Sabtu, 10 November 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


KPDNKK Rampas 1,250 Liter Diesel <b>Di Kulim</b> | MyNewsHub

Posted: 20 Sep 2012 11:58 PM PDT

KULIM – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Kulim, merampas 1,250 liter diesel subsidi daripada sebuah lori ketika pemandunya mengisi minyak di Taman Lobak dekat sini pada Khamis.

Ketua Bahagian itu, Roffa Mat berkata, diesel bernilai lebih RM2,000 itu ditemui tersimpan dalam sebuah tangki kaca gentian yang dipasang dan diubahsuai pada sebuah lori tiga tan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Roffa berkata, pemeriksaan awal mendapati lori berkenaan dari Changlun dan pemandunya yang berusia 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Lori yang diubahsuai ini dilitupi rapi dengan kanvas bagi melindungi tangki kaca gentian itu. Selepas mengisi minyak pada tangki asal lori, mesin penyedut automatik digunakan untuk menyedut minyak daripada tangki asal ke tangki besar yang diubahsuai," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya kini masih memantau kegiatan itu kerana daripadaintipan yang dibuat, terdapat beberapa sindiket sama beroperasi sekitar PulauPinang dan Kedah Selatan.

Roffa memberitahu bahawa kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM250,000. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan