02 di sungai petani - Google Blog Search |
Mangsa kemalangan keretapi <b>di Sungai Petani</b> masih di ICU Posted: 17 Sep 2012 08:39 PM PDT SUNGAI PETANI - Wanita yang cedera dilanggar kereta api sewaktu menyeberang landasan di kawasan melintas di sini lewat malam Sabtu lepas, sudah sedarkan diri namun masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintenden Ong Aik Chang berkata K. Rani, 20, sudah boleh bertutur namun pinggang, tangan dan kakinya patah akibat kemalangan itu. "Keadaan mangsa sudah stabil namun masih dirawat di ICU. Setakat ini, kita tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung kes ini. "Ini merupakan kejadian pertama untuk tempoh tahun ini. Kira-Kira tiga tahun lalu, kes kemalangan melibatkan kereta api dilaporkan pernah berlaku di Bedong," katanya ketika dihubungi Bernama. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai sentiasa mengutamakan keselamatan diri sewaktu melintas landasan kereta api, apatah lagi jika palang sudah diturunkan untuk memberi laluan kepada kereta api melalui kawasan tersebut. "Jika palang sudah ditutup, jangan ambil risiko untuk melintas. Biar terlewat sikit sampai ke destinasi asalkan keselamatan diri terjamin," katanya. Dalam kejadian 12.45 malam itu, motosikal dinaiki Rani bersama adiknya, Nalini Devi, 18, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria, dilanggar kereta api ketika dua beradik tersebut cuba menyeberangi landasan berkenaan, yang sudah ditutup dengan palang. Nalini Devi maut di tempat kejadian.- Bernama |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan