ads

Sabtu, 11 Ogos 2012

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


MPP Online: AWAS!!! Hantu separuh badan ditemui <b>di Kulim</b>..

Posted: 25 Jul 2012 07:01 AM PDT

Pekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Hi-Tech dekat sini, gempar dengan kewujudan lembaga manusia separuh badan yang dilihat berjalan di sekitar kawasan kilang menjelang waktu tengah malam.

Seorang pekerja yang tidak mahu dikenali berkata, sejak kebelakangan ini, lembaga itu semakin kerap ditemui pekerja dan ini mengakibatkan ada dalam kalangan mereka yang takut untuk pergi kerja.

Menurutnya, ada dalam kalangan­ pekerja yang mengalami penyakit aneh setelah pulang dari bekerja malam.

"Sebelum ini, seorang pekerja wanita berasa badannya seram sejuk ketika melalui lorong pintu keluar dari kilang untuk kebangunan sebelah. Selain itu, mangsa juga mengadu rambutnya ditarik dari belakang.

"Kerana ketakutan, mangsa lari dan mendapatkan bantuan dari rakan sekerja. Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku. Kami pernah ternampak lembaga manusia berbadan separuh berjalan di sekitar kawasan kilang pada waktu lewat malam," katanya.

Menurutnya, kejadian ini sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbiran kilang tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil untuk memastikan masalah itu ditangani kerana lembaga yang dilihat berkeliaran di sekitar kilang masih berlaku.

Sementara itu, Pengerusi Pekida Labu Besar, Mohd Nordin Ismail yang melihat keadaan kilang itu berkata, pihak pentadbiran kilang seharusnya mengadakan majlis bacaan Yasin di surau untuk memastikan pekerja berada dalam keadaan selamat.

"Sebelum kawasan ini dibangunkan, ia merupakan kawasan hutan tebal dan pelbagai kejadian aneh sering berlaku. Semasa kerja-kerja meratakan tanah di kawasan ini dijalankan, ada beberapa pokok yang tidak boleh dipotong dan ia dibiarkan sehingga kini. Masalah ini bermula ketika bangunan kilang ini hendak memulakan pembinaannya.

"Kebanyakan pemaju akan mengadakan majlis pemujaan ditapak pembinaan meminta supaya kerja mereka tidak diganggu makhluk halus. Dengan cara ini perkara tidak diingini tidak berlaku sepanjang pembinaan dijalankan.

Setelah siap, tidak ada mana-mana pihak yang menjalankan upacara itu lagi. Ini mengakibatkan makhluk halus itu datang semula ke tapak kilang," katanya.

Katanya, kebanyakan pemilik kilang bukan beragama Islam yang berhadapan dengan masalah ini akan mengadakan upacara pemujaan setiap tahun di kawasan lapang ditapak kilang mereka dirikan.

"Saya mencadangkan kepada pekerja dan pegawai yang beragama Islam untuk melapangkan sedikit masa mengadakan tahlil dan solat hajat supaya gangguan syaitan dan iblis dapat dihindarkan. Sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil, kejadian seperti histeria kemungkinan­ boleh berlaku," katanya.

Pindahan Tong Gas Haram Meletup <b>di Kulim</b> | WRSyndicate

Posted: 04 Aug 2012 03:05 AM PDT

– gambar hiasan -

Kulim – Kegiatan haram memindahkan gas daripada tong subsidi domestik kepada tong gas industri terbongkar apabila berpuluh tong meletup dan mencederakan tiga pekerja di Taman Cengal di sini.

Letupan seawal pukul 3 pagi turut menggegarkan ratusan buah rumah di taman perumahan berdekatan Taman Desa Impian, Taman Kempas dan kawasan sekitarnya.

Ketua Zon Pasukan Bomba dan Penyelamat Kulim, Mohd Firdaus Daud berkata tiga mangsa tersebut melcur seluruh badan akibat api gas telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas dimasukkan ke Hospital Kulim.

Beliau mengesyaki wujud kegiatan haram di situ kerana tiada bekalan elektrik di premis itu dan beberapa pekerja memaklumkan premis itu ditutup waktu siang dan beroperasi hanya pada waktu malam.

"Bomba Kulim dan Hi-Tech Park di bantu anggota bomba sukarela telah mengambil masa hampir sejam untuk mengawal api," katanya,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved