ads

Isnin, 27 Februari 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


2 beranak maut motosikal bertembung lori pasir <b>di Changlun</b> |

Posted: 23 Feb 2012 04:24 AM PST

[unable to retrieve full-text content]JITRA: Dua beranak maut apabila motosikal yang ditunggangi bertembung dengan lori pasir di simpang Jalan Kampung Kangar, Changlun dekat sini, hari ini.

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Islamic Hotel <b>Di Sungai Petani</b> | Musafir Perjuangan

Posted: 04 Feb 2012 01:20 AM PST

Islamic Hotel.  Tak terhingga perasaan bangga bahawa yang membina Hotel El Zahraa Inn adalah dikalangan bangsa Melayu Muslim.  Syukur Alhamdulillah.  Orang Islam sememangnya mampu membina Empayar Perniagaan yang cemerlang.  Sejarah membuktikan tokoh Islam kita terdiri daripada usahawan.  Dan Empayar perniagaan Melayu juga bermula di Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Apa yang menyebabkan Alin suka Hotel ini adalah ciri - ciri Islamik yang membuatkan kita seperti berada di sebuah hotel senibina padang pasir.  Lengkap dengan kelengkapan Solat, ruang Solat, Naskhah Al - Quran, dan sebagainya.

Kemudahan dalam bilik
  • Bilik berhawa dingin.
  • LCD TV
  • Siaran Astro
  • WIFI
  • Telefon
  • Bar mini / peti sejuk
  • Cerek
  • Kemudahan air panas / air sejuk
  • Seterika / papan
  • Sejadah, Al - Quran dan arah qiblat
  • Produk HPA
  • Bantal, dan selimut tambahan
  • Kain batik dan kain pelekat.
Terletak di bandar Sungai Petani bahagian Utara iaitu di Lagenda Height.  Boleh dikunjungi dari tol Sungai Petani Utara.  Untuk keterangan lanjut, boleh usulkan pertanyaan di Facebook atau hubungi 04 - 4259144 / 150.
Untuk tempahan, Klik Booking

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Asrama lelaki SMA Nahdzah <b>di Yan, Kedah</b> terbakar |

Posted: 24 Jan 2012 02:19 AM PST

[unable to retrieve full-text content]YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Sungguhka: Geli <b>Padang Serai</b>…….

Posted: 08 Feb 2012 01:30 PM PST

Seharian aku meronda di Parlimen Padang Serai menjengok perkembangan politik di sana. Bermacam-macam cerita yang aku perolehi, Ada yang baik……. Ada yang buruk……. dan ada yang menggelikan.
Kalau bab politik sorry to say tak banyak yang baiknya. Yang buruk hanya cemohan, tomahan, PHD dan berpuak-puak. Cuma apa yang aku nak komen sikit pasal yang menggelikan.......
Rata-rata aku survey, majoriti pengundi Padang Serai meletakkan pilihan parti adalah pilihan kedua. Bagi mereka, pilihan mereka terletak kepada siapa calon yang dipertandingkan.
"Kami mahukan WAKIL RAKYAT yang mampu membawa suara dan hasrat kami untuk kemajuan tempat kami. Bukannya wakil rakyat seperti yang sudah-sudah. Baik MCA ka, MIC ka, UMNO ka, PAS ka mahupun PKR menang……. Kami duduk seperti kami juga seperti dahulu entah di mana pembangunan pun kami tidak tahu……. YB nak turun padang, jauh sekali. Sedangkan waktu berkempen (10 hari) mereka boleh meredah setiap rumah meraih undi simpati tetapi takala menang, sebulan sekali pun bayang susah nak nampak". Apa yang aku nampak, mereka inginkan anak tempatan…….
Aku sempat bersama beberapa ahli UMNO  berjawatan dan tidak berjawatan samada cawangan mahupun bahagian. 90 peratus meluahkan isi hati mereka "UMNO PADANG SERAI HANCUR". Hancur yang dimaksudkan adalah hancur dari segi GILA KUASA dan GILA nak jadi YB. Bagi mereka, mereka tetap akur kepada keptutsan pucuk pimpinan meletakkan siapa bakal calon PRU13 kelak. Cuma yang menggelikan mereka adalah perangai sigila kuasa ini sedang geli untuk dipilih menjadi calon……. Nama-nama yang mereka maksudkan antaranya:
1.      Dato' Marlia (Mantan YB Merbau Pulas)
2.      Ku Roshidi (timbul bila Rahman bekas KB melepaskan jawatan)
3.      Halim Timbalan Ketua Bahagian.
4.      Cikgu Zubir Setiausaha Bahagian.
5.      Cikgu Asmadi Ketua Pemuda.
Geli mereka dengar pengakuan daripada mereka-mereka ini yang:
1.      nama mereka ada di dalam senarai calon PRU13.
2.      mereka berjumpa dengan PM.
3.      mengaku orang kuat Rosmah.
4.      Tok Bashah dah tunjuk senarai bakal calon untuk PM perkenan.
5.      Tok Bashah dah setuju.
Inilah antara perkataan yang selalu mereka jaja kepada akar umbi UMNO. Malah yang memalukan lagi bilamana perkara sebegini sampai kepada bukan ahli UMNO dan orang atas pagar.  "Awat kemarok sangat ka nak jadi YB…….? Suluh diri tu dulu……. Kami kenai depa tu sapa……. Spesis bermasalah…….". Kalaulah Tok Bashah buta hati menyenaraikan juga nama-nama tu, NESCAYA PRU13 akan mengalami tsunami lebih teruk dari PRU12. Ada yang sanggup sunat sekali lagi beramai-ramai kalau menang…….
Aku hairan tengok puak-puak UMNO terutama nama-nama yang tersenarai tu. Padang Serai ada 1 Parlimen dan 2 DUN. Ikutan sebelum ini, Parlimen Padang Serai untuk MCA, DUN Lunas untuk MIC dan DUN Merbau Pulas untuk UMNO. Walaupun pemilihan calon untuk kerusi MCA dan kerusi MIC berlaku juga penggeseran tetapi penggeseran dalam UMNO lebih hebat dan diketahui umum bab tikam menikam dan apatah lagi bila PAS dan PKR bubuh jarum sikit…….
Bila aku kaji latar belakang puak-puak ni, INGATAN pada TOK BASHAH……. PRU13 PADANG SERAI BUKAN MILIK BARISAN NASIONAL…….
Cuma apa yang dapat aku ringkaskan, UMNO Padang Serai sebenarnya ketandusan calon yang benar-benar wibawa.
Bab PAS dan PKR nanti aku ulas. Cuma hint sikit……. Lunas PKR calon payung terjun, Merbau Pulas PAS say bye-bye to Ustazah Aishah dan DAP jangan harap nak dapatkan Lunas…….
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved