Jumaat, 28 Disember 2012

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


UMNO-PAS bersatu <b>di Baling</b>,NIk Aziz mesti &#39;berbulu&#39;. - UtaraNews <b>...</b>

Posted: 24 Nov 2012 05:52 PM PST

Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam. Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; Zulkifli Ahmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

 Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling. Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza. "Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali. "Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama," katanya kepada media.


 Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan. "Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya. Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin. "Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

 Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan