Sabtu, 17 November 2012

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Ucapan Mengampu Ketua Pemuda PAS <b>Kedah</b>, Menjijikan <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 03:46 AM PST

Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah sememangnya sedang bergelut dengan imejnya sendiri. Dia cuba mendapatkan tempat dalam PRU13 nanti mewakili PAS. Dan dia juga cuba menonjolkan diri sebagai generasi pelapis yang disayangi oleh pemimpin-pemimpin tua PAS. Malangnya, Ahmad Yahya yang cuba membodek kaum tua yang membarisi saf ulama PAS, sekadar membuatkan beberapa orang perwakilan dari Kedah menjuihkan bibir dan menjungkitkan kepiah putih masing-masing. 

Dalam ucapannya, Ahmad Yahya menyentuh tentang wala' atau kepatuhan ahli bawahan kepada pimpinan, akidah serta isu mengenai hukum, terutamanya hudud. Menurutnya, hanya pemimpin yang digelarkan ulama sahaja yang boleh mengulas tentang hal-hal berkenaan. Dek kerana itu, katanya lagi, ulama perlu dikembalikan fungsinya yang sebenar sebagai pimpinan tertinggi PAS. 

Ucapannya memang mendapat pujian daripada kebanyakan perwakilan dan pemerhati. Apatah lagi, PAS sangat bergantung kepada 'kaum ulama' yang membezakan parti tersebut dengan UMNO. PAS perlu mengekalkan imej Islamnya dengan memasukkan dan mengekalkan elemen paling utama iaitu ULAMA walaupun kebanyakan ULAMA yang dilabelkan oleh ahli-ahli PAS itu sebenarnya tidaklah aula keulamaan mereka, memandangkan kebanyakan daripada mereka mempunyai latar belakang akademik yang terlalu umum.

Ucapan Ahmad Yahya memang hebat, seperti hebatnya ucapan Anwar Ibrahim dan berdegar-degarnya ceramah Sukarno. Bagaimanapun, seperti kebanyakan mereka yang dianugerahkan Allah Taala dengan kebolehan berceramah dan petah bercakap, Ahmad Yahya turut menyimpan susuk hitam dalam keperibadiannya. 

Permusuhannya dengan Pemuda PAS Kuala Kedah, bukan lagi satu rahsia. Disebabkan itulah, ucapan Ahmad Yahya tentang wala' dilihat lebih banyak menjurus kepada mereka. Ahmad Yahya cuba mengingatkan perwakilan dan pemerhati dari Kuala Kedah bahawa sebagai pemimpin utama Dewan Pemuda PAS Kedah, wala' harus diberikan kepadanya tanpa banyak sanggahan. Apa-apa sahaja yang dikatakannya, tidak boleh dibantah kerana konsep wala' dan dia pula adalah seorang tsiqah kerana menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Kedah.

Itu yang dirasakan oleh perwakilan dan pemerhati dari Kuala Kedah. Sebahagian besar ucapan Ahmad Yahya memang ditujukan kepada mereka, walhal berbanding Ahmad Yahya, rata-rata Pemuda PAS Kuala Kedah bekerja cukup keras untuk memastikan Kuala Kedah kembali ke tangan PAS. Apatah lagi, PKR yang memenangi Kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2008 lalu, sebenarnya terlalu bergantung kepada Pemuda PAS untuk menang.

Pada PRU yang lalu, PAS dan PKR menyapu bersih kesemua kerusi di Kuala Kedah. PKR menguasai Kerusi Parlimen Kuala Kedah, manakala PAS pula menguasai Kerusi DUN Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor. Sesiapa pun tidak boleh menafikan kerja keras Pemuda PAS Kuala Kedah dalam usaha menguasai kesemua kerusi di Kuala Kedah.

Bagaimanapun, Ahmad Yahya yang kemaruk kuasa, tidak dapat menerima kenyataan berkenaan. Para pemimpin Pemuda PAS Kuala Kedah dilihat sebagai pesaing utamanya sama ada untuk jawatan Ketua Pemuda DPPNK mahupun dalam usaha menolak Mat Sabu atau calon import ke Kedah mewakili PAS. 

Dalam ucapan membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Ahmad Yahya turut membelasah beberapa orang pemimpin yang disifatkannya sebagai 'panjang tangan' dan 'panjang lidah' sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli-ahli. Selain itu, dia turut memuji Salahuddin Ayub yang balik ke Johor untuk bertanding. 

Berkata Aris Awang, Setiausaha PAS Kuala Kedah, "Ingatkan Ketua DPP Kedahmencari jalan merapatkan jurang tetapi ianya semakin menambahkan parah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan