Khamis, 20 Disember 2012

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Gambar Rusuhan <b>di Sungai Petani</b> kedah? | Berita Semasa

Posted: 19 Dec 2012 01:45 AM PST

Rusuhan Sungai Petani Gambar Rusuhan di Sungai Petani, Kedah? Polis Kedah : Rusuhan di Daerah Kuala Muda FITNAH!

Rusuhan di Sungai Petani : Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku (rusuhan kaum) rusuhan di Sungai Petani di daerah Kuala Muda.

Rusuhan di Kuala Muda Kedah Gambar Rusuhan di Sungai Petani, Kedah? Polis Kedah : Rusuhan di Daerah Kuala Muda FITNAH!"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku.

"Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden sahaja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduan) pada awal pagi 16 Disember lalu (Ahad), yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda lewat malam tadi.

Abdul Ghafar berkata kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang melibatkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama.

  1. ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi telah berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing, dan berlaku empat lagi insiden lain.
  2. Insiden yang didakwa ramai kononnya berlakunya rusuhan di Sungai Petani ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan

Rusuhan Kaum Sungai Petani1 Gambar Rusuhan di Sungai Petani, Kedah? Polis Kedah : Rusuhan di Daerah Kuala Muda FITNAH!

Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang terasuk sebarkan fitnah mengatakan berlakunya rusuhan di Sungai Petani, Kedah

[Sumber : Berita Bernama Malaysia]

Pergaduhan <b>Di Sungai Petani</b>, Usaha Terdesak Untuk Raih Undi <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 08:00 PM PST

22 Mac lalu, portal ini telah mendedahkan bagaimana Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok BERCAKAP BESAR yang PKR serta Pakatan Rakyat tidak memerlukan undi daripada masyarakat India untuk menang pada PRU13 nanti. (BACA DI SINI). Sebaik-baik sahaja pendedahan tersebut dibuat, Rashid Din cuba menafikannya walaupun bukti-bukti secara jelas menunjukkan bagaimana kebenciannya terhadap masyarakat India yang telah memenangkan calon-calon PKR dan Pakatan Rakyat di Merbok dan Sungai Petani.

Umum mengetahui, masyarakat India di Sungai Petani dan Merbok merupakan suara penentu kemenangan calon-calon pilihanraya daripada parti-parti yang bertanding, meskipun jumlah mereka bukanlah majoriti. 

Kemusnahan yang dilakukan oleh Rashid Din, ternyata amat mengecewakan kepimpinan utama PKR, khususnya Anwar Ibrahim. Justeru, pelbagai cara telah dilakukan oleh pimpinan utama PKR, khususnya pemimpin-pemimpin India PKR untuk memulihkan semula sokongan terhadap parti tersebut. Mereka bergerak dan berceramah dari satu kawasan ke satu kawasan yang majoriti penduduknya adalah masyarakat India di sekitar Merbok dan Sungai Petani. 

Dan seperti biasalah, apabila para pemimpin PKR berceramah, mereka akan membangkitkan sentimen perkauman dan cuba meniup perasaan tidak puas hati di kalangan khalayak yang mendengar atau menghadiri ceramah mereka. 

Sungai Petani dan Merbok secara amnya adalah sebuah kawasan 'selamat'. Pasukan keselamatan khususnya PDRM telah menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin untuk memastikan tahap keselamatan di kedua-dua daerah tersebut, malah di seluruh Kedah dan Malaysia amnya, berada dalam keadaan TERBAIK. 

Di mana-mana sahaja, pergaduhan kecil melibatkan golongan remaja, akan berlaku. Pergaduhan tidak sahaja melibatkan individu-individu berlainan kaum, tetapi juga agama. Dan pergaduhan-pergaduhan seperti itu, akan berakhir dengan pantas apabila wujudnya campurtangan pihak berkuasa, khususnya PDRM.

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keamanan yang berjaya diwujudkan oleh PDRM. Menyedari konflik perkauman boleh meningkatkan jumlah undi, pihak berkenaan berusaha sebaik-baik mungkin untuk meniup sentimen perkauman sama ada menerusi tulisan-tulisan di blog, portal, mahupun di Facebook. Berita pergaduhan di Sungai Petani itu disensasikan. Dan sekali lagi Taman Keladi serta Taman Ria naik nama kerana pergaduhan antara kaum. 

Usaha dibuat dengan sebaik-baiknya agar masyarakat India dan Melayu di Sungai Petani dan Merbok saling curiga-mencurigai.

Untuk mendapatkan undi, pihak-pihak berkenaan akan tampil dan muncul sebagai HERO atau SIVAJI yang memperjuangkan 'keadilan' kononnya. Memandangkan yang cedera parah dan sedang menerima rawatan dari pihak hospital adalah MELAYU, maka yang akan muncul nanti adalah pemimpin-pemimpin Melayunya. Pemimpin-pemimpin berkenaan akan segera menyatakan bahawa PDRM tidak mampu untuk menyelamatkan Melayu dan menjaga masalah awam di Sungai Petani khususnya. 

Kalau mereka dipilih pada PRU13 nanti, akan ada bermacam-macam program yang akan diatur untuk memulihkan semula tahap keselamatan serta persefahaman antara masyarakat India dan masyarakat Melayu di Sungai Petani khususnya. Dan yang paling penting, menurut mereka, inisiasi pergaduhan tersebut sebenarnya telah dimulakan oleh UMNO. 

Kata mereka lagi, pemimpin UMNO khususnya di Sungai Petani dan Merbok amat terdesak untuk mendapatkan undi daripada masyarakat pengundi Melayu. Malah kata mereka lagi, pergaduhan tersebut tercetus kerana UMNO mahukan pergaduhan kaum, sekaligus menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang boleh diharap. 

Pergaduhan yang tercetus bermula daripada kes kecurian motosikal tersebut dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana parti politik khususnya UMNO dan Barisan Nasional akan disensasikan dengan UMNO dan Barisan Nasional bakal dituduh dan dipersalahkan. Manakala PDRM pula akan didakwa, sengaja membiarkan pergaduhan tersebut tercetus kerana sifat PDRM iaitu BARUA UMNO.

Itu yang akan berlaku dan para pemimpin daripada pakatan berkenaan akan berbondong-bondong ke Sungai Petani, sama ada untuk menunjukkan simpati, menunjukkan keperwiraan dan kepedulian tetapi yang lebih penting, untuk menghasut para pengundi agar kekal memilih calon-calon mereka dalam PRU akan datang.

Anda tidak percaya? Tidak perlu tunggu berminggu-minggu untuk membuktikannya… anda dipersilakan ke mana-mana ceramah puak berkenaan pada malam nanti di Sungai Petani dan Merbok, khususnya! 

Atau anda hanya perlu menjengah Facebook atau portal atau blog-blog mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan