02 di yan kedah - Google Blog Search |
Semoga Azizan Razak Promosikan Lokasi-Lokasi Pelancongan <b>...</b> Posted: 03 Jun 2012 11:01 PM PDT Himpunan Hijau Ke Putrajaya telah berakhir sudah. Namun begitu, dipercayai beberapa ribu para penyokong PAS yang datang dari luar ke Kedah masih lagi berada di negeri ini untuk melancong dan melawat negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak. Tidak dinafikan bahawa negeri Kedah sememangnya terkenal dengan beberapa lokasi pelancongan menarik untuk dilawati seperti Batu Hampar, Lata Chelak, Pulau Langkawi, Makam Tok Pasai dan sebagainya. Harapannya adalah supaya Azizan Razak turut mempromosikan kawasan-kawasan menarik tersebut untuk dikunjungi dan membuktikan kehebatan Kerajaan PAS Negeri Kedah mentadbir negeri Jelapang Padi ini. Untuk lokasi perkelahan air terjun, suka dimaklumkan bahawa Batu Hampar merupakan lokasi popular yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kedinginan airnya yang mengalir jernih di kaki Gunung Jerai. Dengan prasarana dan kemudahan yang tersedia di situ, para penyokong PAS akan melihat sendiri bagaimana cara Kerajaan PAS menjaga keindahan alam semula jadi dan lokasi perkelahan yang terletak di Yan, Kedah, itu. Selain itu, para penyokong PAS juga diberi pilihan untuk ke Lata Chelak yang terletak di Mukim Kupang, Baling. Paling menarik di Lata Chelak ialah kawasan yang menjadi tadahan air bersih untuk kegunaan harian para penduduk setempat di situ, menjadi sumber minuman dan membasuh pakaian itu memiliki kejernihan air yang boleh direkodkan di dalam buku "Malaysia's Guiness Book of Record". Dalam ertikata lain, dengan keindahan alam semula jadi Hutan Simpan Gunung Inas yang tidak terusik eko-sistemnya, Lata Chelak menjanjikan seribu kenangan manis untuk para penyokong PAS yang sudi berkunjung di situ. Bagi para penyokong PAS yang mahu ke Langkawi, sudah tentu akan memilih Jeti Kuala Kedah untuk ke pulau yang dibangunkan oleh Kerajaan BN suatu masa dahulu. Sepanjang jalan menuju ke Jeti Kuala Kedah para penyokong PAS akan melewati sebuah pasar utama di Kuala Kedah yang sangat bersih dan terjaga, Pasar Kuala Kedah, yang dibaik pulih dan dijaga rapi oleh ADUN PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustapha dan Ahli Parlimen PKR, Ahmad Kassim. Kemudian, para penyokong PAS dari luar Kedah akan dijami dengan sistem perparitan paling canggih abad ini di Jeti Kuala Kedah di mana air laut di kuala itu tidak akan mampu menenggelamkan mana-mana jeti atau premis di persisiran kuala tersebut. Sebelum menaiki feri ke Langkawi, jangan lupa pula melawat makam Tok Pasai dan bersedekah Al-Fatihah kepada arwah. Makamnya tersergam indah di kawasan letak kereta di depan Jeti Kuala Kedah saja dan sangat mudah disedari kewujudannya dengan berlatar belakangkan bangunan putih seputih salji serta mempunyai papantanda yang sangat jelas untuk dilihat pada pelancong. Harapannya agar Azizan Razak dan pada pemimpin PAS Kedah tidak malu-malu untuk mempromosikan kesemua lokasi pelancongan tersebut memandangkan ia adalah antara aset terbaik industri pelancongan di negeri ini. |
You are subscribed to email updates from di yan kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan