ads

Ahad, 4 November 2012

di negeri kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Sembang Santai Mesra Belia Peringkat <b>Negeri Kedah</b> : Bahagian

Posted: 22 Oct 2012 01:58 PM PDT

DSC_0106

Destinasi terakhir program Sembang Santai Mesra Belia Negeri Kedah yang dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, ialah di Kampung Tualang di Parlimen Pokok Sena di mana beliau disambut hangat pula oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan lebih 80 orang penduduk kampung.

Kemeriahan jelas terasa di lokasi terakhir persinggahan Datuk Jamil ini apabila program berkenaan penuh dengan gelak tawa para belia dan para penduduk kampung yang bersantai sepetang hari bersama "orang kuat" KBS yang banyak menabur bakti kepada rakyat Malaysia itu.

Program di kampung itu diisi dengan aktiviti sukaneka yang disertai oleh lebih 70 orang belia dan penduduk kampung berkenaan dan antara acara menarik yang diadakan ialah pertandingan tarik tali, pertandingan karom dan lari dalam guni yang mencuit ramai hadirin yang hadir.

Menariknya, Datuk Jamil sempat diberi penghormatan untuk berganding bahu dengan seorang penduduk kampung Tualang untuk mencabar Datuk Ahmad Lebai Sudin dan pasangannya bermain karom.

 

Para penduduk kampung Tualang turut menghadiahkan Datuk Jamil sebotol madu tualang asli sebagai penghargaan kepada beliau atas komitmen yang diberikan olehnya melalui KBS kepada masyarakat disitu.

Lambaian terakhir Datuk Jamil kepada para penduduk kampung itu mengakhiri lawatan dua hari semalamnya di negeri Kedah sebelum meneruskan program seterusnya di negeri Perlis Indera Kayangan.

 

Meninggalkan seribu kenangan manis di Kedah, Datuk Jamil mampu tersenyum lebar mengenang kemesraan rakyat Kedah yang menyambut wakil KBS itu menabur bakti  dan sudah tentu kehadiran beliau bakal dirindui oleh seluruh rakyat di negeri Jelapang Padi itu…



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved