02 di sungai petani - Google Blog Search |
Gaduh <b>Di Sungai Petani</b>: Masjid Dibakar Penganut Hindu? Kuil <b>...</b> Posted: 20 Dec 2012 03:00 AM PST Masjid Taman Ria Jaya yang didakwa akan dibakar… elok dan tidak terusik Kalau cerita-cerita negatif, memang mudah sangat diterima, dipanjangkan dan digembar-gemburkan. Facebook, TWITTER, blog dan portal merupakan medium yang cukup hebat dimanipulasikan untuk kegunaan berkenaan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mewujudkan satu kawasan kekacauan yang bakal mencetuskan ARAB SPRING versi Malaysia yang melibatkan perkauman. Memang jahat niat dan perangai puak-puak nih. Bila diminta oleh semua pihak agar perkara sebenar disebarkan dan penafian tentang kekecohan tersebut dilakukan, mereka segera memusing cerita, kononnya cetusan perkelahian itu adalah disebabkan UMNO dan blogger-blogger UMNO pula yang menyebarkan cerita tersebut. Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya! Sehingga ke Johor Bahru, berita dimaklumkan, terutama kepada orang Melayu-Islam agar bersatu padu untuk berhadapan dengan masalah perkauman. Sekali tengok, memang bagus sangat tetapi apabila diperhalusi, saranan tersebut sebenarnya mengandungi kejahatan yang amat tersembunyi. Untuk membuatkan orang ramai marah, cukup dengan mengatakan rumah-rumah ibadat hendak dibakar. Maka bersemangatlah masing-masing bagaikan bertih diletak di atas kuali panas. Meletup-letup! Masjid Qaryah Taman Keladi juga dilaporkan akan dibakar, tetapi masih utuh dan anak kariah masih berjemaah dengan aman. Malangnya, apa yang dikhabarkan kononnya beberapa buah masjid di sekitar Sungai Petani akan dibakar oleh penganut Hindu, TIDAK TEPAT sama sekali. Bahkan, penganut-penganut Hindu di Sungai Petani yang diberikan imej buruk oleh pihak-pihak tertentu, begitu menghormati keharmonian dan keamanan yang mereka kecapi di Sungai Petani. Selama lebih 100 tahun, masyarakat India yang banyak tertumpu di kawasan-kawasan estet di sekitar Sungai Petani sebelum Sungai Petani terwujud seperti sekarang, tidak pernah bermasalah dengan masyarakat Melayu yang menjadi teras di kawasan berkenaan. Begitu juga dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sungai Petani, tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat India di kawasan tersebut walaupun diapi-apikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Tidak ada orang Melayu yang akan membakar dan memusnahkan kuil di Taman Ria, walaupun sms provokasi terus dihantar sehingga sekarang. Belum pernah orang Melayu dituduh akan membakar kuil, tokong atau mana-mana rumah ibadat kaum bukan Islam. Tetapi masyarakat Melayu di Sungai Petani telah dituduh, AKAN MEMBAKAR SEBUAH KUIL penganut Hindu. Walhal, khabar-khabar angin tersebut langsung tidak berasas. Justeru, memang tepat benarlah tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat dan menahan sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan pergaduhan kaum yang lebih besar dan lebih buruk di kawasan Sungai Petani. Manusia seperti itu sebenarnya tidak layak langsung untuk berada di negara ini. Bahkan mana-mana ahli politik yang cuba menonjolkan diri dan kemudian mengaku kononnya, merekalah yang cuba mententeramkan keadaan selain menyalahkan pihak lain, wajar juga dihumban ke dalam Sungai Pattani yang mengalir lesu di tengah-tengah bandar tersebut. Unit Khas PDRM Bukit Aman sudah pun ditubuhkan dan akan bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar-penyebar berita palsu yang mahu melihat pergaduhan tidak lagi bertaraf pergaduhan budak-budak tetapi bertukar menjadi pergaduhan kaum sepertimana yang berlaku di negara-negara lain. Harap-harap pihak berkuasa akan mempercepatkan usaha mereka menahan dan membanteras puak-puak yang berhati khaudu dan tidak mahu melihat keamanan dikecapi oleh rakyat Malaysia. |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan