Selasa, 20 November 2012

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI</b> KOMUNITI TAMAN IHSAN, <b>JITRA</b>

Posted: 08 Oct 2012 07:48 PM PDT

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI TAMAN IHSAN, JITRA



Setelah hampir 2 bulan tidak menjalankan program 3R, penduduk atau komuniti Taman Ihsan, Jitra sekali lagi menjalankan program berkenaan pada 7 Oktober 2012 untuk membersihkan kawasan persekitaran taman mereka. Kali ini, antara komuniti taman terbabit yang melibatkan diri dalam aktiviti ini ialah En Amran, peniaga minuman power dan superpower yang menyumbangkan tin-tin susu serta En Nian, peniaga servis jentera yang menyumbangkan botol-botol plastik minyak hitam. Kebersihan sekitar komuniti ini perlulah dikemaskini dan dibersihkan supaya tiada habitat untuk pembiakan nyamuk, tikus, dan anjing liar khususnya di kawasan perniagaan mereka.


Wakil pihak vendor membawa lori kutipan selepas menjalankan aktiviti yang sama di SMK Kepala Batas, Alor Setar bersama-sama En Mohd Azrul Bin Azmi daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah. Sebanyak lebih 80 kg tin-tin susu yang berjaya dikutipa di sekitar kedai minuman En Amran dan sebanyak hampir 100 kg botol-botol plastik di kedai En Nian. Jumlah keseluruhan hasil jualan barangan kitar semula tersebut diberikan 100% kepada kedua-dua peniaga tersebut sebanyak hampir RM 90.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan