Khamis, 22 November 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kecut Perut Kali Kedua <b>Di Langkawi</b> Cable Car : Kisah Kembara <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 12:23 AM PST

Kecut Perut Kali Kedua Di Langkawi Cable Car : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 2

Assalamualaikum. Sesudah mendakwa bahawa diri sendiri jetlag , solat , makan tengahari ala kadar dan sedikit refreshment , aku dengan family besar kami terus ke tempat pertama yang diterjah sesampainya di bumi Langkawi . Langkawi Geopark . Longkang betul perangai Maklong , dia tahu aku gayat melampau , diajaknya lagi aku ke Cable Car Langkawi . Salah satu rangkaian kereta kabel yang paling tinggi dan paling selamat dalam dunia . Selamat heh ?


Assalamualaikum ! Kami datang dari Johor !

Dengan bayaran RM15 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak - kanak (Pergi selepas pukul 5 ke atas harga tiket dia lebih murah . Jimat . Duit yang lebih tu boleh shopping cokelat!) masing - masing mahu menguji tahap kegayatan masing - masing . Aku masa ni dah menyumpah - nyumpah dalam hati . Siap manusia yang buka tempat ni pun aku seranahkan sekali . Tapi kerana nak tunjuk macho depan suami dan Adam yang selalu memandang tinggi pada aku , takkan aku nak chicken out dan duduk diam diam dekat bawah kan . Tak gangstar lah macam ini . Jadi aku sahut cabaran Maklong dengan tangan terbuka dan berlapang dada . Seranah diteruskan didalam hati . 


Lengang . Tak ada orang . Jadi kalau aku menjerit keluar suara pondan , tak ada siapa dengar .

Mula mula kereta kabel bergerak perlahan lahan macam Siput Gary aku steady lagi . Siap ambil - ambil gambar dengan gahnya . Makin lama tengok paras ketinggian dia semakin menggila , ni muka aku yang cantik manis ni kalau ditoreh memang darah langsung tak menitik . Kalau tadinya pot pet bercerita itu ini , sekarang aku diam duduk dekat sudut sambil mengucap dua kalimah syahadah . Serious . Ini kalau jatuh terhempas ni , dah jadi macam acar buah kami anak beranak .  Yang buat jantung kembang kuncup bila Adam boleh golek golek bergembira dengan bapaknya . Terasa kereta kabel berhayun ke kiri ke kanan ah aku memang tawakal kepada Allah . Kalau mati ni , memang jangan perasan nak mati syahidlah . 700 kaki dari aras laut . Phew ! Kepala lutut macam dah tak ada dekat tempurung dia dah . Dah lari entah pergi mana entah . Aku memang berdendam dengan manusia yang mencipta cable car ni ! Memang ! Memang !


Senyum dipaksa paksa. Padahal dalam hati.

Dia ada dua station . Station yang pertama tu kalau engkau dah gayat nak mati rasanya engkau boleh turun dekat situ dan buatlah beberapa cubaan untuk mengembalikan semangat . Aku nak turun dekat station pertama ni tapi mendapat tentangan daripada pelbagai pihak . Walaupun rasa macam nak nangis , tapi aku teruskan juga sampailah ke station yang kedua . Yang paling atas sekali . Kabus kabus tebal mengelilingi , suasana memang sejuk sampai ke tulang dan yang paling best sekali udara dia segar gila . Jauh dari pencemaran . Memang romantik habislah senang cakap . Alhamdulillah . Lega untuk seminit dua . Dan bila suami ajak mendaki tangga untuk sampai ke puncak punya puncak , aku dah pandang dia dengan pandangan membunuh . Sudahnya aku lepak - lepak dekat station kedua dengan Emak , Makngah dengan Arrazi . Yang lain , panjat tangga naik puncak . Aku memang taklah . Aku tengok bawah dah sayup sayup rasa macam nak tergolek dengan sendirinya .

Muka bangga bangga takut .

Perjalanan turun lebih mudah sebab kabus tebal , jadinya aku tak nampak hape , so rasa lebih cepat sampai . Bahaha . Sebenarnya aku ketakutan . Nak cepat cepat sampai ke tanah . Turun daripada cable car , cuci mata dekat gerai cenderahati yang ada dekat situ . Harga memang tak mahal dan tak murah . Berpatutan . Kalau taknak beli tak apa tapi jangan buat muka longkang pulak dekat situ . Kita kena menjadi pelancong yang berhemah . Jangan macam ada satu makcik ni tarik muka samai berkedut kedut muka dia bebelkan harga barang mahal . Makcik ni pun satu , nak murah pergi kedai dua ringgit . Kalau engkau orang tanya , naik cable car best ataupun tak , jangan tanya akulah sebab nanti jawapan aku bias sikit . aku ni penggayat . Tapi menurut kata manusia manusia yang lain , best , awesome sedunia . Baiklah .


Belilah barangan buatan Malaysia . Err dah kahwin juga pilihlah rakyat Malaysia .

Kemudian sambung jalan jalan dekat kawasan sekitar . Kami lepak lepak dekat Korean Park yang ada dalam Langkawi Geopark tu . Bangunan - bangunan dia , kedai makan semua bentuk macam korean style . Jambatan dia . Memang korean klasik lah .  Ada pertunjukan ularlah , bergambar dengan kudalah , eh engkau orang yang pencinta binatang boleh lepak lepak dekat jambatan gantung dia and beri itik makan . Itik itik dia gebu dan comel comel . Aku tak pasti lah dia menggigit atau tak sebab aku tak lepak dekat situ .Ah apa susah , kalau dia gigit engkau cekik leher dia sampai parah .


Yu Jin dengan Jun Sang . Bahahahh !

Langkawi bandar yang sopan santun . Sebab aktiviti malam dia hanya terhad dekat area Pantai Cenang . Dekat situ sosial sikit . Kalau tempat lain memang area pukul 6 - 7 malam tu dia dah pakat pakat kemas kedai dah semua . Bagus , So malam , Langkawi memang khas untuk tidur dan berehat . Tak ada masa nak merayap macam musang . Masa kami datang ni kedai banyak dah tutup sebab dah hampir nak pukul 7 malam .


Eceh . Kedai dia tak masuk pun .

Baju belang belang tu Pakngah . Tudung ungu tu Emak . Tudung Pink tu Makngah . Tudung hitam tu Maklong . Baby tu Arrazi . Budak lelaki tu AlFateh . Budak perempuan toncet tu Intisyar . Tiada dalam gambar , Paklong , aku , Husna dan Insyirah .

Sebelum balik ke homestay untuk balik berehat , solat , makan dan seterusnya tidur kami singgah dekat Pasar Malam Padang Matsirat untuk beli sayur sayur dan bahan bahan kering untuk kegunaan sepanjang kami dekat sini . Pasar malam dia tak jauh beza dengan pasar malam seantero Malaysia . Cuma harga dia memang murah murah . Nasi lemak cuma RM2 , banyak gila . Bahan - bahan kering macam ikan bilis , lada , sayur sayur pun boleh tahan murah . Jimat kalau masak sendiri ni sebenarnya . Eceh . Macamlah aku yang masak padahal aku tau nganga mulut dan makan saja . Bahaha !

Sambung Part 3 . 


Dah . Babai !
LIKE!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan