ads

Ahad, 23 September 2012

02 di jitra - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


<b>Jitra</b> Bandar Samseng | Info Klasik

Posted: 03 Sep 2012 08:28 AM PDT

Peniaga Melayu Mangsa Penindasan Jitra Bandar Samseng

Ramadan pada tahun ini sudah berlalu tetapi akan menjadi kenangan hitam buat peniaga-peniaga Melayu yang berniaga di sekitar Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Peniaga-peniaga Melayu yang berniaga di gerai-gerai yang disediakan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu pasti tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi sewaktu berniaga di kawasan tersebut.

Bagi peniaga-peniaga yang menyewa tapak serta khemah dari Majlis Kubang Pasu, mereka terpaksa membayar dua kali sewa iaitu satu kepada pihak Majlis Daerah dan satu lagi kepada 'samseng MELAYU' yang kononnya telah menyewa semua tapak-tapak niaga di kawasan itu dari pihak majlis. Bayaran yang dikenakan oleh pihak Majlis bagi satu tapak berserta khemah hanyalah sekitar RM1500 dalam tempoh bulan Ramadan tetapi apa yang terjadi, peniaga-peniaga di situ terpaksa pula membayar lagi kepada 'samseng MELAYU' sebanyak satu atau dua kali ganda. Ada diantara peniaga yang dikenakan bayaran sehingga RM2000 bagi satu tapak.

Bagi peniaga-peniaga yang mendirikan khemah sendiri iaitu di kawasan berhampiran khemah niaga yang disediakan oleh Pihak Majlis, mereka turut dikenakan bayaran oleh 'samseng MELAYU'  sekitar RM200 hingga RM600 pada setiap satu khemah yang didirikan. Bayaran pula bergantung kepada jenis perniagaan seperti berniaga menjual air atau kuih, mereka harus membayar RM200 seorang manakala bagi penjual pakaian, mereka harus membayar sekita RM400 hingga RM600 seorang.

Ramai peniaga di situ rasa tertindas dengan tindakan 'samseng-samseng MELAYU' yang sering mengugut akan merobohkan gerai mereka jika tidak mahu membuat pembayaran. Beberapa peniaga terpaksa membayar kerana takut gerai mereka akan dirobohkan. Sepatutnya gerai-gerai yang didirikan berhampiran kawasan berniaga berbayar tidak perlu membayar tapak sewa kerana ianya bukan dalam kawasan Pihak Majlis Daerah untuk mengenakan sebarang bayaran.

Justeru, pihak berkuasa harus menyiasat perkara ini dengan telus agar tidak menindas peniaga-peniaga yang hanya ingin menambah pendapatan mereka di bulan Ramadan sahaja. Mereka yang ditindas bukannya dari golongan mereka-mereka yang senang. Pihak Majlis Daerah Kubang Pasu pula harus bertanggungjawab dalam hal ini kerana tidak menyelia kawasan tapak niaga dengan baik hingga melibatkan kejadian peras ugut serta penindasan di kalangan peniaga Melayu.

Malu dengan bangsa lain terutamanya bangsa Cina dan India kerana yang menindas orang Melayu adalah orang Melayu sendiri. Kejadian tersebut sehingga kini menjadi titik hitam dalam hati buat peniaga-peniaga Melayu di kawasan Bandar Darul Aman, Jitra. Tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa tentang kejadian peras ugut tersebut terutamanya dari Pihak Majlis Daerah sendiri. Apa yang berlaku amat-amat dikesali kerana ia berlaku pada bulan yang mulia di mana bulan yang mulia itulah juga manusia akan menunjukkan sikap mereka yang sebenar, sikap SYAITAN!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved