Rabu, 21 November 2012

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Kota <b>Kuala Kedah</b> – Pelabuhan Jadi Saksi, Dermaga Tua Menanti <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 06:24 AM PST

Percutian saya macam pertukaran mata pelajaran di sekolah pula.  Kalau dari entri pertama kami anak beranak mengenal matapelajaran Geografi dengan melihat pembentukan Stalaktit dan Stalagmit di Gua Tempurung, kali ini kami sekeluarga menjejak memasuki kelas Sejarah di Kota Kuala Kedah.

Tagline blog ini adalah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti… jadi, inilah kisahnya!

Selepas turun dari Gunung Jerai dan merempit di  Jambatan Pulau Bunting di Yan , Kedah kami meneruskan perjalanan percutian ke Kuala Kedah. Tujuannya adalah untuk melawat Muzium Kota Kuala Kedah. Sesiapa yang mengikut blog kehidupan ini tentu saja tahu bahawa kami sekeluarga adalah peminat dan pengunjung muzium yang tegar. Tiap tempat percutian, kami sebolehnya akan mencari tempat warisan sejarah.

Sepanjang tahun 2012 ini saya telah melawat Memorial Batu Bersurat Terengganu di Kuala Berang Terengganu,  Muzium Warisan Kuala Lipis, Muzium Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang , Muzium Perang Bank Kerapu , Kota Bharu Kelantan termasuk beberapa tempat lain yang tidak kurang juga kisah sejarahnya.

jambatan tok pasai, kuala kedah

Jambatan Tok Pasai , Kuala Kedah

Untuk sampai ke Muzium Kota Kuala Kedah, kita perlu melintasi  Sungai Kedah melalui Jambatan Tok Pasai.   Jambatan Tok Pasai ini  menghubungkan Kampung Kubang Jerangau, dari Seberang Kota Kuala Kedah ke Kampung Ulu, Kuala Kedah

Muzium Kota Kuala Kedah

Muzium Kota Kuala Kedah

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara Sungai Kedah, kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kota ini merupakan satu-satunya Kota Melayu yang diperbuat daripada batu-bata yang masih kekal dan boleh dilihat hingga hari ini.

komplek muzium kuala kedah

Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium Malaysia sebagai "Tapak Tanah Bersejarah"

Mengikut sejarah, Kota Kuala Kedah  dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa dan siap pembinaanya dalam tahun 1780 semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II. . Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi.

Pintu Gerbang British.

Pintu Gerbang British

Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India dan pada mulanya kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh.  Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama Pintu Gerbang Kadapuri.

lokasi muzium kota kuala kedah

Tembok menghadap ke Alor Melaka

Apabila Kedah dengan rasminya diletakkan di bawah penguasaan British pada 1909, beberapa pejabat kerajaan dibina dalam kawasan kota ini, termasuklah sebuah rumah api yang masih berfungsi sehingga ke hari ini.

Rumah api Kota Kuala Kedah

Rumah Api Kota Kuala Kedah

Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619. Setelah diperbaiki, kota ini sekali lagi dimusnahkan oleh armada Bugis (1770) . Kota Kuala Kedah ini juga pernah diserang dan dimusnahkan oleh Armada Siam pada 12 November 1821.

merian di muzium kota kuala kedah

Meriam di sekitar Kota Kuala Kedah

Kota ini meliputi kawasan seluas 2 ekar. Pada bahagian menghala ke laut dan sungai, dua tembok dibina dan di antaranya diisikan dengan tanah, manakala bahagian belakangnya didirikan tembok selapis sahaja, Meriam-meriam besar buatan British dibeli dan dipasang pada kota yang menghala ke laut dan dua di antaranya mempunyai nama khas iaitu "Badak Berendam" dan "Katak Puru"

tembok kota kuala kedah

Kota ini dibina bertujuan sebagai benteng pertahanan Kedah

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu,  Kota Kuala Kedah  ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945.

Jambatan Tok Pasai, Kota Kuala Kedah

Jambatan Tok Pasai dilihat dari Kota Kuala Kedah

Masa lawatan ke Muzium Kota Kuala Kedah.

Sabtu – Khamis :

  • 9.00 pagi – 6.00 petang

Jumaat:

  • 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
  • 2.30 petang – 6.00 petang

Sewaktu lawatan kami awal November 2012, Galeri di bahagian tengah kota ini sedang dibaikpulih.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pengkalan Kuala Kedah

Dihadapan Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah terdapat bangunan tersergam milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pengkalan Kuala Kedah.

©kujie – saya tak berkongsi gambar peribadi di blog , tetapi 'Kawan Blogger'  berpeluang melihat album gambar peribadi percutian di Facebook saya.

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Day #2 – Puncak Tertinggi Ke Lembah Dan Lautan
  2. Muzium Warisan Kuala Lipis – Siapa Sebenarnya Bidan Perdana Menteri?
  3. Melawat Muzium Perang Bank Kerapu
  4. Kalau pergi ke Kuala Kubu, tulis nama atas batu
  5. Gambar Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu ) Yang Kering

Tiada ulasan:

Catat Ulasan