ads

Selasa, 13 Mac 2012

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


UMNO Online - Puteri UMNO <b>Kubang Pasu</b> Baiki Surau Uzur <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2012 08:12 PM PST

Kategori Dari Bahagian

Puteri UMNO Kubang Pasu Baiki Surau Uzur Di Ladang Rakyat Laka Jaya

Bukit Kayu Hitam 11 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu mengambil inisiatif membaiki surau di Ladang Rakyat Laka Jaya dekat sini yang berada dalam keadaan daif.

Program membaiki surau tersebut membabitkan kos RM4,000 yang meliputi pendawaian elektrik, bumbung surau dan membina semula tandas dan tempat mengambil wuduk.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu Wan Zawiyah Wan Halim berkata program tersebut hasil kerjasama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Giat Mara Kedah membantu lebih 500 penduduk di Ladang Rakyat tersebut yang tinggal di situ sejak 37 tahun lalu dan dalam serba kekurangan.

Lebih 200 orang termasuk pelajar menjayakan gotong-royong membaiki surau, membersihkan masjid dan sekitar kediaman penduduk di kawasan ini bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ladang rakyat tersebut, mempunyai 286 rumah dengan lebih 500 penduduk, dibuka oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menerusi tanaman getah pada tahun 1975.

Wan Zawiyah turut memberi sumbangan berupa makanan kepada 25 keluarga termiskin meringankan beban yang dialami mereka selama ini, selain pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh pelajar Program Kejururawatan KPTM Kota Baharu, Kelantan.

Berita Bertarikh 11 March 2012 (3 Hari Lalu) Pada 12:12 PM

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Feb 2012 01:22 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Feb 2012 01:22 PM PST

URL Sumber Asal :-

Sungguhka: Geli <b>Padang Serai</b>…….

Posted: 08 Feb 2012 01:30 PM PST

Seharian aku meronda di Parlimen Padang Serai menjengok perkembangan politik di sana. Bermacam-macam cerita yang aku perolehi, Ada yang baik……. Ada yang buruk……. dan ada yang menggelikan.
Kalau bab politik sorry to say tak banyak yang baiknya. Yang buruk hanya cemohan, tomahan, PHD dan berpuak-puak. Cuma apa yang aku nak komen sikit pasal yang menggelikan.......
Rata-rata aku survey, majoriti pengundi Padang Serai meletakkan pilihan parti adalah pilihan kedua. Bagi mereka, pilihan mereka terletak kepada siapa calon yang dipertandingkan.
"Kami mahukan WAKIL RAKYAT yang mampu membawa suara dan hasrat kami untuk kemajuan tempat kami. Bukannya wakil rakyat seperti yang sudah-sudah. Baik MCA ka, MIC ka, UMNO ka, PAS ka mahupun PKR menang……. Kami duduk seperti kami juga seperti dahulu entah di mana pembangunan pun kami tidak tahu……. YB nak turun padang, jauh sekali. Sedangkan waktu berkempen (10 hari) mereka boleh meredah setiap rumah meraih undi simpati tetapi takala menang, sebulan sekali pun bayang susah nak nampak". Apa yang aku nampak, mereka inginkan anak tempatan…….
Aku sempat bersama beberapa ahli UMNO  berjawatan dan tidak berjawatan samada cawangan mahupun bahagian. 90 peratus meluahkan isi hati mereka "UMNO PADANG SERAI HANCUR". Hancur yang dimaksudkan adalah hancur dari segi GILA KUASA dan GILA nak jadi YB. Bagi mereka, mereka tetap akur kepada keptutsan pucuk pimpinan meletakkan siapa bakal calon PRU13 kelak. Cuma yang menggelikan mereka adalah perangai sigila kuasa ini sedang geli untuk dipilih menjadi calon……. Nama-nama yang mereka maksudkan antaranya:
1.      Dato' Marlia (Mantan YB Merbau Pulas)
2.      Ku Roshidi (timbul bila Rahman bekas KB melepaskan jawatan)
3.      Halim Timbalan Ketua Bahagian.
4.      Cikgu Zubir Setiausaha Bahagian.
5.      Cikgu Asmadi Ketua Pemuda.
Geli mereka dengar pengakuan daripada mereka-mereka ini yang:
1.      nama mereka ada di dalam senarai calon PRU13.
2.      mereka berjumpa dengan PM.
3.      mengaku orang kuat Rosmah.
4.      Tok Bashah dah tunjuk senarai bakal calon untuk PM perkenan.
5.      Tok Bashah dah setuju.
Inilah antara perkataan yang selalu mereka jaja kepada akar umbi UMNO. Malah yang memalukan lagi bilamana perkara sebegini sampai kepada bukan ahli UMNO dan orang atas pagar.  "Awat kemarok sangat ka nak jadi YB…….? Suluh diri tu dulu……. Kami kenai depa tu sapa……. Spesis bermasalah…….". Kalaulah Tok Bashah buta hati menyenaraikan juga nama-nama tu, NESCAYA PRU13 akan mengalami tsunami lebih teruk dari PRU12. Ada yang sanggup sunat sekali lagi beramai-ramai kalau menang…….
Aku hairan tengok puak-puak UMNO terutama nama-nama yang tersenarai tu. Padang Serai ada 1 Parlimen dan 2 DUN. Ikutan sebelum ini, Parlimen Padang Serai untuk MCA, DUN Lunas untuk MIC dan DUN Merbau Pulas untuk UMNO. Walaupun pemilihan calon untuk kerusi MCA dan kerusi MIC berlaku juga penggeseran tetapi penggeseran dalam UMNO lebih hebat dan diketahui umum bab tikam menikam dan apatah lagi bila PAS dan PKR bubuh jarum sikit…….
Bila aku kaji latar belakang puak-puak ni, INGATAN pada TOK BASHAH……. PRU13 PADANG SERAI BUKAN MILIK BARISAN NASIONAL…….
Cuma apa yang dapat aku ringkaskan, UMNO Padang Serai sebenarnya ketandusan calon yang benar-benar wibawa.
Bab PAS dan PKR nanti aku ulas. Cuma hint sikit……. Lunas PKR calon payung terjun, Merbau Pulas PAS say bye-bye to Ustazah Aishah dan DAP jangan harap nak dapatkan Lunas…….

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Tempat Menarik <b>Di Langkawi</b> - 2 Hari Pusing Pulau (Pt 3)

Posted: 15 Feb 2012 02:14 AM PST

detail tentang sejarah mahsuri a to z ada dipamer dalam muzium, tapi sayang kami xdibenarkan amik gambar. bila tiba show time, bunyi  caklempong bergema memenuhi ruang kompleks. bila dok dalam muzium, baca satu-persatu kisah mahsuri, sambil bergema bunyi muzik caklempung kat luar.. wauu.. terasa mcm berada di zaman dulukala...huhu.
selesai jengok2 dalam muzium, kami keluar. kebetulan time tu show caklempung baru abis, kami ramai2 pown pakat pi lah kerumun kat caklempung corner. masing2 try bakat, amik n ketuk alat2 muzik yang ada.. klana cuba jugak test ketuk2.. tapi yang keluag hanya bunyi pung..pung..pung. xdengar pun bunyi caklempung...caklempung...caklempung...hoho

dah puas ronda n shopin (ada sorang tu siap beli handbag yaww.. hehe),maka kami mula bergerak ke beras terbakar. dalam perjalanan, banyak kedai jual minyak gamat n pemandangan sawah padi luas terbentang.. sangat indah. sampai kat area kilang padi, klana dapat lihat kumpulan burung2 kecil tengah kerumun timbunan padi.. sangat banyak padi dan burung time tu.. baru klana paham.. that why ikut sejarahnya, dulu2 kawasan padi nie jadi tumpuan serangan siam. untuk kuasai hasil2 padi nie agaknya. and that why jugak orang2 langkawi kumpulkan and bakar padi2 tue.


pintu masuk ke beras terbakar ni agak tersorok siket. nasib baek nampak pintu gerbang dia di celah-celah kedai. sepanjang jalan (lbh krg 100m) menghala ke beras terbakar, dipenuhi bazar kiri-kanan jalan. time balik, klana singgah beli key chain kat cnie. di samping tu, banyak dijual makanan laut kering (ikan kering, ikan bilis, udang n kupang kering, etc) n kuih2 kering (baulu, bangkit, mcm2 lagi). depan bahagian car park dekat kaw bazar nie ader gerai makan. memandangkn time tu dah pukul 2 ptg n perut masing2 dah berbunyi caklempung.. hihik.. maka acara mengisi perut bermula. kami gi ke gerai jual bihun sup n laksa. klana order laksa.. wahh, sgt wangi aroma n terasa banyak ikan segar dalam kuah dia. cucur udang cicah kuah kacang pown ada di cnie.

Beras terbakar nie sebenagnya berada di kawasan halaman rumah orang n if gi tengok dekat2, memang boleh nampak lagi kesan2 hitam bekas beras yang dibakar pada zaman dulu.


Dari beras terbakar, kami menuju ke tempat yang excited sangat2 klana nak lawat.. iaitu.. langkawi cable car kat gunung mat chincang. hurrayy.. akhirnya berjaya jugak klana menjejakkan kaki kat cnie. cable car nie dipenuhi dengan bangunan rekabentuk moden n kaler terang yang menarik. ada kedai, restaurant, cenderahati banyak kat sini. biasalah kan, tempat tumpuan pelancong, ni lah kedai fav yang biasa ada.
masa kami sampai, time dah petang (coz agak jauh perjalanan dari beras terbakar tadi) keadaan angin bertiup sangat kuat. kami dimaklumkan dalam cuaca begini kabel car tak beroperasi. n memang betol, bila gi kaunter tiket... rasa kuciwa n nak nangiss kuat2 bila terpampang perkataan 'closed' n ada notis kata pihak pengurusan stop operasi cable car atas faktor cuaca. owhhh... berkecai sudah impian ku.. huk3x. sungguh, kira boleh nampak jugak cable car tuh terbuai2 ditiup angin. memang patut pun la pengurusan kat situ stop operasi, atas faktor keselamatan.  antara tarikan klana nak ke langkawi sebab nak naik kabel car nie laa. kemuncak dia ada jambatan gantung n boleh nampak view selat melaka sepanjang pantai hingga ke thailand. hadoi.. jadi, kami hanya dapat bersiar2 sekitar japanese garden, posing n meneruskan acara wajib.. bershopping..

dengan perasaan frusttt membuak2, sebab xdapat naik cable car.. kami gi destinasi terakhir untuk hari tu.. ke telaga tujuh. perjalanan hanya lebih kurang 10 minit sebab sangat dekat. bertambah membuak2 macam buih sabun perasaan frust haku inih bila.. jeng3x.. nak gi tengok telaga tujuh nie kena naik bukit dengan panjat anak tangga berjumlah beribu2 lemon... eeee... lemah semangat merudum-rudum. klana terfikir kenapa lah diorang xbuat eskalator n tiba2 klana jerit...  nak balikkkk, nak balik hotel.. nak berendam kat swimming pool, bagi sejuk kan haty yang tlh berduka-lara.. (jerit memberontak.. tapi hanya jerit dalam hatie... hahaha).


view kat atas. memang bebaloi2 walau penat panjat tangga. kejauhan blh nampak kabel car yang tak dapat naik. isk3x. kat atas nie ada tebing curam n  tinggi sayup. dengar citer, ada pelancong luar jatuh kat situ, mati kepala pecah... wohoo.. ngeri .

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Yan</b>, <b>Kedah</b> (MDYan) - Mac 2012

Posted: 12 Mar 2012 10:48 AM PDT

JAWATAN:
1. Penolong Jurutera
2. Pemandu Kenderaan
3. Penghantar Notis
4. Pekerja Awam

IKLAN JAWATAN
http://www.scribd.com/doc/85072845/Jawatan-Kosong-MDYan-Mac-2012
Jawatan Kosong MDYan Mac 2012

Tarikh Tutup : 18 Mac 2012

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2012 01:26 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:40 AM PST

Kategori Sana Sini

Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan Taqwa Untuk Program Di Jerai

PUTRAJAYA, 3 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai berniat jahat.

Katanya permainan politik pembangkang sudah tidak amanah kerana sanggup mengetepikan aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.

"Dakwaan yang kata saya guna duit Yayasan Taqwa tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir mengulas dakwaan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.

Laporan itu menyebut Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata dakwaan itu juga tidak tepat kerana membayangkan Yayasan Taqwa hanya membantu mereka yang berada di Wilayah Persekutuan.

"Seluruh Malaysia kita bagi bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru-baru ini saya sampaikan bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya.

Jamil Khir sebelum itu menghadiri majlis perhimpunan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta melancarkan Ensiklopedia Ulama dan buku-buku terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan dijual di pasaran.

Pada majlis itu Jamil Khir turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada mangsa banjir di Thailand yang diterima wakil kedutaan Thailand di Negara ini, Songsak Saicheua.

Sumbangan itu adalah hasil kutipan masjid-masjid di bawah kendalian Jakim iaitu Masjid Negara dan Masjid Wilayah di Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 3 February 2012 Pada 4:40 PM

Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved