02 di langkawi - Google Blog Search |
MaYa MustWany: Bercuti <b>di Langkawi</b> Posted: 18 Sep 2012 11:41 PM PDT Entah pe la mimpi update blog kan? dah naik bersawang dah blog ni..maaf dah lama tak blogwalking blog korang..sejak kerja memang teruz menyepi dalam dunia blog ni. Yela pergi kerja pagi, balik malam. Penat, sampaikan tertido depan netbook. Mas sendiri dah tak jadi 'Pengomen Tegar' bak kata Lyssa & Fizzy La ni, Mas nak share cerita BERCUTI DI LANGKAWI. Ingat lagi tak, bulan 5 hari tuh, Mas pergi bercuti bersama keluarga? haaaa bayangkan sekarang ni dah bulan 9..baru nak update. hihihi.. maaf ~ Ok, nak shortkan story.. Mula-mula kami tidur rumah family Abang Long Mas kat Dengkil. Jarak dekat sikit, lagipun senang berkumpul sekali. Semua ahli ada kecuali family Abang Ngah Mas. Kami bertolak lepas subuh. Dalam 45minit dah sampai di Langkawi. Masa kami mahu berlepas, kami teringin nak bergambar satu keluarga kat kawasan lapangan terbang. Hanya satu je, ada la seorang lelaki encem datang nak tolong snapkan picture kami, alih-alih kami ditengking pekerja Air Asia. Tak bagi peluang langsung, tak beradab. Serious menyirap dengan pekerja lelaki tuh. Kami tahu perbuatan kami salah, tapi tak boleh ke cakap sopan? Please Air Asia, ajar para pekerja bersopan santun! Sampai je, terus ambik kereta dan isi perut dulu. Lepas breakfast baru pergi tempat yang Mas memang teringinnnnn sangat nak pergi, iaitu- CABLE CAR! kat Oriental Village. Perasaan memang best la time tuh. SubhanaAllah cantik sungguh permandangan dari atas. Mak & abah tak naik, takut. Akak Mas mula-mula tak nak, tapi lepas dipujuk, baru la dia kuatkan semangat. Kalau nak diikutkan, de je macam-macam aktiviti nak buat tapi alih-alih semua dok sakan bershopping kat Idaman Suri, Hj Ismail & Minyak Gamat. Apa-apa pun, kami tak lepaskan peluang bergambar di Dataran Helang. Percutian kami 3hari 2Malam, selesai dengan gembira.. # Kedai Makan Selera Petani- terbaek. Murah & sedap. # Ada kedai makan tepi jalan dekat area tempat Minyak Gamat- sedap, layanan yang sangat peramah & murah. # Kedai makan sebelah kiri Idaman Suri, layanan teruk, siap jeling, masam & marah bila ditanya, mahal & tak sedap. # Kenapa yea pekerja Idaman Suri jenis muka masam-masam je? susah ke nak senyum? |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan