Khamis, 18 Oktober 2012

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Krisis Pembahagian Kerusi <b>Di Kedah</b>, Berterusan Dan Semakin <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 10:17 PM PDT

Krisis pembahagian kerusi antara PAS, PKR dan DAP Kedah semakin parah serta meruncing. Ketiga-tiga parti berkenaan cukup yakin, mereka akan memperolehi kemenangan besar pada PRU13 nanti, sekaligus akan membolehkan mereka menjadi adikuasa di Kedah. 

Di sebalik pelbagai kemelut dan penurunan sokongan yang ketara di kalangan akar umbi, PKR masih tetap berlagak dan mendabik dada kononnya parti pimpinan Anwar Ibrahim itu masih mengekalkan malah telah mendapat sokongan yang lebih banyak daripada masyarakat bukan Melayu serta Melayu Kedah. Walhal, hakikat yang sebenarnya adalah PKR semakin merudum dan hilang semua kuasa serta kekuatan di seluruh Kedah ekoran perebutan jawatan dan pertelingkahan dalaman. 

Sementara itu, Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak telah mengarahkan PAS Kawasan-Kawasan yang terlibat supaya menyediakan senarai calon di kalangan PAS bagi mengisi kekosngan tempat jikalau PKR dan DAP gagal menyelesaikan perbalahan mereka. 

Antara kawasan yang terlibat adalah DUN Gurun di mana PAS menaruh keyakinan kepada Mokhzani Azizan yang merupakan Setiausaha Khas Menteri Besar untuk menjadi calon kerusi berkenaan. Ini adalah kerana, krisis dalaman PKR Gurun semakin memuncak. Puak-puak Melayu PKR bertegas, mahukan calon dari kalangan orang Melayu, manakala puak-puak India PKR Gurun pula, tetap dengan pendirian bahawa calon PKR Gurun hendaklah dari kalangan mereka. 

Bukan lagi perkara rahsia apabila Puan Salmah, Ketua Penerangan PKR Jerai bertegas tidak mahukan calon dari masyarakat India walaupun dari partinya sendiri kerana sudah dua penggal, calon dari masyarakat India mencuba tetapi gagal. Lebih daripada itu, pengundi masyarakat Melayu dan Cina jauh lebih besar daripada pengundi-pengundi masyarakat India. 

PAS Kedah sedang berhadapan dengan tekanan daripada DAP dan PKR untuk kerusi-kerusi yang ditandingi. PAS diarahkan oleh DAP agar mengurangkan pegangan dan penguasaan mereka bagi memberi peluang dan ruang kepada DAP, manakala PKR pula berkeras enggan memulangkan semula beberapa kerusi yang 'dipinjamkan' oleh PAS kepada parti berkenaan untuk ditandingi.

Selain perebutan kerusi, prestasi yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat PKR juga amat memalukan. Walaupun ada di kalangan mereka yang menjadi Exco, namun jawatan berkenaan dilihat hanyalah sebagai keuntungan peribadi, memandangkan Exco PKR tersebut, gagal turun padang dan menyelesaikan banyak masalah rakyat di kawasannya sendiri.

Kita akan dapat perhatikan, sama ada Azizan mampu untuk mengubah senario di Kedah atau PAS Kedah akan tetap menjadi pak angguk-pak angguk biarpun situasi amat memeritkan buat Pakatan Rakyat di Kedah. Walaupun PAS Kedah mempunyai peluang dan ruang untuk menang, namun krisis dalaman melibatkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan dengan desakan serta ugutan DAP Kedah, rasa-rasanya Azizan Abdul Razak akan lebih kerap berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan