Isnin, 26 Mac 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Portal UMNO Kedah: 200 PELAJAR <b>DI MERBOK</b> TERIMA NETBOOK

Posted: 23 Mar 2012 07:48 PM PDT

Seramai 200 pelajar dari beberapa buah sekolah dalam Parlimen Merbok bertuah apabila menerima sumbangan netbook 1Malaysia di majlis penyerahannya oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, semalam.

Selain sumbangan netbook 1Malaysia, seramai 120 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dari tiga buah sekolah rendah juga turut menerima sumbangan beg serta pakaian sekolah.

Tajul Urus berkata pemberian netbook ini adalah secara simboliknya menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada perkembangan ICT pada hari ini.

Menurutnya perkembangan ICT pada hari ini adalah perkara yang penting kerana dunia hari ini adalah dunia yang tiada sempadan di mana serata pelusuk dunia kini telah disambungkan oleh internet.

Tegasnya, melalui ICT, individu dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, politik dan perniagaan.

Beliau juga berkata, pemberian netbook ini merupakan satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

"Jurang digital ini kalau dibiarkan ia akan menjadi bertambah besar dan akan menyebabkan penduduk luar bandar serta yang kurang berkemampuan ketinggalan dan salah satu usaha kerajaan supaya jurang digital ini tidak jauh ialah dengan memberi sumbangan netbook ini", katanya.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) wilayah utara, Mohd Hussin Ali serta pengetua SMK Merbok, Osman Ahmad

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


KedahLanie.info: Mangsa ribut <b>di Kubang Pasu</b> dibantu

Posted: 21 Mar 2012 05:27 PM PDT

CHANGLUN – Sebanyak 32 mangsa ribut sekitar Kampung Titi Kerbau, Kampung Kubang Areing, Kampung Kubang Hamid dan Kampung Lengkuas menerima sumbangan segera dari kerajaan negeri akibat kerosakan dilanda ribut baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengharapkan semua yang terlibat bersabar di atas ujian yang diberi oleh Allah SWT.

"Ujian Allah ini sebenarnya mempunyai hikmahnya. Walau pun kita rasa seperti dikenakan musibah tetapi sebenarnya secara tidak sedar semangat ukhuwah sesama kita akan terjalin lebih erat lagi," sambungnya lagi.

Beliau juga memaklumkan, bantuan dari kerajaan negeri hanya bersifat membantu meringankan bebanan dan bukanlah menyeluruh. Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya akan memberi bantuan kepada penerima bantuan JKM sahaja.

"Kerajaan negeri membantu sekadar meringankan beban, yang selebihnya boleh diuruskan oleh pejabat daerah.

"Kedah bukanlah sebuah negeri yang mempunyai pendapatan yang banyak tetapi demi kebajikan rakyat kita tetap berusaha membantu dan tidak mengira agama dan bangsa.

"Sekiranya ada bantuan dari pihak kerajaan pusat, kita kena ambil sebab kita ada hak ke atas itu sebab kita membayar cukai kepada mereka," ujar beliau lagi.

Beliau menyarankankan agar kerja-kerja membaiki rumah dilakukan secara gotong royong kerana ianya lebih menjimatkan selain merapatkan lagi ukhuwah sesama rakan sekampung.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dialami oleh mangsa ribut berkenaan.

"Kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau cedera. Hilang harta benda, kita boleh ganti tetapi kalau hilang nyawa tiada gantinya lagi.

Majlis tersebut diadakan di surau Kampung Titi Kerbau serta dihadiri oleh pemimpin masyarakat setempat dan mangsa-mangsa ribut.

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kubang Pasu</b>, Kedah - Mac 2012

Posted: 21 Mar 2012 10:24 AM PDT

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Lebih 30 Rumah Rosak Akibat Ribut <b>Di Baling</b>

Posted: 17 Mar 2012 11:28 PM PDT

BALING – Lebih 30 rumah di lima buah kampung di sini musnah akibat dilanda ribut jam 4.30 petang semalam manakala tiga buah kedai menjual makanan dan barang keperluan harian turut roboh dalam kejadian itu.

Kampung terbabit ialah Kampung Lanai membabitkan 23 rumah di Kampung Sungai Tas, Kampung Carok Salang (2), Kampung Sungai Tembak (5) dan Kampung Parit Panjang (3).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lanai, Ghazali Morad, 60, berkata dalam kejadian itu kebanyakan rumah yang terbabit kehilangan bumbung dan rosak akibat dihempap pokok.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan di kampung Sungai Tembak, Yusuf Ahmad, 58, bersyukur kerana keluarganya terselamat selepas kedainya roboh ketika kejadian itu.

"Ketika ribut dalam kedai saya terdapat seorang pelanggan selain tiga anak saya serta isteri turut terperangkap dalam runtuhan kedai," kata Yusuf di sini, hari ini.

Susulan itu, laluan utama dari Parit Panjang Ke Baling dan dari Kampung Lanai ke Kuala Pegang tergendala lebih tiga jam akibat pokok tumbang di atas jalan.

Difahamkan semua kenderaan yang hendak ke pekan Baling terpaksa menggunakan laluan Kuala Ketil ke pekan Baling sejauh 60 kilometer. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Lebih 60 rumah rosak dilanda ribut <b>di Jitra</b> « Best Variety In Malaysia

Posted: 26 Mar 2012 12:44 AM PDT

JITRA: Lebih 60 rumah membabitkan lima kampung dan satu taman perumahan di daerah Kubang Pasu rosak selepas dilanda ribut kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Rata-rata rumah di kawasan terbabit iaitu Kampung Kemunting Lama, Kemunting Baru, Teluk Berangin, Salit, Pekan Tunjang dan Taman Seri Kemuning 1 mengalami kerosakan teruk akibat ditimpa pokok atau bumbung tercabut sepenuhnya.

Difahamkan lima keluarga dari Taman Seri Kemuning 1 juga terpaksa berpindah ke pusat aktiviti kawasan perumahan itu selepas rumah mereka tidak boleh didiami akibat bumbung tercabut.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom, berkata pihaknya masih membuat bancian jumlah kerugian serta kos yang diperlukan untuk membantu mangsa terbabit.

"Pejabat saya akan menghubungi pembekal dan kontraktor bagi membaiki rumah yang rosak teruk," katanya kepada pemberita, selepas melawat keluarga yang terjejas hari ini. – BERNAMA

my princess diary: sepetang hujan <b>di jitra</b>

Posted: 25 Mar 2012 09:29 PM PDT

as salam
dear diary,

Ahad : 2 kelas cancel , tinggal 1 kelas pukul 3 petang .

@ parking motor

aku : babe ! macam nak huuu ja .
ena : mana-mana ?
aku : tu dah nampak pokok hujan .
ena : eleh , macam tak biasa helmet masuk air hujan .
aku : ok . hujan sat g . siap lah !

@ dalam kelas

aku : weh , nak hujan .
lecturer : selagi tak ada sapa bangun terang lagi sekali , saya tak nak bagi balik .
kelas : ala..... encik .. nak hujan ni ..
kawan bangun : (terang dengan penuh semangat )
kelas : owh . . paham-paham , betu la tu . (sambil kemas buku )
aku : ena jom ! sat g helmet basah !
ena : xmo lari ! xlarat
aku : cepat ! ! !

@ parking motor

aku : tu la. . . bella dah cakap , hujan .
ena : mana nak tau , malas nak parking bawah tu ,beg berat (selalu xmau ngaku salah =..=" )
aku : jom lekaih ! beg basah ni , ada laptop g .
ena : nak redah ka ?
aku : parking bawah bumbung lu . ni , final project duk dalam beg nih . -_____-"

@ parking motor ada bumbung

ada mizar , so kami lepak dan bergossip sambil tunggu hujan berenti .

still seronok dengan muka tidak bersalah +__+"
aku pulak muka penuh rasa bersalah #___#"
mizar , duk tenung-tenung bumbleblue , ada hati nak bawak lettew . . ngeh ngeh ngeh
kasut puma ena yang berkilat macam baru lepas letak kiwi , kasut bata aku dah macam pukat  , segala sampah sarap duk lekat kat lubang-lubang tu .
eiiiii . . atas stokin ena ada menda apa tu ... ~_~"
muka masing-masing mintak penampar arab sambil duk tunggu hujan berenti 
huk huk . macam ustazah la pulop . hik hik hik . 
tak po aeh . . dop bolih jadi ustazah tuk anak-anak murid ,
jadi ustazah tuk anak ambe nanti pom molek jugok . ^___^v
like kalau malas nak komen n__nv

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Padang Terap</b> (MDPTK) Malaysia <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 01:50 AM PST

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Mac 2012

Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap.Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Undang – Undang

2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

4. Pembantu Awam

5. Pembantu Operasi

6. Juruteknik

7. Juruteknik Perancangan Bandar dan Wilayah

8. Pembantu Kesihatan Awam

9. Pembantu Penguatkuasa

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

Incoming search terms:

  • majlis daerah padang terap jawatan kosong
  • mdptk
  • jawatan kosong di daerah setiawan
  • jawatan kosong pejabat daerah padang terap
  • kerja kosong di pejabat daerah padang terap
  • tarikh tamat jawatan kosong majlis daerah padang terap 2011

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2012 01:05 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:03 AM PST

URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:40 AM PST

Kategori Sana Sini

Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan Taqwa Untuk Program Di Jerai

PUTRAJAYA, 3 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai berniat jahat.

Katanya permainan politik pembangkang sudah tidak amanah kerana sanggup mengetepikan aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.

"Dakwaan yang kata saya guna duit Yayasan Taqwa tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir mengulas dakwaan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.

Laporan itu menyebut Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata dakwaan itu juga tidak tepat kerana membayangkan Yayasan Taqwa hanya membantu mereka yang berada di Wilayah Persekutuan.

"Seluruh Malaysia kita bagi bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru-baru ini saya sampaikan bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya.

Jamil Khir sebelum itu menghadiri majlis perhimpunan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta melancarkan Ensiklopedia Ulama dan buku-buku terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan dijual di pasaran.

Pada majlis itu Jamil Khir turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada mangsa banjir di Thailand yang diterima wakil kedutaan Thailand di Negara ini, Songsak Saicheua.

Sumbangan itu adalah hasil kutipan masjid-masjid di bawah kendalian Jakim iaitu Masjid Negara dan Masjid Wilayah di Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 3 February 2012 Pada 4:40 PM

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


CERAMAH DSAI <b>DI</b> PARLIMEN <b>PADANG SERAI</b> <b>...</b> - AMK Kedah

Posted: 22 Mar 2012 11:09 AM PDT

Kuasa Ketiga Akan Tawan Putrajaya - Tawaran Hebat Untuk Generasi Muda Dan Generasi Baru
1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33042
2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65608
3~http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28173.html

Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2 ( Kejam Dan Teraniaya ).. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa