Ahad, 9 September 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Muzium <b>Negeri Kedah</b> - Julai 2012

Posted: 30 Jul 2012 04:19 PM PDT

JAWATAN:
- PENOLONG KURATOR

IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON:
http://www.muziumkedah.gov.my/images/pdf/iklan1.pdf

TARIKH TUTUP : 10 Ogos 2012

HOT NEWS !!! MANA ENAKMEN HUDUD <b>NEGERI KEDAH</b> <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 12:00 PM PDT



Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008,Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah.Katanya,ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah.Namun,tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut.Hanya setelah hampir sepenggal,hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah,Dato' Seri Azizan Razak,di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat.Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat,bagi memantau pentadbiran PAS Kedah.Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud,ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud.Jelas,PAS Kedah seperti juga PAS Pusat,tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud.Sebaliknya,hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik.

Mengikut sejarah,apabila PAS memenangi Terengganu,parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.Antaranya,dibolehkan meliwat isteri,orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri,maka tiga lagi saksi boleh dihukum.Perkara ini didedahkan oleh Dato' Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011.Lebih menarik lagi apabila Dato' Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan.Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir,pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya,sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud.Jika ini benar,nampaknya PAS bukan sahaja licik,tetapi busuk hati.Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat.Sebaliknya,PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar.

RENUNG-RENUNGKAN

PAS <b>Negeri</b> Sembilan Lebih Berani Dari PAS <b>Kedah</b> | kedah69ers

Posted: 07 Sep 2012 05:42 AM PDT

IMG-20120907-WA003

Meskipun PAS Negeri Sembilan tidaklah sekuat mana, malah tidak mungkin menjadi Kerajaan Negeri, namun sekurang-kurangnya PAS Negeri Sembilan ada 'telur' untuk menyatakan sesuatu. Setidak-tidaknya, mereka tidak terbuai dek mimpi-mimpi yang dijanjikan dan dialunkan oleh Anwar Ibrahim. Atau lebih tepat lagi, mulai sedar bahawa Anwar Ibrahim bukanlah faktor kemenangan kepada PAS Negeri Sembilan memandangkan PAS Negeri Sembilan jauh lebih kuat berbanding PKR Negeri Sembilan sendiri.

Anwar Ibrahim sebenarnya dalam rangka lawatan ke salah satu DUN di Port Dickson. Sedangkan pemidang-pemidang tersebut dinaikkan di sepanjang laluan ke Port Dickson. Sekaligus membolehkan Anwar Ibrahim melihat sendiri, kebencian yang dihadapi daripada PAS Negeri Sembilan atau Port Dickson sendiri.

Tentu kita masih ingat bagaimana PKR dan Anwar Ibrahim memboikot pilihanraya kecil Bagan Pinang pada tahun 2009 apabila enggan turun berhabis-habisan di situ memandangkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat adalah PAS menentang Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang merupakan calon UMNO-BN untuk kerusi berkenaan. 

Sedangkan sebelum itu, PAS telah berusaha dengan keras dan bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon-calon PKR di Permatang Pauh dan Permatang Pasir serta Penanti.

Sebelum ini telah terdengar ura-ura kebencian PAS Negeri Sembilan yang diterajui oleh YB Taufik terhadap Anwar Ibrahim yang hipokrit. Percubaan PKR untuk membolot beberapa kerusi yang ditandingi oleh PAS Negeri Sembilan sebelum ini juga, menjadi salah satu faktor yang menyebabkan Anwar Ibrahim dan PKR tidak disenangi memandangkan PKR sebenarnya tidak mempunyai jentera dan logistik di Negeri Sembilan sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada PAS dan DAP.

Itu di Negeri Sembilan… mungkin di Negeri Sembilan, PARASIT dan IBLIS dalam PAS agak berkurangan berbanding di Kedah. Kalau di Kedah, sebut nama Anwar Ibrahim sahaja, sudah ramai pemimpin PAS yang akan menyembah dan mencium tanah sambil berusaha menerajang Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan