Jumaat, 5 Oktober 2012

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Banjir <b>Di Pendang</b>, Ahli Parlimen Entah Ke Mana, ADUN Pula <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2012 09:35 PM PDT

Minggu lepas, daerah Pendang dilanda banjir. Lebih 100 orang di beberapa buah kampung terpaksa dipindahkan ke tempat selamat apabila kawasan mereka dinaiki air. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Batu Hampar Kanan, Banggol Kambing, Tanah Merah, Batu Hampar dan Kubur Panjang. Kebanyakan penduduk dipindahkan ke Dewan Orang Ramai.

Walaupun tidak dipersoalkan  tetapi Kerajaan Negeri Kedah cuba menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak membina tebatan bernilai RM280 juta yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri terdahulu, Abdullah Badawi. Tebatan banjir berkenaan merupakan sebahagian daripada projek di bawah NCER yang tidak mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Kedah apabila UMNO-Barisan Nasional hilang genggaman ke atas Kedah. 

Alasan yang diberikan itu, hampir sama ketika banjir besar pada tahun 2010 apabila PAS Kedah menyalahkan pembinaan rel berkembar sebagai punca utama banjir walaupun punca sebenar adalah penebangan balak yang begitu berleluasa di Kedah. Penebangan balak dan pembalakan haram semenjak PAS berkuasa di Kedah, telah mengakibatkan seluruh Kedah kerapkali dilanda banjir besar yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Natijah daripada pembalakan sudah terlalu banyak didedahkan, sama ada pihak geologis tempatan, mahupun pada peringkat global. Bagaimanapun PAS Kedah lebih hebat apabila mengalihkan punca banjir daripada pembalakan tidak terkawal yang telah merosakkan saliran dan kadar air yang diserap kepada tebatan banjir dan sebagainya yang dianggap boleh mengelirukan orang ramai. 

Pada 1 November 2011, penduduk Pendang menyuarakan perasaan tidak puas tentang pembalakan di Bukit Perak, Pendang yang mengancam sumber bekalan air bersih mereka. Malah, penduduk terutama di Kampung Mahawangsa, Rasau, Sungai Durian, Sungai Mas, Sungai Pisang, Sungai Siput dan Titi Akar juga mengatakan, pembalakan di Bukit Perak akan mengakibatkan banjir  yang tidak akan berkesudahan di Pendang. 

Ternyata, telahan penduduk-penduduk kampung yang 'tidak begitu cerdik' berbanding para pemimpin PAS Kedah, benar belaka. Namun kecerdikan para pemimpin PAS Kedah pula mengalihkan kesalahan dan pengkhianatan yang telah mereka lakukan kepada projek tebatan banjir yang telah dijanjikan tetapi masih belum dilaksanakan. 

Anehnya, pada zaman Barisan Nasional menjadi Kerajaan Negeri Kedah beberapa tahun dahulu, masalah banjir di Pendang, tidak pula kedengaran walaupun tebatan banjir yang dipertikaikan itu tidak wujud juga.

Barangkali disebabkan kurangnya tumpuan media massa, maka para pemimpin PAS seperti Ahli Parlimen Pendang, Dr. Hayati Othman dan ADUN Tokai yang bercita-cita besar mahu menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak, Taulan Rasul, hilang ghaib entah ke mana. Dan kalaulah bukan kerana bantuan daripada agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, barangkali penduduk-penduduk yang terjejas akibat banjir minggu lepas, pakat minum air bah dan memungut makanan hanyut untuk mengisi perut. 

Nak harapkan Kerajaan PAS Kedah… macam mengharapkan ketul batu jadi buntat. Langsung tidak ada inisiatif membantu rakyat dan penduduk yang terjejas dek banjir. Kalau ceramah dan kempen, merekalah yang paling hebat. Merekalah yang paling kuat memperjuangkan rakyat. Dan mereka jugalah yang mengusung tabung minta derma daripada orang ramai yang mendengar ceramah, tetapi bila mai tang susah, batang hidung para pemimpin PAS pun tak kelihatan. 

Tak payahlah nak suruh pemimpin PAS dari Alor Star atau dari Jalan Raja Laut yang datang ambil tahu hal orang ramai yang dah susah, itu jauh sangat. Kita tanya, mana pi Taulan Rasul dan Hayati Othman? Takkan depa tak tahu, kawasan yang dilanda banjir itu adalah kawasan yang sepatutnya depa jaga? Takkanlah depa tak tahu, orang ramai yang terjejas akibat banjir itu adalah orang-orang yang telah mengundi depa untuk naik jadi Wakil Rakyat? 

Tak cukup menyalahkan tebatan banjir yang tidak wujud itu kalau pembalakan dijalankan macam orang lapar tak jumpa nasi seminggu. Tak cukup menyalahkan para pemimpin Pusat, kalau pemimpin setempat yang telah dinaikkan oleh penduduk tempatan macam Taulan Rasul dan Hayati Othman ghaib dan ghuyub entah ke mana masa penduduk dalam kesusahan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan