Jumaat, 7 Disember 2012

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


SIARAN LANGSUNG! Merdeka Rakyat Dari <b>Padang Serai</b>!

Posted: 06 Dec 2012 05:18 AM PST

SIARAN LANGSUNG!
Biarpun masih terkesan dengan insiden serangan berdarah di parlimen Gombak Isnin lalu, namun ia langsung tidak mematahkan semangat untuk menumbangkan rejim Umno dan Barisan Nasional (BN).
Siri Jelajah Merdeka Rakyat malam ini diteruskan menuju utara tanah air, kali ini di parlimen Padang Serai bertempat di Padang Taman Kuchai, Paya Besar, Lunas, Kedah.
Mendahului senarai yang bakal hadir malam ini pastinya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Pengkalan Kundor, Phahrolrazi Zawawi, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ADUN Teja, Chang Lih Kang, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Wan Salleh Wan Isa dan ADUN Bandar Baharu, Yaakob Hussin.
KEADILAN dijangka merampas kembali kerusi parlimen ini dari tangan pengkhianat rakyat, N Gobalakrishnan yang keluar dari KEADILAN dan menjadi barua paling setia kepada perdana menteri, Najib Altantuya.
Gobalakrishnan yang terpalit dengan skandal setelah keluar dari KEADILAN langsung tidak menjelaskan dakwaan Saifuddin yang dibongkar pada 10 Mac tahun lalu.
JALAN PULANG

Berapa harga sebenar pengkhianatan MP KEADILAN?

Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang?
Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutang bernilai RM1.4 juta.
"Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga pengkhianatan ini?
"Kalau, 'nilai' Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim-Bandar Baharu dan Nibong Tebal," soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac 2011, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan.
Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.
"Dari mana sumbernya? Siapakah yang 'bermurah hati' menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?" katanya.
Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya 'bertanya khabar' kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta hanya dalam satu urusniaga.
Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen, didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti.
"Dek dorongan inilah ramai yang tewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka.
Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan.
Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan