnya...yang depan tu bukan pulau, tapi part of tanah besar jugak... Kalau ikut google map depan tu adalah Kampung Bagan Ulu, Kuala Muda. Yang macam batu tepi pasir tu bukan batu, tapi lumpur. Cemana GB tau? Sebab kaki GB dah terbenam masuk dah pun...sebab ingat batu kan... Pijak la, konon nak cari angle. Sekaliiii....amik!

Sunset dalam gambo ni belah kanan ye...dan GB syak boleh nampak sunrise jugak dari sini di belah kiri sebab it's a muara sungai kan... Belah kiri jugak ada jeti besaq tempat orang naik ikan... Mmmm... menarik.. menarik....

*

Haritu penah pegi kat muara Sungai Kelang pepagi buta, konon nak tembak sunrise la (sebab tengok dalam map macam logik je boleh nampak sunrise...), tapi sume tempat kat muara depa dah bukak jadi kolam udang. Hamfeh betei.....

**

Lepas dari Tanjung Dawai baru la singgah for almost-sunset kat Pantai Murni pulak yang macam GB post kat entri ni. Sori la sebab post gambo taruk tak ikut turutan...ngeeee....

P/S: Pasni kite ke tanjung kat selatan la pulak...hihihi~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan