ads

Selasa, 27 November 2012

02 di jerai kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Exco - Jawatankuasa urus pembangunan Gunong <b>Jerai</b>

Posted: 26 Nov 2012 03:30 PM PST

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa kecil yang lebih efisien dalam mengurus pembangunan di Gunung Jerai yang menjadi salah satu sektor pelancongan yang penting di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, YB. Dato' S. Manikumar berkata, pihaknya inginkan satu pembangunan yang komprehensif di Gunung Jerai serta dikenali di persada antarabangsa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Gurun, YB. Dr. Leong Yong Kong mengenai pembangunan di Gunung Jerai pada Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas di Dewan Undangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, di sini.
Menjawab soalan ADUN Ayer Hangat, YB. Mohd Rawi Abd. Hamid mengenai sektor pelancongan lain yang diwujudkan, beliau memberitahu, Kerajaan Negeri juga turut mewujudkan pelancongan berbentuk Islam (Islamic Tourism) yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
"Kita juga turut mengetengahkan halal tourism (makanan halal) mengikut syariah dan pengasingan lelaki dan perempuan di kolam renang," katanya.

YB. Dato' S. Manikumar menjelaskan, dengan pertumbuhan ekonomi di Pulau Langkawi dengan mewujudnya hotel-hotel, pembangunan yang ada di situ perlulah dikongsi bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
"Jumlah pelancong dari Arab Saudi turut meningkat di Langkawi iaitu sebanyak 34,316 orang pada tahun ini berbanding 28,009 orang pada tahun 2011 sepertimana yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)," katanya.
Sementara itu, YB. Manikumar memberitahu, baru-baru ini beliau menerima kunjungan daripada pelancong Singapura yang datang ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha di Amanpura, Sungai Petani.
"Ia secara tidak langsung merupakan salah satu jualan pakej pelancongan di Singapura. Kita turut menerima jualan pakej pelancongan di sana yang agak besar," ujarnya.
Ketika menjawab soalan tambahan ADUN Guar Chempedak, YB. Dr Ku Rahman Ku Ibrahim mengenai promosi Gunung Jerai, beliau menjelaskan bahawa setakat ini pengurusan di Gunung Jerai berjalan dengan baik dan tidak menghadapi masalah.
"Kita juga turut memberi perhatian kepada pembangunan di Arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu di Lembah Bujang," tambahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved