ads

Khamis, 2 Februari 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Syima Homestay <b>di Changlun</b> : Semua Homestay

Posted: 02 Feb 2012 01:40 AM PST

Rumah Penginapan Bermalam di Changlon

Syima Homestay dilengkami streamyx

Lokasi : Berhampiran Pekan Changloon, 8 minit keUUM Sintok , 5 minit ke
Matrikulasi Kedah, 10 minit ke Bukit Kayu Hitam,15 minit ke Thailand,25 minit
ke Padang Besar Perlis, 30 minit ke Jeti KualaPerlis untuk ke Langkawi,10
minit ke UNIMEP, 20 minit UITM ARAU,10 minit kePeranginan Bukit Wang Alamat :
Taman Beringin, Changlon, Kedah

Kemudahan: – Rumah SemiD Satu Setengah Tingkat(masih baru)
- 3 bilik tidur ( 4 katil queen)
- Bilik tidur utama mempunyai air-cond ( 2 katilqueen)
- 2 bilik air
- 2 Ruang tamu yang luas dan selesa
- Tempat meletak kereta berbumbung muat untuk 2buah kereta – Berhampiran
dengan kedai makan dan kedai mini market,C'martand Merry Brown Changloon
-Capaian internet percuma, tanpa had ( streamyx)
- dilengkapi Astro

Kelengkapan:
Sofa, Meja makan, TV 29inci, Kelengkapanmemasak(Dapur,Cerek Elektrik, Rice
Cooker, Pinggan Mangkuk, Periuk), Peti Sejuk,Bantal, Toto Selimut,
Sejadah,Tuala mandi
Percuma Minuman : Teh dan Kopi

Harga berpatutan..yang penting selesa untukpenginapan sekeluarga.

RM 160 semalam untuk sebuah rumah yg selesa.
Untuk penginapan melebihi 1 malam, harga masihboleh dirunding.

Berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut sertatempahan sila hubungi
0125533565/0125551861

Contact Norhasimah Mustafa

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 11:36 PM PST

URL Sumber Asal :-

Alhamdulillah, Selamat tiba <b>di Changlun</b> - MADRASATUL HAYAH <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 07:03 PM PST

23 Januari 2012, 7:05 am


Salam. 
Kami sudah sampai ke persempadan Changlon. Sekarang di CTC, tempat persinggahan utk kami menukar wang ringgit Malaysia ke baht Thailand. Solat suboh tadi berjemaah di Masjid Imaniah, masjid tepi jalan. Kami tiba agak awal, jadi sempatlah ikhwah dan akhawat berqiyammulllail di masjid tersebut.
Selesai sudah bermathurat, kami tiba di CTC, menukar wang dan ada yang minum2. Para peserta dah mula cergas dan mula riuh di dalam bas.

Sekarang kami hanya menunggu ketibaan satu lagi kereta yang diketuai ukhti Asma Zaid bersama 4 peserta MHI. Asma telah datang sehari awal untuk membuat passport di Kedah sebab imigresen Kedah buka pada hari Ahad. Dengar cerita akhi Hasbullah Ashaari akan membawa mereka ke CTC ini.
Doakan kami selamat kembali dan pulang.
Wasallam.

Sent from my IKRAM HS Pad.

Full content generated by Get Full RSS.

4 Gambar Kak Engku Mengacau Sup Daging Sekawah <b>Di Changlun</b>

Posted: 26 Jan 2012 05:00 PM PST

Penjaga bank rogol gadis dalam bank | Berita Harian net

Posted: 17 Jan 2012 06:39 PM PST

Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.
Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.

Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.
"Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

"Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.

Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur," katanya.
Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.

Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.

Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Written by

DISCLAIMER: Laman Web berita-harian.net tiada kaitan lansung dengan surat khabar Berita Harian ataupun dengan Laman Web Rasmi Berita Harian www.bharian.com.my walau dengan apa cara sekalipun.

Filed under: Dalam Negara · Tags: , , , , ,

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di merbok</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 09:39 PM PST

URL Sumber Asal :-

wordless wednesday : rindu insan <b>di merbok</b> - nurathirah

Posted: 11 Jan 2012 06:10 AM PST

Media Kedah: Bukti BN akan kalah <b>di Merbok</b>

Posted: 18 Dec 2011 08:15 AM PST


BN tak sabar-sabar nak bertanding di Merbok
nak tenggok PAS di talkinkan di Merbok

gambar 17/12/2012 di UITM Merbok

                                           

Gambar Eksklusif dari blog Medan Tempur dari Team Media Kedah

Serba sedikit hal di Merbok
Berita gembira untuk PAS untuk menghadapi PRU13 ini..untuk maklumat terbaru di Merbok telah tertubuhnya cawangan baru UMNO Jalan Pegawai pada 16/12/2012,seramai 68 orang telah menyerahkan Borang keahlian kepada Ketua UMNO bahagian Merbok Dato Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain.kebanyakan dari perkerja MPSPK.klik sini (maklumat)
Marilah Kita tolak PR di Kedah.
Rakyat Sengsara di bawah pentadbiran PR
Full content generated by Get Full RSS.

MEDAN TEMPUR: TUDIAA!! BN AKAN KALAH <b>DI MERBOK</b> <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2011 12:25 AM PST

Lawatan sehari Dato Sri Najib di Merbok,merasmikan program penubuhan kelab myagrosis di uitm merbok
                                            ketibaan Ds Najib di Airport Alor Star

MTK
UMNO TETAP DI HATI RAKYAT KEDAH..

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Vanillasky: Cendol Terbaik <b>di sungai petani</b> kedah

Posted: 29 Jan 2012 08:11 PM PST

To be honest,watashi cuma makan cendol masa usia kandungan watashi ceceah 9 bulan mengandungkan DNA(1 day before give birth ok!)

Ni semua penangan kenangan zaman kanak kanak dulu la
Watashi phobia dek abg watashi minum cendol yg ada cicak mati dlm tu

Uwekkk

Ok ok jgn spoilkan mood kelazatan cendol tertua bertapak di sungai petani ni

Lokasi di station bas lama sungai petani
Dia buka ala kereta tolak tu je

Sempoi kan

Lokasi kalo korang duduk kat bench tu bebetul mengadap kedai ni

PUSAT PAKAIAN HARI HARI

CANTEKK DI HATIII-sukahati watashi je buat tagline dia..ahahaha

Dia punya cendol giler lemak berkrim woh

Sumpah masa menaip ni masih telan liur lagi

King kalo dpt mkn cendol ni mmg tak berenti memuji

so org ni la bertanggung jawab buat watashi sukakan cendol

Nasib baik bukan durian

Haa.. Ni plak contoh cendol hidup segan pegi mampos la

Masuk pat suap je terus tolak tepi
Bkn lemak manis
Rasa serdak santan kotak ke santan serbuk tah
Huh!

Full content generated by Get Full RSS.

2 jalan ditutup <b>di Sungai Petani</b> sempena Thaipusam |

Posted: 01 Feb 2012 01:12 AM PST

| MUKA DEPAN | KEMBALI KE ATAS . | Hantar Artikel / Iklan | Penulis Tamu | Kami | Penafian
| 1 Utama | Agama | Blog | Komputer & Internet | Motivasi | Niaga & Kewangan | Pelbagai | Politik | Promo | Remaja | Wanita |

Copyright ©2012 Semua kandungan inimajalah.com.my dilesenkan di bawah Creative Commons 3.0, iaitu semua penyiaran semula mesti membuat pautan (link) ke inimajalah.com.my. Mengikut Creative Commons 3.0, penyiaran semula juga mesti tidak membabitkan sebarang modifikasi dan / atau tokok tambah terhadap teks asal sebagaimana disiarkan oleh inimajalah.com.my
| Alif Lam Mim . | Creativity by inimajalah.com.my
  • 8 visitors online now

Full content generated by Get Full RSS.

Sudahlah Madrasah Dirobohkan, Perkhidmatan Bas <b>Di Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2011 11:00 PM PST

CTS amat terkilan dan bersedih apabila membaca posting rakan CTS di Kedah, McTheory mengenai penamatan perkhidmatan bas di Sungai Petani. Stesen Bas di Sungai Petani memberi banyak kenangan manis buat CTS. Walaupun stesen bas di atas amat daif dan kelihatan kotor, inilah perkhidmatan pengangkutan utama penduduk-penduduk di sekitar Sungai Petani terutamanya di sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan Teluk Nipah.

Walaupun sebuah terminal stesen bas ekspres bernilai RM10 juta (akan dikenali sebagai Dataran Usahawan) yang baru dan moden sedang dalam pembinaan, Kerajaan PAS Kedah seharusnya tidak lepas tangan di dalam mengatasi masalah Rakyat marhaen setempat, yang memerlukan perkhidmatan bas di sekitar Sungai Petani. 
Ambillah contoh Kerajaan Negeri Melaka yang menggabungkan perkhidmatan bas ekspres dan bas tempatan di dalam satu terminal, yang dikenali sebagai Melaka Sentral. Tentu agak sukar bagi Kerajaan Kedah untuk memberikan perkhidmatan bas percuma kepada penduduknya seperti mana yang dilakukan oleh negeri jiran mereka yang lebih kecil, Pulau Pinang. Setidak-tidaknya, Kerajaan Negeri Kedah juga seharusnya bekerjasama dengan SPAD untuk membantu penguasaha bas tempatan yang mungkin mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan mereka.
Ini bersesuaian dengan konsep "Negeri Berkebajikan" yang diamalkan oleh Kerajaan PAS Kedah. Apa nak jadi dengan Rakyat Sungai Petani. Negeri Kedah sudahpun maju semenjak 2010 namun Rakyatnya masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Kekadang betul juga pendapat sesetengah orang, kalau Kerajaan BN masih memerintah di Kedah, keadaan sebegini pastinya tidak akan berlaku. Ramai parti politik yang boleh mengkritik tetapi bukan semua parti politik berkebolehan untuk memerintah.
Full content generated by Get Full RSS.

02 di lunas kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di lunas kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2011 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search. Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT. PADA Sabtu lalu, penulis berkesempatan menghadiri majlis perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa ...

KOMANDO PERANG SIBER: PROGRAM "SEPETANG KARIPAP <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2011 02:46 AM PST

DENGAN MUKA MONYOK PAK NUAR BERSUARA "BYE-BYE"

PAK NUAR TELAH MERANCANG SUATU ACARA PADA 18 DISEMBER 2011 DI LUNAS, KEDAH. PAK NUAR AKAN ADAKAN PROGRAM "SEPETANG BERSAMA SAIFUDDIN DAN ANWAR". MUNGKIN PETANG TERAKHIR SEBELUM PAK NUAR AKAN KEMBALI KE 'HABITAT' BELIAU SEKIRANYA DIDAPATI BERSALAH....SUNGAI BULOH....ANDA BOLEH DAPATKAN MAKLUMAT DI MASJID POLITIK SEKITAR KULIM. SEGALA RISALAH POLITIK ADA DI SINI.

TARIKH: 18/12/2011
TEMPAT: LUNAS
PUKUL : 1700( 5 PETANG)

KSP: KPS CADANGKAN PAK NUAR UBAH PROGRAM TERSEBUT MENJADI " SEPETANG KARIPAP BERSAMA PAK NUAR"

Full content generated by Get Full RSS.

BRIGED MP SEGAMBUT: MB <b>KEDAH</b> NI MEMUALKAN JUGA?

Posted: 28 Jan 2012 11:33 PM PST

[unable to retrieve full-text content]menteri kedah ini bodoh.. wajar dipecat. YB Datuk Saifudin Nasution wajar dipaksa bertanding di DUN LUNAS semula, dan dilantik jadi MB Kedah yang baru.. BalasPadam. kamaruzzaman Jan 29, 2012 12:11 AM. kalau nak ...
Full content generated by Get Full RSS.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


The Last Post: <b>Tanjung Dawai</b> Kedah

Posted: 29 Dec 2011 09:40 AM PST


Tanjung Dawai. sebenarnya ini kampung wife aku. TANJUNG Dawai adalah perkampungan kecil nelayan di pinggir pantai di daerah Kuala Muda, Kedah dan kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani. Ia terletak di utara muara Sungai Merbok dan menjadi tempat penduduk tempatan mencari rezeki sebagai nelayan. Bagi memudahkan nelayan mendaratkan bot, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membina jeti. Setiap pagi, jeti itu sibuk dengan gelagat nelayan dan peraih yang berjual beli ikan.

Seawal jam 5.30 pagi, kedai makan dan restoran di sini sudah beroperasi. Nasi campur antara menu istimewa dan menjadi kebiasaan nelayan mengalas perut dengan nasi campur pada awal pagi. Jika berminat melihat persekitaran perairan Tanjung Dawai, anda boleh menyewa bot dengan harga berpatutan. Antara pulau di sekitar Tanjung Dawai adalah Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Songsong dan Pulau Bunting.

Anda juga boleh menyeberang dengan bot ke Pantai Merdeka menggunakan bot laju yang mengambil masa kira-kira lima minit. Pantai Merdeka adalah kawasan pelancongan utama di Kedah dan sentiasa menjadi tumpuan untuk aktiviti rekreasi dan mandi-manda.

Pada hari biasa, Tanjung Dawai agak sunyi kecuali kelibat nelayan dan penduduk tempatan, tetapi apabila hari minggu, kawasan sekitar menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong dari Kuala Lumpur dan Johor. Jika mahu menikmati keenakan makanan laut terutama ikan bakar, Tanjung Dawai adalah tempatnya. Apabila matahari terbenam, anda boleh mengunjungi deretan premis makanan laut di tepi pantai. Ikan bakar yang dicicah dengan air asam atau kicap memang terkenal di sini, malah harganya jauh lebih murah berbanding di beberapa tempat lain.


Tanjung Dawai juga terkenal dengan produk hasil laut seperti ikan talang kering, ikan bilis, belacan dan keropok. Pada musim cuti persekolahan, ramai pelancong dari luar datang untuk membeli makanan laut hasil penduduk tempatan kerana harganya murah.

Jika anda jarang menikmati suasana perkampungan nelayan, apatah lagi penduduk bandar, inilah masa untuk merasai pengalaman seumur hidup itu.

Peta Lokasi

Laluan dari Tol Sungai Petani (U) ke Tanjung Dawai


Full content generated by Get Full RSS.

@UmMu HuMaiRa&#39;@: SePeTaNG <b>Di TaNJuNG DaWai</b>

Posted: 10 Jan 2012 10:15 PM PST

Pada 08/01/2012 sblm asar dlm kul 4.10 pm abi bawa ummi n humaira' jln2 kat tanjung dawai,,,ummi pun xpernah smpai tnjung dawai ni,,so wt ummi n humaira' ni la first time kt sampai kat tanjung dawai,,TQ abg bawakan ayg n adik p jln2 tepi pntai ni wlpn pntai ni x la cntik,,kat sini bknnya trknal ngn pantainya tp trkenal ngn tempat org membeli ikan,keropok n lain2,,,ummi mmg beria gak nk knl tmpat ni,,maklumla setiap orng dtng SP ni mst p tnjung dawai,,ummi pun rasa nk knl gak la mcm mna tempat ni,,upanya tempat ni biasa je,,xdok pe2 pun yg menarik,,cuma kat sini bnyak restoren,,kira best gak la mkn kat tepi pntau nni,,tp ktorng x mkn pun,,just raung2 nk knl tmpat je,,pas2 ktorng balik,,ktorng xbeli pe pun mai sini,just beli romper untuk humaira' ni jela,,kbtulan ada orng jual pakaian tepi jln,,so ummi belikan untuk anak ummi 2 helai roper,,sesgt la cntik wrnanya,,ummi suka warna pink n hijau,,
smpt ag snaap gmbr smbl tnggu abi slt asar  brjemaah,,,
Pic kt atas ni ummi snap mada ummi n adik tnggu abi p slt asar kt msjd tnjng dawai kt kg nelayan kot,,msjd ni dok tepi pntai,,klu dok pntai merdeka kt sbrng sna pun nmpk msjd ni,,rupanya pntai merdeka n tnjng dawai dipishkn oleh laut,,masa kt pntai merdeka 2 ar lps kt dh nmpk msjd n pasar tnjng dawai,,,masa ni humaiara' dh nk tdr,,yala masa kt umh xtdr,,,bila nk p berjln dio lk mngntuk nk tdr,,,biasanya kalu ada abi kt umh,adk ni ssh nk tdr,,almklum la,,abi ksygn ada kt um,adik ni lbh mnj ngnabi drpd ummi tau,,sdh ummi,huhu,,abi humaira' ni seorng yg penyayang,penyabar n yg utma skali,,suka n pndai brgurau,,tmbh lk ngn so comel ni,,2 la yg si comel ni slalu nk ngn abi,,abi ni mmg tul2 layan adik main,,xpernah nk mrh mcm ummi ni,,hehe,,ummi mrh gak kat adik tp mrh2 syg la,,ummi pun jelous gak adik nk ngn abi ag dr ummi,,huhu,,mgkn btl la kata orng,,seorng ayah ni lebih penyayang n sbr ngn ank nk dbndingkn ngn ibunya,,tp bkn smua ayah mcm abi humaira' tau,ada gk ayah ni xpndai main ngn ank,,alhamdulillah la humaira' dpt ayh mcm abi ni,,kna brsyukur tau,,ummi pun bersyukur dpt suami mc abi ni,,tul2 pnyayang, n take care,abi ni ank lebhkn adik n umi dr diri abi tau,,,
snap gmbr lu untuk wt kenangan,,hehe
Abg,tq bawakan ummi n adik p jln2 ptng ni ek,,ktorng x p mano pun,,just jln2 n knl tnjng dawai,,ingtkan mcm mna la tnjng dawai ni,,hehe,,rupanya ada pntai,,hehe,,pas2 ada la pekan tmpt orng jual ikan,kerepok n pakaian,,biasa2 je tmpat ni,,xdok pun yg mnrik perhatian,,cuma tmpat ni lbh dikenali n lbh dikunjungi kt kdai mkn je,,kat sini bnyk restoren untuk mkn ikn bakar,,nmpak mcm menarik je kedai,,tp rasa masakan  xtau la sdp o x,,lps jln2 jap kt tepi pntai smbil snap gmbr,ktoerng pun trs blik,,2 jela,,blk awl ag la,,sblm mgrb dah sapa umh da,,,
Full content generated by Get Full RSS.

MerbokOnline: Majlis Penyerahan BR1M DUN <b>Tanjung Dawai</b>.

Posted: 25 Jan 2012 07:30 AM PST


Majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi DUN Tanjung Dawai berjaya disempurnakan dengan lancar di Dewan Kompleks Penyayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda.

Seramai 2579 orang menerima bantuan tersebut iaitu 1500 orang pada sesi pagi manakala baki 1079 orang lagi pada sesi petang.

YBhg. Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain yang merasmikan majlis itu turut meluangkan masa bersama penerima dan petugas bagi melancarkan proses penukaran baucer bantuan kepada tunai.Bantuan khas juga turut diberikan kepada warga emas serta orang kurang upaya.

Full content generated by Get Full RSS.

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


SEHARI DALAM HIDUPKU: Riadah <b>di Pendang</b> Lake Resort

Posted: 22 Jan 2012 10:16 AM PST


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah selamat tiba di Pendang Kedah pada petang sabtu 
Keadaan trafik di atas highway menghala utara sesak dan bergerak perlahan
kami bertolak jam 8.00 pagi dari Rawang, tiba di Pendang sekitar jam 4.30 petang, suatu tempoh perjalanan yang agak lama berbanding hari cuti biasa.
Pagi Ahad shami, Pak Ngah Hilmi dan adik mimi, beriadah di pusat reakreasi berhampiran rumah
Pak Ngah Hilmi. Sekitar jam 7.30 pagi kami menyusuri hening pagi di Pendang Lake Resort.
Ketika ini musim panas dan berangin di Negeri Kedah. Beginilah cuaca dan suasana pagi di kampung halaman negeri Jelapang padi ini. Hujan renyai di sebelah petang sebelumnya, menjadikan esok paginya alam sekeliling akan dipenuhi kabus, udara rasa nyaman, ramai penduduk sekitar tidak lepaskan peluang beriadah di awal pagi kebetulan cuti hujung minggu bersambung dengan cuti 
sempena Tahun Baru Cina, sekolah juga bercuti panjang. Alhamdulillah riadah berjalan kaki menyusuri tasik ini selesai sudah. 
Perkongsian doa kali ini ialah satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Doa ini sepatutnya dijadikan amalan agar jiwa kita sentiasa cenderung kepada amalan yang membawa kepada ketakwaan.
Isi doa ini juga kita memohon agar Allah menyucikan jiwa kita. Kita tidak mampu untuk menyucikan jiwa kita melainkan dengan izin dan bimbingan daripada Allah SWT.
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أنتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أنتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا
Bermaksud : Ya Allah, Berikanlah kepada jiwaku sifat takwa dan sucikanlah jiwaku, Engkau sebaik-baik penyuci jiwa. Engkau adalah pemiliknya dan penjaganya.
Semoga kita dapat mengamalkan doa Nabi saw ini dalam kehidupan seharian.
Full content generated by Get Full RSS.

Informasi Kedah Untuk Semua: 11.1 | Timb Presiden PAS <b>di Pendang</b>

Posted: 11 Jan 2012 02:25 AM PST

Informasi Kedah Untuk Semua: 11.1 | Timb Presiden PAS di Pendang

11.1 | Timb Presiden PAS di Pendang

YB Pakatan Rakyat Kedah

YB Barisan Nasional dan Bebas

  • DILEMA AYAH CHIK

    -

    (PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e melahirkan PoLut @ Politik Luar Tabi'e! Berapa lama Ayah Chik boleh bersabar dengan KaLut @ Keadaan Luar Tabi'e ini?) Salam 2...

    23 hours ago

  • -

    Pada 14 November, jam 9.30 pagi saya mempengerusikan majlis Perundingan Koperasi negeri Kedah di Hotel Darulaman, Bandar Darulaman diikuti dengan lawatan...

    2 months ago

  • ALMA RANGERS Juara Piala K.S.M Padang Serai.

    -

    Oleh Abd Wahab bin Osman. PADANG SERAI - Sebanyak 48 buah pasukan dari daerah Ipoh, Grik, Seberang Perai Utara dan Sungai Petani menyertai Pertandingan Bola...

    2 years ago

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Parah Diserang Babi Hutan <b>Di Pendang</b>

Posted: 25 Nov 2011 11:22 PM PST

PENDANG – Seorang penduduk cedera parah selepas diserang babi hutan di belakang rumahnya di Kampung Pokok Tai Lama dekat sini awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Nordi Said, 51, dikatakan keluar dari rumahnya setelah terdengar bunyi bising dan cuba meninjau keadaan yang disangkanya disebabkan oleh kambing orang kampung yang sering berkeliaran di kawasan rumahnya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Yan pada pukul 2 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani setelah keadaan mangsa menjadi kritikal.

Adik mangsa Jaafar Said, 37, yang tinggal berdekatan rumah mangsa berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa abangnya itu daripada isteri mangsa yang datang ke rumahnya meminta pertolongan.

"Kakak ipar saya datang ke rumah saya untuk beritahu kejadian itu. Masa saya sampai di tempat kejadian saya lihat babi masih sondol abang dan gigit abang saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jaafar berkata dia lalu menghalau binatang berkenaan dengan menggunakan ampaian besi.

"Bila saya cuba menghalau babi itu, babi itu serang saya pula. Bila saya lari, babi itu patah balik dan terus sondol abang saya.

"Saya terus berlawan dengan babi itu hingga babi itu akhirnya melepaskan abang saya dan lari masuk ke dalam hutan berhampiran," katanya yang memberitahu babi hutan itu adalah jenis babi tunggal yang besar.

Jaafar berkata doktor memaklumkan kepadanya bahawa abangnya mengalami pendarahan dalaman di bahagian dada dan masih belum sedarkan diri di wad kecemasan.

Katanya pihak JPAM telah menghubungi Jabatan Perhilitan untuk mencari babi hutan berkenaan. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Jamil Khir Salahguna Wang Yayasan Taqwa (MAIWP) – Buat <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 11:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb:Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam keras tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk  melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah.

Tindakan tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.

Katanya, pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke Jerai.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

"Dari majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Dana dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan penyalahgunaan wang zakat.

"Datuk Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan sendiri," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes mahkamah yang melibatkannya.

Dengan tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui banyak pihak.

Lebih diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadinya sendiri. -harakahdaily

Keputusan pilihanraya umum P.12 Jerai, Kedah pada 8 mac 2008

Ustaz Mohd Firdaus Jaafar memperolehi 26,510 undi berbanding Datuk Paduka Badruddin Amiruldin memperolehi hanya 24,211 undi. Mohd firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2299.

Dari sumber yang boleh dipercayai  dari Umno Bahagian Jerai, hangat dan hampir pasti Umno bahagian Jerai akan meletakkan tokoh agama iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Umno bahagian Jerai dikatakan menyetujui langkah PM Najib untuk menurunkan calon BOLEH MENANG untuk merampas kembali kerusi Parlimen Jerai yang buat kedua kalinya ditawan oleh Pas. Calon Pas ustaz Nasharudin Mat Isa memenanginya buat pertama kali bagi Pas pada pilihanraya umum ke 10 pada 1999 mengalahkan Dato' Paduka Badruddin Amiruldin.

 Petikan dari abushahid.wordpress.com

Share

Full content generated by Get Full RSS.

JOM JALAN-JALAN...: GUNUNG <b>JERAI</b>, <b>KEDAH</b> : Gunung yang <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 08:31 PM PST

Macam-macam cerita mistik tentang Gunung Jerai yang tidak berbanjaran ni.Dengar cerita kat sini tempat orang mencari batu permata dan batu lumut secara mistik.Pastu daripada cerita orang-orang tua, Gunung Jerai ni adalah tempat buangan banyak jin-jin daripada bomoh-bomoh...Itu sebabnya, pegawai perhutanan bagitau kat kami sebelum mendaki kena jaga mulut, jangan sombong, jangan ambil benda-benda pelik sepanjang perjalanan dan jalan secara berkumpulan...



Gambar di atas : Lokasi Titi Hayun (tempat memulakan mendaki)
Sebenarnya mudah je nak pergi Gunung Jerai. Ikut Highway PLUS Utara Selatan. Kemudian exit Gurun dan ikut je papan tanda Gunung Jerai atau Regency Resort Gunung Jerai. Daripada highway lagi kita boleh nampak gunung yang tersergam indah. Disebabkan kami nak daki gunung maka kami kena naik di Titi Hayun. Untuk ke sana kena masuk Guar Cempedak dan pastu tanya la orang.Gunung Jerai juga dipanggil Puncak Jerai, dulu dipanggil Pulau Serai, setinggi 1,217 meter, sempadan antara Kuala Muda dan Yan
Menurut cerita Pegawai Hutan yang menguruskan pendakian kami, pada zaman dulu, kedudukan Gunung Jerai adalah sangat strategik sebagai panduan pelayar untuk berdagang di negeri Kedah. Ada cerita mistik dikaitkan dengan Gunung Jerai iatu Raja Bersiong la yang sebenarnya membuka kawasan penempatan di Gunung Jerai. Ntah betul ntah tidak....Diceritakan di sini ada batu besar seperti sebuah kapal milik Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja cuba nak labuhkan kapalnya di Gunung Jerai. Memang susah nak percaya.....

Setelah hampir 4 jam bersama-sama 40 orang pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, akhirnya berjaya gak sampai kat atas. Pendakiannya tak la mencabar sangat. Mula-mula naik lebih 1000 anak tangga, pastu ikut jalan curam sikit, pastu ada jalan landai sikit, pastu sampai. Boleh tahan gak letih sebab tak 'training' sebelum tu....

Gambar di bawah : Di sini la tempat kami berkhemah. Di sini ada sebuah rumah besar dengan 2 bilik, ada pentas terbuka, ada swimming pool herba, airnya datang daripada gunung cuma hitam la sikit, dikatakan ada unsur herba daripada akar-akar kayu. Bagus untuk menyembuhkan sakit berkaitan kulit.Surau pun ada begitu juga toilet.Kira semua 'complete' la bagi tujuan perkhemahan. Cuma yang sedikit menakutkan, menurut Pegawai Perhutanan, di kawasan ini adalah pusat penempatan bunian. So kena berhati-hati la sebab dah 10 orang hilang di Gunung Jerai yang tidak dijumpai hingga sekarang.

Gambar di bawah : Pemandangan dari tapak khemah.menarik..menenangkan tengok sawah terbentang luas.
Gambar di bawah : Tak sangka atas Gunung Jerai ni ada Muzium Perhutanan. Semuanya berkaitan pameran alam semulajadi. Yang paling menarik perhatian saya ialah burung cenderawasih yang telah diawet

 Hari seterusnya kami berjalan pergi ke tempat yang dikatakan bersejarah iaitu Telaga Tok Sheikh dan Padang Tok Sheikh. Ceritanya cukup menarik... Ini cerita pada tahun 1136 masihi (531 hijrah).Ketika itu, Sultan Kedah ke-9 bernama Maharaja Derbar Raja merupakan seorang hindu. Diceritakan datang seorang alim dari negeri Shahir, Yaman bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri ke negeri Kedah dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok). Beliau mengadap Sultan Kedah untuk berdakwah dan dengan izin Allah, sultan memeluk Islam dan menggantikan nama beliau sebagai Sultan Muzaffar Shah. Sultan pun melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat sultan. Pada suatu hari, Sultan bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia di Tanah Arab. Sheikh menjawab 'Menara' bagi tujuan melaungkan azan. Maka, Sultan Muzaffar menitahkan agar dibuat Menara di puncak Gunung Jerai bagi tujuan azan dan memperingati pertukaran nama sultan dan negeri. Ketika menara tersebut sedang dalam pembinaan, Sheikh Abdullah jatuh sakit dan mewasiatkan agar beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran menara tersebut. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Padang Tok Sheikh hingga sekarang.
TELAGA AIR TOK SHEIKH....Air yang cukup jernih dan boleh diminum....
Memang meletihkan naik ke puncak gunung Jerai semata-mata nak tengok lokasi Padang Tok Sheikh..Lebih sejam gak...sakit kaki dibuatnya...

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar Menarik <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b> | MyMekar.com

Posted: 26 Nov 2011 08:10 AM PST

Assalammualaikum….

SABAN hari mengharungi kesesakan lalu lintas ke pejabat boleh membuat seseorang sesak nafas. Sesekali, tentu timbul keinginan untuk lari daripada hiruk pikuk kota, keluar kota mencari ketenangan, terutama di hujung minggu.

Sempena cuti sekolah ini, apakata kawan-kawan membuat pertimbangan untuk bercuti ( dalam negara jer) bersama anak-anak ke sebuah pusat peranginan di atas puncak bukit iaitu di Gunung Jerai, Kedah.

Baru-baru ni saya berpeluang sekali lagi ke Gunung Jerai dan ini merupakan kali ke-2 saya ke sana.  Kali pertama pergi sana sekitar bulan Febuari lepas. Jadi artikel kali ni saya tak nak berceloteh panjang cuma lebih kepada berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang 1 hari berada di Gunung Jerai. Untuk info-info lain tentang gunung jerai, bolehlah kawan-kawan klik Teruja ke Gunung Jerai dan Cendawan Shiitake kebanggaan Gunung Jerai  iaitu artikel yang pernah saya tulis suatu ketika dulu.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil menggunakan Canon EOS 1000D :-

Pemandangan yang damai dan sedikit berkabus  di sekitar Regency Jerai Hills Resort (RJHR). Masa saya pegi kali ni cuacanya amatlah sejuk. Menggigil segala tulang dalam badan nih :D

macam rumah banglo tapi ada 4 unit bilik di teratak yang tersergam indah ini

Deluxe Room yang cukup selesa buat kami. Harga bilik (termasuk tax) tak sampai RM200. Murahkan..! Sebab dapat special rate dari kawan.

SubhanaAllah..luasnya bumi ciptaan tuhan. Dari atas puncak, kita dapat lihat sebahagian Negeri Kedah yang memiliki sawah padi luas terbentang dan lautan nan membiru

Dengan paras ketinggian 986 M dari aras laut

Ladang penanaman orkid yang baru beberapa bulan dibuka. Tak banyak lagi bunga yang tumbuh semasa saya pegi baru-baru ni

antara gambar terbaik yang mampu saya hasilkan. okeyla tahap amatur spti saya :wink:

Dan yang paling saya suka…….Tengok tu…geram sungguh dengan bunga2 di sini yang hidup subur dan berkembang mekar. terasa nak bawa balik utk tanam kat rumah :mrgreen:

Ada banyak lagi gambar tapi saya nak stop di sini ! Banyak sangat gambar boleh membuatkan loading blog ni jadi berat. Kang tak pasal-pasal pulak kena top-up bandwidth untuk bulan ni yang tinggal beberapa hari lagi. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRIAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full content generated by Get Full RSS.

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Harga Coklat Daim <b>di Langkawi</b>

Posted: 18 Dec 2011 06:41 PM PST

Pulau Langkawi terkenal dengan Pulau Bebas cukai. Tetapi hanya sesetengah barang sahaja di kecualikan cukainya. Antaranya adalah Kereta, Coklat, Rokok dan Arak. Harga barangan lain sama je dengan tanah besar Malaysia malah ada yang lebih mahal dari sini. Aku sertakan gambar Harga Coklat Daim di Langkawi.

Coklat Daim dan Toblerone

Harga 1 Coklat Daim 300g – RM16.90.
Harga 3 Coklat Daim 300g – RM49.00.

Aku ade sertakan Gambarnya. Tetapi gambar ini di ambil pada bulan 4 tahun 2011. Masih baru lagi, tetapi mungkin harga ini berubag mengikut pasaran Coklat di dunia. Aku sarankan pergi la beli di kedai Haji Ismail Group (HIG). Kat situ banyak pilihan dan di jamin halal.

Ade ke coklat yang tak halal? Mesti la ade… nanti aku ceritakan mengenai coklat tidak halal… ok.. Selamat Membeli Belah di Pulau Langkawi =) … jgn lupa belikan untuk aku sikit…. hehehe..

-Coklat- 

About the author

wrote 543 articles on this blog.

Founder of Sjiehan.com. Engineering student.

Full content generated by Get Full RSS.

Tempat Menarik <b>Di Langkawi</b> - 2 Hari Pusing Pulau (Pt 2)

Posted: 26 Jan 2012 02:05 AM PST

wake up early in da morning dengan sarapan yang awesome kat poolside lobby terrace restaurant (klana paling suka baked potato casserole with sausage + special hotel helang-made sause... tersangatlahh yummyyy, sampai tergerak hati macam nak mintak resepi kat abang chef hotel tue... ngeh3x), semua dah semangat tip-top nak jelajah pulau lagenda pada hari pertama nie. Dalam antara kami nih, ada la sorang tu dilantik secara tak rasmi sebagai ketua xpdc... so, ikut planning chef de mission kami, 1st yang patut kami terjah ialah... ofcoz lah location paling terdekat dengan hotel, iaitu... Underwater World Langkawi.

1. Underwater World Langkawi
as mentioned early tadi kan, location Underwater World nie dekat, so.. jarak perjalanan dari hotel hanya memakan masa lebih kurang 20 minit. Patutnya boleh sampai lebih awal lagi, tapi memandangkan on the way kami lalu tepi pantai yang cantek mengoda... sempat lagi kami berenti n snap photo di beberapa tempat. Dekat2 nak sampai.. kiri kanan jalan klana lihat banyak chalet n rumah tumpangan jenis homestay style. Iklan2 tradisional massage jugak terpampang merata-rata... hurmmm.. klana dapat bayangkan penduduk langkawi nie business minded betul n xlepaskan peluang untuk memajukan ekonomi diorang dalam industri pelancongan. mat n minah saleh banyak kat cnie. xbestnya... ada satu kapel omputeh tu selamber bardak je naik skuter lalu depan van kami, dengan hanya pakai fabret beach clothes diorang... haishh.. rimas n mencocok2 mata betul lah...Underwater nie, bangunan dia duduk berjiran sebelah-menyebelah dengan shopping complex. Memandangkan kami sampai agak awal n kaunter tiket belum bukak, semua pakat ronda2 kejap kat dalam shopping complex tu (ekceli dalam complex tu pun xader apa sangat, masih pagi, banyak belum menjalankan biznes lagi). Dalam pukul 9.30 am, bila kaunter tiket start beroperasi, ramai mula beratur untuk beli tiket masuk. Untuk harga tiket, dewasa kena RM 28, kanak2 RM 18. Fees dia agak mahal compare dengan penang aquarium.. huhuhu. tapiii... yeps, ada tapi nya. well, nak taw jawapan kepada tapi nya tu... jom la kita masuk dalam ruang bangunan underwater nie dulu <--- juz to bagi suspen sikit... hikhik .. (^o~)v
macam aquaria kat klcc, kat cnie pown ada terowong glass, agak huge jugak. so, boleh jeling2 main mata dengan hidupan marine seperti ikan pari besar, kerapu, shark n bla3x.. ada juga section untuk ikan air tawar, 3d theatre show... tapiii..yang paling3x tak bleh blah dengan underwater langkawi nie ialah dia ada satu ruang khas yang dinamakan penguins section. bahagian ni klana paling lama sekali dok melekat, hingga terpisah dari group member lain. klana penah jumpa pingu2 cute nie kat zoo negara, tapi kat sini lagi banyak giler bilang n spesis. ada dari african dan yang paling2 special, ada rockhopper penguins kat sini. so fun n cute sangat tengok diorang jalan terkedek-kedek dengan jambul kuning bergoyang2 kat atas kepala. klana ada amik bedio pingu spesis rockhopper nie... siap edit dengan lagu sekali yaww, so.. tengok lah video kat atas tu... plzzz... haha!

2. Makam Mahsuri
agak2 dekat 2 jam jugak kami dok lepak kat underwater world. kemudian, chef de mission bagi arahan pada ahli rombongan berkumpul.. then start kira... satu, dua, tiga, lekuk, bla3x.. okeh, semua cukup, takde tercicir. kami mula meninggalkan pantai cenang (bye2 my cute pingu's..huk2). target seterusnya.. makam mahsuri...Jalan ke makam mahsuri bengkang-bengkok, di sepanjang tepi pantai yang bertebing curam. Jalanraya di atas tebing dengan laut nampak jauh di bawah. pokok2 hijau seperti pemandangan hutan kiri kanan jalan menjadikan panoramanya sangat indah. last sekali, dekat2 nak sampai, kami masuk area kampung yang di kelilingi dusun buah2an n sawah padi... dann ... trenggg.. dah pun sampai kat kompleks makam mahsuri..

makam mahsuri duduk dalam area bergelar kompleks... weihh.. biar betik??? mula klana pun terkezut babun jugak, ingatkan makam mahsuri nie juz macam makam hang tuah kat melaka tu.. tapi ia sebenarnya berada dalam satu kawasan terancang n dihias cantik... macam2 ada kat dalam nie. ada muzium, restaurant, pusat kraf, pameran geologi, burung n demonstrasi produk2 langkawi. dari pintu masuk utama, nun jauh di tengah2 komplek nie, nampak jelas binaan makam... tempat bersemadinya puteri lagenda berdarah putih.. menandakan kesucian diri ketika mati difitnah.. begitu lah sadisss sekali kesahnya (T_T). klana tengok sekitar makam banyak tandan2 pisang, macam ada orang buat upacara bayar nazar di makam nie... omg.

~bersambung~

Full content generated by Get Full RSS.

Ijan Tahir: Kursus <b>di Langkawi</b>

Posted: 05 Jan 2012 08:03 PM PST

Minggu lepas, aku kena pergi kursus. Mula2 dapat surat terus merungut..'ala..sampai 4 hari ni. banyaklah kelas nak kena ganti;(' Sebenarnya, aku tak suka kalau kena ganti kelas. Sebab kena isi borang itu ini, kena sign ketua program lah apa. hurm.. ni semua gara2 audit la kan..

Pastu tengok tempat, eh kat Langkawi la. Terus hati berbunga2. Haha..dapatlah shopping. Tu jek yang terus terlintas kat kepala. Lupa dah kelas ke apa semua..:P

Ok, ni gambar2 yang sempat diambil masa kursus



Dalam tentatif program tu ada satu aktiviti luar. Semua sepakat nak pergi 'Mangrove Tour' sebab semua pun tak pernah pergi. Kalau Beras Terbakar, Pulau Dayang Bunting, lawat kilang gamat etc. tu ramai dah pernah pergi kan.

Tour ni kat Sg. Kilim. Kalau korang nak pergi merasa, bolehlah ke Sg. Kilim. Ada pakej2 yang boleh dipilih. Ikut selera dan ketebalan duit poket. Hehe..Mengikut cakap driver bot, Sg. Kilim ni air masin. Sebab dia bersambung terus dengan laut



Yang kami pergi tu, pakej dia termasuk pergi Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Watching, dan Andaman Sea Tour. Banyaklah yang driver bot tu tunjuk. Jalan laut nak ke Thailand pun ada. Setengah jam naik feri. Pastu ada Gua Buaya sebab kalau tengok pintu masuk tu ada rupa buaya, Pulau Kasut yang bentuk macam kasut, Batu bentuk penyu, kapal yang diguna masa cerita 'Ombak Rindu' pun ada..ish macam2 la.. Ni gambar sekitar Gua Kelawar. Dalam gua tu gelap tapi torch light disediakan. Bolehlah ko nak suluh2 kelawar tu kan..kalau tak apa pun tak nampak. Gelap sesajer..hehe
Pemandangan dan info2 di luar gua. Yang aku sempat ambil gambar la eh..

Gambar2 masa melawat fish farm dan lain2 aku tak snap. Sebab syok tengok sangat. Haha..tapi fish farm memang best la. Boleh merasa sendiri pengalaman bagi makan ikan pari yang besar gila2 punya. Siap pari tu boleh telentangkan badan lagi. Ikan lain2 pun hebat2. Ada kerapu berat 60++kg, belut laut, ikan siakap yang makan siap beratur..oh, memang pandai. Dah dapat makan, blah. Yang lain pula makan. Beratur tuh! Haha..ok fine, aku jakun:p Yang penting semua ikan stok gila2 punya besar. Memang dibela untuk pameran agaknya
Langkawi uptown pada aku biasa2 jek. Takdelah murah mana pun. Baju2 pun boleh tahan mahal. Makanan pun mahal tapi tak sedap. Aku beli bihun sup RM3.50, yang ada cuma bihun, kuah sup, sawi dengan sayur taugeh. Bagilah ayam kecik2 ke apa kan. Huhu..

Coklat memang banyak pilihan. Tapi kena pandai survey. Ada kedai brand ni murah, brand lain mahal. So, ikut ko nak brand yang mana. Macam aku, setiap kali habis kelas, amik teksi takpun jalan2 keluar pergi survey harga coklat dan barang2 lain. Buat perbandingan harga..Haha..Hari last baru beli coklat kat kedai yang paling murah, barang2 lain pun sama:p

 Dan sekarang dalam peti ais aku ada 1 plastik besar coklat yang tak buka2 sampai sekarang. Nak makan coklat?Meh datang uma saya:p

Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved