02 di jerai kedah - Google Blog Search |
Team Media <b>Kedah</b>: CAJ AIR : <b>KEDAH</b> TIADA IDEA CARI HASIL <b>...</b> Posted: 16 Dec 2012 08:30 PM PST ALOR SETAR - Kerajaan Kedah semakin kekeringan idea dalam menjana hasil negeri apabila berhasrat mengenakan caj kepada pihak yang menggunakan sumber air dari sungai. Selepas mengenakan caj air mentah kepada Pulau Pinang, kini kerajaan negeri berhasrat melakukan perkara sama kepada agensi kerajaan pusat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) selain syarikat dan kilang di Kedah, Pinang serta Perlis yang mengambil air dari sungai. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, sejak hari pertama pakatan Pas, PKR serta DAP mengambil alih negeri ini, mereka menyatakan akan memperoleh pendapatan melalui sumber air dan balak. Beliau berkata, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri hanya mampu memperoleh pendapatan menerusi sumber sedia ada dan ia satu kerugian kepada rakyat serta negeri kerana tiada penjanaan pendapatan baharu untuk melaksanakan pembangunan. "Kita kerugian empat tahun, dan rakyat boleh bagi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk lonjakkan negeri ini setanding dengan negeri maju," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Seminar Pendidikan dan Hari Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini mengumumkan akan mengenakan caj air mentah kepada Mada bermula tahun depan selain mana-mana syarikat dan kilang di negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang. Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, Kedah mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan, antaranya, Kulim Hi-Tech Park serta mewujudkan hab getah yang mampu menarik pelabur asing ke negeri ini. "Kita boleh bangunkan hab getah di kawasan seluas 16,000 hektar ladang getah. Kita boleh tarik industri yang berkaitan dengan getah untuk beroperasi di Kulim Hi-Tech," katanya. Sementara itu, mengulas keputusan kerajaan membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Mukhriz berkata, ia satu perkembangan yang baik namun banyak perkara perlu dipertimbang terlebih dahulu. Beliau berkata, setiap calon mesti memiliki kemampuan tersendiri, dan jika diseimbangkan pengalaman dengan idea baharu, mampu melahirkan kepimpinan yang terbaik. "Kalau mereka tak ada pengalaman, tak jadi masalah, kerana kita boleh bagi pendedahan, dan jika kedua-dua elemen ini diseimbangkan, saya ingat ini yang terbaik," katanya. Terdahulu, Mukhriz hadir pada Seminar Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 yang dirasmikan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim. Seramai 700 pesakit Sindrom Down dan anggota keluarga hadir bagi memeriahkan program itu, yang bermula hari ini dan berakhir Isnin. Mukhriz, yang juga Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), berkata menerusi seminar itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tersebut dapat melatih mereka agar bersedia menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Beliau menyeru kerajaan Persekutuan dan agensi terlibat agar memberi satu latihan khusus kepada golongan itu bagi membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan. "Ramai di kalangan mereka boleh bekerja jika diberi peluang. Kita lihat ada di kalangan mereka bekerja di restoran makanan segera, dan ini menunjukkan mereka berkeyakinan di samping dapat menambah pendapatan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di jerai kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan