02 di merbok - Google Blog Search |
LagunaMerbok: Maut Dilanggar Treler <b>di</b> Laguna <b>Merbok</b>. Posted: 02 Oct 2012 09:00 AM PDT SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dinaiki bersama seorang rakan dilanggar sebuah treler dari belakang dekat laluan Laguna Merbok–Sungai Layar di sini, kira-kira jam 1 petang, kelmarin. Mangsa dipercayai berusia 30-an sedang dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ingin membelok ke Bandar Laguna Merbok sebelum dilanggar sebuah lori yang datang dari arah sama. Saksi kejadian, Syed Fuad Syed Osman, 27, berkata, pada mulanya dia nampak motosikal yang dinaiki dua lelaki berada di hadapan sebuah lori. "Apabila sampai di simpang empat Bandar Laguna Merbok, motosikal itu ingin membelok ke kanan. "Bagaimanapun, secara tiba-tiba treler yang ingin meneruskan perjalanan ke arah Sungai Layar itu mungkin menambah had laju kerana melihat lampu isyarat hijau terus merempuh kedua-dua mangsa," katanya. Akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi kejadian, manakala rakan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. Tinjauan ke lokasi kejadian mendapati, motosikal mangsa masih menunjukkan isyarat ingin membelok berdasarkan 'signal' yang masih terpasang, manakala pemandu lori difahamkan tiada di lokasi kejadian. Jurucakap polis berkata, kemalangan menyebabkan seorang maut, manakala rakan mangsa yang cedera dibawa ke HSAH untuk rawatan lanjut. |
Drive Thru at UiTM <b>Merbok</b> Kedah ~ abah khalisha Posted: 26 Nov 2012 06:24 AM PST Alhamdulillah, adik AK yang no. 6 berjaya mendapat tawaran untuk sambung belajar di UiTM Merbok, Kedah. Tuuuuu dia orang cakap jauh sampai utara sana tu. Allah itu Maha Bijaksana dan Mengetahui kerana dia telah mengatur segalanya. Mana tidaknya kerana jodoh AK adalah orang Butterworth, Penang so tak payah nak pening kepala fikirkan mana nak bermalam. Dari Selayang kami gerak ke Penang dalam pukul 8.30 malam dan selamat sampai dalam pukul 1.00 pagi. Sempatlah makan roti canai di tengah-tengah malam iaitu 12.05 tengah malam di perhentian Semanggol. Sampai rumah je terus terlentok. Keesokkan pagi, kami sekeluarga gerak ke UiTM Merbok untuk pendaftaran takut juga nanti kesesakan berlaku semasa pendaftaran. Tapi AK agak terkejut kerana segalanya berjalan dengan lancar. AK memang puji penambahbaikan sistem pendaftaran kolej di mana pembahagian kunci adalah melalui cara drive thru. Ala-ala McDonalds dan KFC plak rasanya. Dapat je kunci tu terus ke kolej Misra untuk meletakkan barang-barang dan beg adik perempuan AK. Selepas itu dalam pukul 11.00 pagi ada taklimat kepada waris. Sebenarnya taklimat ini tidak wajib tetapi rugi pula jika tidak pergi. Mungkin ada informasi yang berguna akan diperolehi. Jika dibandingkan beberapa tahun dahulu AK pernah menghantar adik-adik AK di UiTM Segamat dan di UiTM Dungun. Memang agak serabut dan memeningkan jika di bandingkan sistem pendaftaran di UiTM Merbok pada tahun ini. AK tak sure pula jika semua sistem pendaftaran telah diselaraskan untuk mengelakkan kesesakan. Mungkin ada blogger yang boleh kongsikan? Selesai je taklimat kami semua ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa kelengkapan yang masih tidak mencukupi seperti berus, baldi, sabun pencuci, sabun mandi dan beberapa barangan lain. Nur Iman Khalisha, anak AK pun sibuk juga nak membeli belah dan berjaya membuatkan Tok Ma(nenek) membelikannya sebuah buku. Petang tu memang hujan lebat tapi kami berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk membeli belah dan makan di situ. Nanti AK akan ceritakan ye. Kena tunggu tau! Anyway AK ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan UiTM Merbok kerana berjaya mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran. Kepada adik AK, Nurhuda belajar rajin-rajin! |
You are subscribed to email updates from di merbok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan