ads

Jumaat, 14 September 2012

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Bercuti <b>Di Langkawi</b> Memang Best — Akma Omar

Posted: 05 Sep 2012 03:22 PM PDT

Cuti-Cuti Malaysia Ke Langkawi 2012, Kedah Darul Aman sememangnya best. Kali ni bercuti di Langkawi dengan my sis, Adam (my nephew) dan sepupu selama 3 hari 2 malam. Tak sangka dah banyak perubahan disana.

adam rehat penat drive

Adam (my nephew)

Sebenarnya kali terakhir saya ke Langkawi seingat saya masa kecik dulu… Apa punya turr lah kan, negara luar banyak kali dah pergi tapi negara sendiri banyak tak jelajah lagi. Memang dah niat dengan my sis tahun ni percutian dalam Malaysia sahaja. Jimat sikit belanja disamping tu dapat tengok keindahan negara sendiri.

Sambung cerita pasal bercuti ke Langkawi, kami kesana naik feri melalui Jeti Kuala Perlis. Terasa lama juga perjalanan sehingga mengambil masa 4 jam lebih dari Kuala Lumpur – Kuala Perlis. Campur tolak masa adalah dalam 7 jam baru sampai ke Langkawi. Kereta kami parking di Jeti Kuala Perlis, murah giler RM12 selama 3 hari, kalau di KL jangan harap dapat harga macam tu.

terminal feri kuala perlis

Terminal Feri Kuala Perlis

Sampai sana kami menyewa kereta. Memang murah kadar kereta sewa disana dalam RM50 sehari je. Ini yang best bila bercuti di Langkawi, mudah nak sewa kereta dan murah jer… Disana kami duduk di Awana Porto Malai tempahan melalui booking.com.

Bab hotel ada yang saya tidak puas hati, harga semalamam agak  mahal tapi keadaan bilik hanyalah indah khabar dari rupa, dalam web punyalah cantik sampai sana bila tengok bilik tidak berbaloi dengan harga. Agak menghampakan jugalah. Line WiFi teruk, kena bayar pulak tu.

Mungkin dimiliki oleh sebuah syarikat gergasi maka harga pun gergasi juga. :)  Tak apalah pegalaman pertama so, next time kita tahulah kan.

Ingat nak pergi Island Hopping tapi tak sempat. Tak banyak tempat kitaorang lawati semasa di Langkawi ni sebab masa terhad kerana ada hal hendak diuruskan dan niat utama nak shopping je. Akan datang kalau pergi lagi kena buat planning betul-betul. Antara tempat-tempat yang sempat kami lawati:

  • Pantai Cenang
  • Underwater World
  • Makam Mahsuri
  • Selebihnya shopping kat duti free beli pinggan mangkuk murah tu hehehe

Di Pantai Cenang ada satu restoran Red Tomato, pemiliknya seorang usahawan dan pelukis terkenal juga, berasal dari Kuala Lumpur. Makanan di situ memang sedap homemade mexican food oleh isterinya sendiri. Kalau korang kesana rugi tak singgah. Kami sempat berkenalan dengan diaorang nice couple.

Info terbaru yang kami terima dari seorang kawan, tidak lama lagi semua resort kecil dan deretan kedai sepanjang Pantai Cenang akan dirobohkan untuk besarkan jalan dan membaik pulih kembali keadaan pantai disitu, katanya untuk tujuan pelancongan. Tak mustahil akan tercacak resort five star.

Kalau betullah terjadi, apalah nasib kepada peniaga-peniaga yang telah lama meniaga disitu, mungkin mereka dibayar pampasan tetapi terhentilah mata pencarian diaorang kerana disitu salah satu tempat tumpuan pelancong..hmmm

Dibawah ni ada beberapa keping gambar my nephew yang sempat kami snap semasa bercuti di Langkawi. Jom layan…

adam tunggu mummy check in

Beginilah Adam menunggu mummy check in…

adam di pulau cenang

Adam jalan-jalan di Pantai Cenang

adam dengan mummy

Adam bersama mummy di Pantai Cenang

underwater world langkawi

Adam di Underwater World Langkawi

red tomato cafe

Red Tomato Restaurant di Langkawi

Satu Hari Raya <b>Di Langkawi</b> ~ Darimejastabux

Posted: 21 Aug 2012 06:36 PM PDT

Bergambar kenangan di pagi raya bersama Mama Sheela. 
Lokasi : Sheela's Restaurant, Pantai Tengah, Langkawi
Beberapa hari sebelum Aidilfitri, Mama Sheela ajak saya,"Kamu raya dengan Mama aja ya? Usah sedih-sedih. Kita buka sama, I'll cook some dishes and we eat together with Uncle Willi."
Saya senyum. Tak tergambar terharunya perasaan saya waktu itu. Mama Sheela sangat baik. Di sini, dialah 'kawan' saya, tempat saya meluah susah-gembira. 
Saya balas,"Ok. Ini dah lebih dari baik."
Malam Raya, meski cuma kami bertiga, buat pertama kali Uncle Willi makan bersama-sama, kami berbual dan bercerita. Banyak yang saya kagum. Mendengar dari kisah-kisah zaman remaja, kepayahan waktu awal-awal tiba di Langkawi dan membuka restoran, buat saya terasa semakin dekat dengan mereka. 
Jujurnya, jika punya kudrat, saya ingin membukukan kisah mereka. Biar semua dapat berkongsi dan merasai warna-warna sketsa yang dilalui keduanya.
Raya saya biasa-biasa sahaja. Ringkas dan sederhana. Biar tak tertahan sebak di pagi lebaran (hanya Dia yang tahu perasaan saya), saya gagahkan diri, bersiap dan memakai baju Melayu- saya langkah ke masjid di mukim berdekatan, sayup takbir semakin menggetarkan perasaan. 
Mahu telefon papa dan mama di kampung? Saya berkira-kira sendiri. 
Nanti-nantilah. Saya pejam mata. Cuba kumpulkan sebesar boleh kekuatan. 
Selepas solat nanti saya hubungi kalian, ma, pa. 
"Kash, you raya kat mana? Jangan lupa datang rumah ya." Ayda, teman sekerja memberi pesan. 
"Kash, datang rumah juga! I masakkan your favourite laksa Kelantan!" Mariko, gadis Jepun berkali-kali mengingatkan.
Lucu waktu kali pertama mengenali Mariko, dari tersasul menyebut bebetapa perkataan Kelantan, saya pandang dia dengan rasa hairan. 
"Maaf, suami sayo oghe Kelate. Ambo tahu demo pung oghe Kelate-". Kagum dan lucu berbaur. Sudah 5 tahun Mariko di Malaysia. Pelat Kelantannya boleh tahan. 
Sejak itu kami berkawan rapat.
Habis solat, saya ke rumah Ayda di Teriang. 
"Jemput makan, Kash. Jangan malu-malu. I masak sedap tau!". Ujar Ayda berseloroh. Saya jamah semua- dari berbalang-balang kuih raya yang ada hinggalah ke roti jala, ketupat dan rendang, memang Ayda pandai masak! Haha....
"Kash mahu ikut aunty dan family ke kubur arwah abang Ayda? Ikut ya. Kita ke sana sama-sama." Tiba-tiba ibu Ayda mempelawa. Saya pandang Ayda. Dia buat isyarat suruh mengangguk.
"Boleh aunty...". Teragak-agak saya menjawab. Bukan apa, segan.
Kali pertama saya raya di sini, kali pertama juga saya "raya" dan ikut keluarga orang menziarah ke kubur ahli keluarga mereka. 
"Jangan malu-malu. Buat macam biasa je. My mom suka you. I banyak cerita pasal you kat dia n my dad." Saya kaget. Terharu pula mendengar kata-kata Ayda. Siapa sangka, dari perkenalan waktu annual dinner resort beberapa bulan lalu, saya kini boleh menyertai keluarganya beraya. Terasa sayu pula. How I wish saya kini bersama keluarga sendiri. 
"Kat sini kena bukak kasut kalau nak masuk." Terang Ayda sebaik kami tiba. 
Pelik juga. Pertama kali saya ke kubur harus tanggalkan sepatu. Tapi okey, tanahnya berpasir dan bersih. Saya suka di sini, berlatarkan gunung Raya dan Mat Chincang, sawah padi terbentang, saya kira orang-orang yang meninggal di sini sangat tenang dan gembira. Lama saya memandang sekeliling. Tenang, sangat tenang.
Dari kubur, saya bawa Ayda dan adiknya ke rumah Mariko, makan laksa pula. Mariko hebat! Pertama kali saya berbual dengan Abang Din, suaminya, peramah sementelah kami senegeri. 
"Cemana laksa Kelantan orang Jepun buat?". Kami sama-sama tergelak mendegar usikan Abang Din.
Tak lama di rumah Mariko, "Maaf Mariko, harus gerak. I got lunch in Pantai Tengah." Teringat yang Mama Sheela dah berpesan, jam 1 harus ada di garden.
"It's okay. Thanks for coming ya. Terimo kaseh lah deh...".  
Saya tiba lewat sedikit. Kelihatan Mama Sheela dan Uncle Willi sudah sedia menunggu saya bersama jemputan. Dari jauh mereka tersenyum.
Hah, ada Bill dan Angelika juga! Kami bersalam-salaman. 
"Come, jemput, kita ke garden. Lunch time!". Saya bantu Mama Sheela membawa hidangan dari bar restoran ke garden. 
Tercium bau ayam panggang bersama kentang yang dimasak Uncle Willi, perut saya kembali berselera. Haha lucu bukan, kalau Hari Raya mesti makan banyak. Saya lihat-lihat lagi, ada rendang juga- oh, no ketupat lagi, dan lemang!! Oh, saya suka Raya di sini!!
"Kamu okay? How's your Raya?", Mama Sheela dan Uncle Willi soal saya serentak. Keduanya tersenyum memandang saya.
"It's a perfect day for me! Thanks, Ma, uncle!" Saya senyum gembira. Berada bersama-sama mereka, biarpun tak ramai dan meriah semacam di kampung, tapi cukup membuat Hari Raya saya terasa lengkap.
Penutup raya yang sempurna buat saya. Terima kasih buat semua. Mama Sheela, Uncle Willi, Ayda dan Mariko. Sekurang-kurangnya saya dapat merasai sedikit kemeriahan berhari Raya di sini. 
P/s : Raya ketiga! Catatan ini saya tulis sewaktu dalam perjalanan feri ke Kuala Kedah. Tak sabar bertemu Nabil, Inas dan Naim. Adik-adik sepupu yang keletah dan manja! Nanti saya cerita ya. Jumpa lagi! 

KISAH KEMATIAN YASMIN HUNWICK KEMALANGAN <b>DI LANGKAWI</b>

Posted: 13 Sep 2012 01:14 PM PDT

Kisah kematian Yasmin Hunwink kemalangan di Langkawi

gambar yasmin hunwick kisah kematian yasmin hunwick kemalangan di langkawi

Al-Fatihah untuk Yasmin Johan Eusoffe

Semasa artikel ini ditulis pemergian arwah Yasmin Hunwink sudah melebihi 100 hari meninggalkan kita.Namun kisah disebalik yang berlaku sungguh tragis dan pastinya dirasai lebih mendalam lagi terutamanya insan yang dekat dengan arwah

Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah

Salah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah  kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick

Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya

Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh

tanda sebelum kematian yasmin hunwick kisah kematian yasmin hunwick kemalangan di langkawi

Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian

Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama

mimpi yasmin hunwink kisah kematian yasmin hunwick kemalangan di langkawi

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." 
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." 

Kematian arwah meninggalkan kita bersama mesej supaya kita tidak alpa dengan kehidupan duniawi

Oleh itu marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah Yasmin Hunwick dan kawan-kawannya yang lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin

Kepada kenalan terdekat arwah,untuk makluman anda blog Yasmin Hunwick di url http://www.misschronicz.blogspot.com masih lagi aktif.Kini keluarga,terutamanya ibu arwah menjadikan blog tersebut sebagai ruang untuk  melepaskan rindu terhadap puteri kesayangan mereka

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved