Sabtu, 22 Disember 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


GEMPAR!! PKR Letak Saifudin Nasution Jadi Calon <b>di</b> Parlimen <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2012 04:36 PM PST


PKR sedang merancang untuk menyelamatkan 'orang kuat'nya iaitu Saifudin Nasution dari kerusi parlimen yang boleh menyebabkan kekalahan. PKR terpaksa mencari kerusi ditempat lain, atas kerana Pas Kelantan sudah membuat tekad bahawa hanya anak Kelantan yang dibenarkan bertanding disana.

Atas sebab demikian, PKR Pusat pening kepala, lalu mereka membuat keputusan untuk meletakkan Saifudin Nasution bertanding di Kedah, yang kononnya negeri kuat Pas kedua selepas Kelantan. Namun setelah berbincang dengan Pas Kedah, PKR mendapat semula kerusi mereka di Kulim Bandar Baharu, yang dulu ditanding oleh YB Zulkifli Noordin mewakili PKR.

 Mungkin mereka ingat Kulim Bandar Baharu masih lagi lubuk Pakatan Haram. Namun setelah sekian lama Kulim Bandar Baharu dibawah PKR dan adun-adun Pas. Tiada satu pun perubahan yang berlaku. Perubahan kearah yang lebih buruk rasanya banyak la kot.

Jalan berlubang-lubang dari Serdang ke Selama Kedah, hanya diturap dengan tar dan penyodok, kemudian di pijak dengan kaki! Begitu hebatnya turapan tar, Mc yang tengok pun terkejut. Sekali lori lalu, hancur terus tar dan berlubang ada semula.

Apakah itu teknik terbaru turapan tar dari puak Pas? Sekali turap 'claim' berapa agaknya? Turap setompok-setompok, tapi claim satu jalan agaknya. Kaya-kaya, mengabihkan duit rakyat saja! Patut la Adun Pas di mana-mana tempat pun makin lama makin kaya, mungkin sebab penipuan yang sebegini la.

Kita berbalik cerita Saifudin Nasution, atau lebih dikenali sebagai Din Muka Bulan. Tak perlu Mc jelaskan kenapa orang panggil Din muka bulan, sebab gambar di atas menceritakan segalanya.

Saifudin ingat Kulim Bandar Baharu ni senang nak menang ke? Walaupun dulu UMNO Bandar Baharu menghadapi masalah dalaman, namun kini tidak lagi, jentera UMNO disini bersatu dan bersedia untuk PRU ke 13.

Termasuk juga rakyat tempatan disini yang mula mual dan juak dengan puak Pas ni. Sudah la tidak ada sebarang pembangunan, tidak dipedulikan langsung, Azizan atau wakil pentadbiran Pas Kedah, langsung tak pernah sampai ke sini untuk melihat nasib rakyat.

Sudah la ahli parlimen pun, ada serupa takdak, Adun-Adun di sekitar parlimen ni semuanya tak boleh harap. Memang sedih dan kesian penduduk di Kulim Bandar Baharu ni. Tak pernah ada pembelaan.

Nasib baiklah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin datang tempohari ada janji nak buat masjid besar di Serdang, dan janji yang TPM buat tu pun sedang dilaksanakan. Bermakna, masjid yang TPM janji tu, sedang dalam pembinaan.

Kalau nak harapkan Kerajaan Negeri Pas Kedah, memang haram takdak la. Disebabkan keadaan seperti itulah, sokongan terhadap Pakatan Haram semakin berkurangan. Terbukti bila, ceramah yang dibuat oleh PKR dan Pas, tidak mendapat sambutan seperti dulu.

Dalam bulan ni, Anwar dan Mat Sabu turun membuat ceramah di sini, namun tidak ada sambutan. Anwar hanya mampu menarik pendengar sekitar lebih 200 orang sahaja. Manakala Mat Sabu lebih sedikit dari Anwar sekitar dalam 300 orang keatas.

Itu membuktikan, rakyat sudah menolak mereka ini. Saifudin pun pernah berceramah disini, rasanya kurang dari 100 orang yang mendengar dia berceramah memaki UMNO/BN. Itu satu tanda aras untuk kita melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap golongan seperti ini.

Tapi kalau itu pun tidak mengubah keputusan Saifudin bertanding disini, Mc dengan sukahati menerima kunjungan Saifudin ke Kulim Bandar Baharu. Pasti kami akan sambut dengan serangan bertubi-tubi dan bukan dengan kompang kenduri kawin.

Bagi Mc, Saifudin muka bulan ni bukan 'kuasa besar' yang confirm menang disebabkan pengaruh. Sebab dia tak ada apa-apa kelebihan pun, kecuali membohong, menipu dan memfitnah. Dalam 3 perkara tu, dia memang terer!

Mc sangat berbesar hati jika Saifudin bertanding disini (Kulim Bandar Baharu) di alu-alukan.


McTheory:
Mari kita benamkan raksaksa PKR di bumi Kedah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan