02 di yan kedah - Google Blog Search |
sumijellymanis: Raya Kami Bhg. 3 : Merayap <b>di Yan</b>, <b>Kedah</b>. Posted: 24 Sep 2012 01:11 AM PDT Sambung lagi cerita raya. Raya dah berlalu pergi, tapi masih lagi nak cerita. Masih menggunakan alasan cuti raya yang lama di kampung. En WTT bawak kami berjalan-jalan lagi. Yang ni kejadian pada raya ke bila aku tak berapa ingat tapi rasanya raya ke belas-belas dah. Daerah Yan dengan Sik ni pun tak jauh sebenarnya, kalo jalan clear lebih kurang setengah jam ke 45 minit sampai dah.. Sepanjang hidup, ini pertama kali aku jejak kaki ke kawasan Yan ni, nama saja orang Kedah. Sedih bunyinya. Hehehe Luas jugak daerah Yan , dia macam gabungan tiga pemandangan indah yang berlapis-lapis. Di hujung sana ada gunung-gunung, di tengah-tengahnya sawah padi dan jugak pantai… Yang pasti Yan ni banyak kawasan perkelahan dan air terjun yang sungguh cantik. Sangat menggoda naluri semulajadi mak yang sukakan air nih tapi oleh kerana terpapar papan tanda memberi amaran tentang gejala-gejala penyakit kencing tikus, terus termati nafsu nak mandi manda di situ. Kami hanya tengok-tengok saja sambil menikmati keindahan alam sekitar. Terkagum sebentar mak dibuatnya. Chalet-chalet jugak banyak didirikan untuk para pelanciong yang ingin menetap di sana, sambil menikmati udara sejuk dan redup. Tapi sat sebelum tu nak tunjuk satu gambar yang buat aku terkagum-kagum dan rasa nak balik pindah dok Kedah time tu jugak… Ni ada dua plastik cucoq ni, satu cucoq pisang satu lagi cucoq cempedak. Dua-dua aku beli RM2 setiap satu. Kiranya cucoq pisang RM2, cucoq cempedak RM2. Bukak plastik terus macam wahhhh gila banyak.. Kira punya kira.. sekeping cucoq pisang bersamaan dengan sekupang. Gila kagum wei… macam tu jugak dengan cucoq cempedak. Dengan RM4 kami dapat 20 keping cucoq pisang dan 18 bijik cucoq cempedak. AKu doakan murah rezeki makcik penjual cucoq2 nih! Amin… Kat sini mana nak dapat rega tu.. Yang selalu dok tengok kat pasar malam belah-belah sini, cucoq pisang RM1 dpt 4 keping, manakala cucoq cempedak sebijik 40c. Tapi cucoq ni bukan beli kat Yan la, yang ni beli kat Baling. Depan sekolah berhampiran dengan jalan masuk nak ke Air Panas Ulu Legong tu.. hehehe. OK sori mak terkeluar dari landasan penceritaan hari ni. Aku tak mampu nak menyekat keterujaan menceritakan perihal cucoq tersebut dalam entry kali ni.. Dan pasal Yan tu, nanti aku citer pelan-pelan ya… aku dah tak mampu nak menaip or bercerita kerana tetiba lapaq cucoq pisang dan cempedak. Nyesal plak cerita.. hihihi ! |
You are subscribed to email updates from di yan kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan