Khamis, 27 Disember 2012

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Kenduri Kesyukuran <b>di</b> Jeneri, <b>Sik</b> Kedah | JuadahMalaysia.com

Posted: 19 Dec 2012 06:42 PM PST

Alhamdulillah… termakbul sudah hajat mr suami utk mengadakan majlis kesyukuran dan makan2 yg berlangsung di luar kawasan KL. Beliau memilih utk  mengadakan majlis itu di sebuah lokasi terpencil iaitu di sekolah Pondok yg terletak di negeri Kedah. Lokasinya adalah di Jeneri yg berada di daerah Sik, Kedah.
Sebanyak 2 ekor lembu berjaya dikorbankan. Antara orang2 yg bertungkus lumus menjayakan kenduri ini tak lain tak bukan adalah sahabat baik mr suami sendiri itu ustaz syakir & bapanya. Dua org insan inilah yg mengemudi majlis termasuk mencari lembu, menyembelih, mendapatkan tenaga kerja, memasak serta menjemput tetamu2 disekitar kariah Jeneri.
Perjalanan dari Sungai Petani ke Jeneri tidaklah memakan masa yg lama cuma perjalanan utk menuju ke lokasi kenduri yg agak jauh ke dalam kampung membuatkan ia mengambil masa sedikit panjang.
Semakin dalam menuju ke lokasi kenduri, jalannya semakin sempit. dikelilingi dusun2 dan hutan serta melalui anak sungai. huh…sangat best suasana macam ni. klasik sungguh! teringat kampung MokTok di Besut,Terengganu.
Sambil2 tgk org makan, daku pun sibuk juga… hehe..bukan sibuk basuh pinggan / angkat dulang, tapi sibuk mengambil gambar. Kalau korang nak tahu, rumah atas ni merupakan salah satu pondok iaitu tempat kediaman pelajar2 di madrasah terbabit. Macam tak percaya kan? ada org sanggup belajar di tempat yg tak byk kemudahan macam ni. Namun daku sangat kagum krn mereka semua ni tidak bermatlamatkan kebendaan & duniawi dlm melalui kehidupan mereka. Impian mereka hanyalah kpd agama.
Nak skodeng lebih2, takut depa ingat daku nak mengintai pula. Kang tak pasai-pasai mata dapat ketumbit..hoho.   Yg ni pula pondok utk pelajar puteri
Alhamdulillah. Kenyang sungguh kami menikmati semua hidangan. Sedap belaka.  Majlis pun sangat sempoi dan santai. tiada bermacam protokol. Kami sangat gembira bila sesekali dpt menghadiri majlis macam ni. Terima kasih juga kepada sahabat2 yg ringan tulang utk membantu menjayakan kenduri ini. Lega rasanya bila hajat kami telah terlaksana dgn jayanya. Syukur atas kurniaan & Rahmat MU Ya ALLAH s.w.t. Ameen.

pst : sesekali masuk kampung & beramah mesra dgn penduduk kg terasa macam bini YB melawat kawasan. ahak… :mrgreen:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan