ads

Sabtu, 29 September 2012

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Saifuddin Nasution Bakal Rampas Peluang PAS <b>di Kulim</b>-Bandar Baru

Posted: 07 Apr 2012 03:52 AM PDT

Sudah menjadi tradisi, kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru akan ditandingi oleh PAS. Walaupun PAS tidak pernah menang di kerusi tersebut tetapi peningkatan jumlah penyokong di kawasan yang menggabungkan dua daerah dengan pengundi Melayu adalah pengundi majoriti, begitu ketara.

Kemenangan PKR yang pada waktu itu diwakili oleh Zulkifli Nordin di kerusi Kulim-Bandar Baru sebenarnya sangat bergantung kepada sokongan ahli-ahli PAS di kawasan berkenaan. PKR tidak mempunyai asas di Kulim-Bandar Baru. Bahkan kekuatan PKR di Kulim-Bandar Baru juga sangat minima.

Ura-ura Kulim-Bandar Baru dituntut oleh PAS untuk ditandingi semula, telah lama disuarakan. Kemelut PKR di Kulim-Bandar Baru bermula apabila Anwar Ibrahim meminta Zulkiflli Nordin mengosongkan kerusi tersebut bagi membolehkan dia bertanding di situ dalam satu pilihanraya kecil. Zulkiflis Nordin bagaimanapun enggan menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh Anwar menyebabkan Anwar terpaksa meminta isterinya, Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat melepaskan jawatannya selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding di kerusi itu.

Antara pemimpin utama PAS kawasan Kulim-Bandar Baru yang mempunyai potensi besar untuk menguasai kerusi berkenaan adalah Hasan Abdul Razak yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan. Hasan Razak mempunyai kekuatan yang telah dibina dari penghujung 1970-an lagi iaitu semenjak dia menamatkan khidmat sebagai anggota tentera.

Hasan Razak pernah bertanding sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru pada awal 1990-an tetapi kalah di tangah Kadir Syeikh Fadzir. Bagaimanapun, kekalahan tersebut tidak pernah menggugah semangatnya untuk terus berjuang bersama-sama PAS. Kemuncak kerjaya politiknya apabila dia dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kedah dan Pegawai Khas Azizan Abdul Razak. Malah dikatakan, Hasan Razak merupakan antara orang yang sangat mahir dengan segala polisi dan dasar yang diperkenalkan oleh Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar, jauh lebih hebat berbanding pemimpin-pemimpin PAS Kedah yang lain.

Namun berita terbaru yang diterima, Saifuddin Nasution dikatakan akan dihantar oleh Anwar Ibrahim ke Kulim-Bandar Baru untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut. Sekaligus pada masa yang sama, menolak keutamaan Hasan Razak untuk kerusi tersebut. Sedangkan pada masa yang sama, baik Saifuddin Nasution atau mana-mana pemimpin PKR di Kulim-Bandar Baru tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan daripada Hasan Razak dan para penyokongnya.

PKR bukan berada dalam kedudukan terbaik di Kulim-Bandar Baru untuk merampas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS kepada PKR untuk PRU12 lalu. PKR di Kulim-Bandar Baru yang hanya bergantung harap kepada sokongan masyarakat India yang kini tersangat aktif berkempen untuk Barisan Nasional, juga bercakaran antara satu sama lain. Dengan kata lain, tanpa sokongan PAS, PKR di Kulim-Bandar Baru besar kemungkinan akan kehilangan wang deposit.

Walaupun nama Saifuddin Nasution mungkin bagi sesetengah orang kelihatan sangat gah, tetapi tanpa akar umbi, Saifuddin Nasution hanyalah katak betung yang kuat berbunyi tetapi badannya kecil.

Pakatan tidak akan menang di Kulim-Bandar Baru tanpa PAS di kerusi tersebut. Siapa yang lebih tahu tentang masalah penduduk dan pengundi di Kulim-Bandar Baru bagi kalangan orang Pakatan selain Hasan Razak. Sedangkan Saifuddin Nasution pula hanyalah penyinggah di Kulim-Bandar Baru. Atau dengan kata lain, Kulim-Bandar Baru merupakan tempat yang sangat asing kepada Saifuddin Nasution berbanding Hasan Razak yang sememangnya bermastautin serta memberikan khidmat kepada penduduk Kulim-Bandar Baru!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved