ads

Isnin, 10 September 2012

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Ketamakan Johari Abdul Menyiksa Peniaga Marhein <b>Sungai Petani</b> <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2012 01:28 AM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang pernah mengaku mukanya seiras P.Ramlee dalam usahanya untuk membersihkan imej Anwar Ibrahim setelah video seorang lelaki yang terlalu sangat mirip dengan Anwar Ibrahim sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang dikenalpasti sebagai pelacur China berleluasa di Internet. Malah siapa yang dapat melupakan bagaimana Johari Abdul tergelak besar sambil memberikan pengesahan lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim tanpa menyedari bahawa segala gelagatnya telah dirakam oleh kamera tersembunyi.

Sebagai seorang pemimpin PKR, Johari Abdul sememangnya adalah manusia hipokrit yang sangat kuat menipu. Tiada apa-apa yang dilakukannya melainkan meneruskan budaya PKR yang sangat popular iaitu MENIPU dan KEMUDIAN MENYALAHKAN UMNO-BN.

Selepas PRU12, Johari Abdul yang baru sahaja menang sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani telah berjanji akan melaksanakan projek pembinaan bangunan perhentian bas ekspres Sungai Petani sebagai cara untuk menunjukkan yang Pakatan Rakyat jauh lebih cekap dan bersih berbanding Kerajaan UMNO-BN sebelum itu.

Menariknya, pada awal tahun 2009, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM8 juta untuk projek berkenaan dan pengurusan pembinaan bangunan berkenaan dianugerahkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Johari Abdul melihat peluang untuk buat duit besar. Projek pembinaan bangunan berkenaan di kawasan Parlimen Sungai Petani. PKNK pula diberikan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah pula berada di tangan PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO dan Barisan Nasional telah kehilangan kuasa di Negeri Jelapang Padi itu.

Jadi, Johari Abdul berpendapat, dia bebas berbuat apa sahaja!

Dah elok-elok RM8 juta, Johari Abdul berunding pula dengan sebuah syarikat kontraktor bernama Mydin Holding. Komplot Johari Abdul dengan Mydin Holding membuatkan Johari Abdul memanjangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM4 juta lagi setelah sebahagian daripada RM8 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat disakau oleh Johari Abdul untuk dana PKR Sungai Petani dan Kedah.

Maka bermulalah cerita menipu dan pemerdayaan melibatkan Johari Abdul yang mempunyai kepentingan secara langsung dalam projek berkenaan.

Pada 24 Julai 2012, semasa rundingan antara peniaga gerai yang berdekatan dengan bangunan tersebut, kekecohan berlaku ekoran ketidakpuasan hati para peniaga ekoran perlanggaran perjanjian oleh pihak kontraktor. Dalam perjanjian asal, hanya bahagian pintu hadapan diubahsuai dengan dipasangkan pintu cermin tetapi pihak kontraktor telah merobohkan sebahagian hadapan bangunan kedai.

Pada 25 Julai 2012 pula, Johari Abdul cuba berlakon untuk menyelesaikan masalah dengan melawat tapak projek itu. Para peniaga mengemukakan soalan berkaitan isu berkenaan dan jawapan Johari Abdul ialah, PKNK telah membuat keputusan untuk menutup pintu utama dengan simen dan bahagian belakang gerai yang menghadap pasar awam akan ditukarkan menjadi pintu hadapan. Longkang pula akan dipasang penutup.

Namun pada 11 Ogos 2012, jam 1:00 tengah hari, bertempat di gerai peniaga perhentian bas, berlaku pertengkaran mulut antara peniaga dengan kontraktor kerana kontraktor telah mungkir janji. Kontraktor sepatutnya hanya merobohkan bahagian hadapan gerai setelah kerja-kerja pembinaan di bahagian belakang gerai siap sepenuhnya.

Apa yang berlaku sekarang ialah, bahagian hadapan ditutup dan bahagian belakang dirobohkan. Dengan kata lain, tindakan kontraktor membuatkan para peniaga tidak dapat meneruskan aktiviti perekonomian.

Johari Abdul pula, lesap entah ke mana. Telefonnya yang dihubungi juga tidak dijawab!

Kerja-kerja pembinaan pula telah dihentikan.

Kemelut Umno <b>Sungai Petani</b> Selesai | MyNewsHub

Posted: 08 Sep 2012 01:03 AM PDT

SUNGAI PETANI – Kemelut Umno Bahagian Sungai Petani dianggap selesai apabila Badan Perhubungan Umno Kedah bersetuju mengembalikan kuasa pentadbiran sejak mengambil alih tahun lepas kepada jawatankuasa bahagian itu dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kelancaran persidangan perwakilan bahagian itu pada Sabtu tanpa sebarang pertikaian atau masalah mencerminkan masalah bahagian telah diselesaikan.

"Saya gembira melihat semua pimpinan bahagian dan bekas pemimpin dapat duduk semeja. Dengan perkembangan ini, saya yakin kita dapat hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa masalah.

"Persiapan dan kerjasama semua ahli supaya mesyuarat ini lancar menyebabkan saya tidak teragak-agak menyerah kembali pentadbirannya kepada jawatankuasa bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian itu di Institut Kemahiran Mara (IKM), di sini Sabtu.

Ahmad Bashah berkata perpaduan dalam Umno Bahagian Sungai Petani memberi gambaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Petani daripada pakatan pembangkang termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pantai Merdeka, Bakar Arang dan Sidam.

Pada pada PRU 2004, BN menang 4-0 iaitu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DU Ndengan majoriti yang banyak di Sungai Petani tetapi tewas semua kerusi pada 2008 kerana masalah dalam bahagian itu, katanya.

Ahmad Bashah berkata jentera pilihan raya Umno dan BN Kedah bertambah kuat dan yakin sokongan rakyat akan kembali kepada BN apabila semua masalah dalaman parti dapat diselesaikan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Kedah Entertainment Ban Limited To Muslims

Azizan Tak Mahu Undur, Hadi Nafi Arah

MB : Apa Kurangnya Azizan Dengan Nik Aziz?

Bahan Cetakan Al-Quran Dibuang, Terbiar

Bekalan Benih Padi Di Kedah Mencukupi

TERKINI: Sultan Kedah Diisytihar Agong Baru

Mesyuarat Khas PAS Gagal Selesai Kemelut Di Kedah

Dua ADUN Kedah Jadi Exco Akhirnya

Khidmat Guaman Percuma Di Kedah

"Saya Tak Berminat...", Kata Mukhriz Mahathir

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Bilik untuk disewa <b>di</b> Taman Lembah Bujang Utama, <b>Merbok</b> <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 09:14 AM PDT

Publish date: September 5, 2012 4:14 pm
Contact Name: Bashid
Price: RM140
Region: Kedah
Location: Merbok
Phone: 012-4630989
Tags: ,

Rumah baru jenis teres. 3 bilik dan 2 bilik air. Berdekatan MRSM Merbok dan UITM (5 minit). Rumah dilengkapi dengan jerisi besi untuk keselamatan, anjung kereta dan fully furnished(kipas,tv,mesin basuh,katil, tilam,bantal,almari pakaian, meja makan, rak perkakas dapur dan lain-lain peralatan rumah disediakan). Penghuni cuma datang perlu bawa kain baju sahaja. Sewa sebulan satu kepala RM140 termasuk bil air dan elektrik.

Contact En. Bashid(0124630989) untuk keterangan lanjut)

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

02 di lunas kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di lunas kedah - Google Blog Search


LANGKAWIAN: SEJARAH PARTI KEADILAN RAKYAT

Posted: 10 Sep 2012 01:45 AM PDT

Selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan serta UMNO pada tahun 1998, seterusnya diaibkan dengan pelbagai pertuduhan serta dibelasah semasa dalam tahanan, sejumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik telah membuat keputusan menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) dan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) sebagai landasan untuk menyatakan sikap terhadap perkembangan yang berlaku pada waktu itu.

Satu keputusan telah diambil pada waktu itu di kalangan para pemimpin di pelbagai peringkat, aktivis dan para penyokong gerakan reformasi untuk menubuhkan parti politik baru. Usaha ini menemui jalan buntu kerana Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskannya. Maka, jalan lain untuk menubuhkan parti politik baru ini ialah dengan mengambil alih sebuah parti politik yang sedia berdaftar iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional (Keadilan) diadakan pada 4 April 1999.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999, Keadilan membentuk kerjasama dengan Parti Islam se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Kerjasama ini dikenali dengan nama Barisan Alternatif.

Manifesto bersama – Ke Arah Malaysia yang Adil – telah dikeluarkan dalam bentuk buku kecil dengan hampir 50 muka surat. Kandungannya memuatkan cabaran terbesar sejak kemerdekaan iaitu krisis politik, ekonomi dan sosial. Enam agenda manifesto bersama pada waktu itu ialah agenda pengukuhan ekonomi, pemulihan institusi, usaha meningkatkan 10 aspek sosial masyarakat, perpaduan nasional, demokrasi tulen dan memperbaiki imej serta kedudukan di peringkat antarabangsa.

Dalam Pilihan Raya pertama yang disertai itu, Keadilan telah berjaya memenangi 5 buah kerusi Parlimen di negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dan 4 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Kerusi DUN bertambah pada tahun 2001 melalui Pilihan Raya Kecil di Lunas, Kedah.

Selepas itu, perbincangan demi perbincangan diadakan dengan PRM untuk percantuman kerana Keadilan dan PRM mempunyai misi perjuangan yang sama. PRM telah lama ditubuhkan berikutan semangat menuntut kemerdekaan yang membuak-buak pada dekad-dekad 40an dan pengharaman suara progresif dalam politik negara, iaitu AMCJA-PUTERA. Ia dilancarkan para 11 November 1955 oleh pemimpinnya, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al Helmy yang menjadi pemimpin PAS pada waktu itu turut sama menyampaikan pidato utama. PRM kemudian berjaya menjadi pemain politik utama negara, dan pada tahun-tahun 60an dan 70an mempunyai anggota dalam Parlimen dan beberapa DUN. Pilihanraya Majlis Perbandaran juga dimenangi oleh PRM di Pulau Pinang, Melaka dan Serdang.

Akhirnya, pada 3 Ogos 2003, Keadilan dan PRM bersatu dengan nama baru, Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semasa Pilihan Raya Umum 2004, Keadilan hanya menang satu kerusi di Parlimen yang diwakili oleh Presiden Parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismai.

Dalam Pilihan Raya Umum tahun 2008, rakyat telah memberikan Keadilan 31 kerusi di peringkat Parlimen dan 40 kerusi di peringkat DUN. Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim kini menjadi Menteri Besar Selangor dan Y.B. Dato' Dr. Mansor Othman kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Dato' Seri Anwar sudah kembali aktif sebagai Ketua Umum selepas dibebaskan dan menjalani rawatan di luar negara.

Janda Anak Satu Tangkap Khalwat - Budak Benteng

Posted: 05 Sep 2012 10:40 AM PDT

LUNAS - Seorang janda anak satu ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang juga suami orang di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Taman Industri Saujana, di sini.

Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) berkata, pemantauan terhadap kereta pasangan itu dilakukan kira-kira dua minggu lalu selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai perlakuan sumbang pasangan itu.

"Kira-kira jam 9 malam ketika Penguat kuasa PADK membuat rondaan, anggota terserempak dengan kereta Proton Saga baru sepertimana aduan diterima.

"Setelah membuat pemeriksaan terhadap kereta itu. PADK menemui sepasangan kekasih duduk di kerusi belakang kereta dalam keadaan mencurigakan, " katanya.

Menurutnya, siasatan PADK mendapati pasangan wanita berusia 38 tahun dan sudah menjanda sejak 14 tahun lalu setelah kematian suaminya, manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun merupakan suami orang dan mempunyai seorang anak.

"Mereka bekerja di kilang sama di Lunas dan keluar bersama sejak jam 5 petang sehingga ditangkap kira-kira jam 9.30 malam, " katanya.

Juru cakap PADK berkata, hasil siasatan PADK terhadap pasangan wanita mendapati mereka berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan mengaku sudah terlanjur.

Bagi mengelak perlakuan sumbang mereka itu dilihat orang ramai, tingkap belakang kereta ditutup dengan penggalas cermin.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Lunas untuk membuat laporan tangkapan.

Pasangan wanita ditahan di lokap Balai Polis Lunas manakala lelaki dilokap Balai Polis Kulim. Pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

PADK turut menasihatkan pasangan itu agar menyedari kesalahan dilakukan tergolong dalam dosa besar. Pasangan akan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan.

MIC Sokong Kajian BN Tawan Semula <b>Kedah</b> | MyNewsHub

Posted: 27 Jul 2012 02:51 AM PDT

PADANG SERAI – MIC Kedah menyokong hasil kajian bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kedah dan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, S. Ananthan berkata pihaknya turut mendapati pengundi India kini khususnya di kawasan yang terdapat ramai masyarakat India seperti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas dan Bukit Selambau beralih menyokong BN.

"Berlaku pendirian lebih positif di kalangan pengundi yang semakin condong menyokong BN," katanya kepada Bernama. Belau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fuad Mohd Jali bahawaBN dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 termasuk menawan semula sekurang-kurangnya Selangor dan Kedah.

Kajian itu didapati hasil temubual pihaknya dengan 1,400 responden di Kedah dan Selangor dari Mac hingga Mei lalu.

Ananthan yang juga Penyelaras BN DUN Lunas berkata misalnya di Pusat Khidmat DUN tersebut, semakin ramai masyarakat India yang mengunjungi pusat itu. "Pusat berkenaan yang diwujudkan sebaik BN tewas di DUN Lunas pada 2008, kini menjadi tempat mengadu dan memohon bantuan. "Lebih-lebih lagi selepas Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas sejak 2009.

"Begitu juga dengan Anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR dan menjadi Anggota Parlimen Bebas pada 2011.

"Sebilangan besar daripada masyarakat India di situ hilang tempat bergantung. Setiap bulan beratus orang datang untuk mendapat pelbagai kemudahan, nasihat dan bantuan yang pihaknya tidak pernah pun menolak tetapi sedia mendengar masalah mereka," kata Ananthan. -BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

No Rakyat's Left Behind Under BN

Don't Give Pakatan A Second Chance In Kedah

MB : Apa Kurangnya Azizan Dengan Nik Aziz?

Cadang Wujud Jawatan Timbalan Menteri Besar

NGO Sokong BN Perlu Lebih Lantang

BN Tak Tertekan Keputusan Mahkamah Bebaskan Anwar

GWGF Antara anggota bergabung BN

BN Tidak Bersikap Perkauman - Zambry

"Saya Tak Berminat...", Kata Mukhriz Mahathir

BN Perlu Bekerja Keras Tambah Majoriti

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


LAGUNAMERBOK: Shopping Hasil Laut <b>Di Tanjung Dawai</b>.

Posted: 22 Jul 2012 07:16 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beberapa hari yang lalu, saya dan family ke Tanjung Dawai untuk membeli-belah hasil laut. Antara yang dibeli ialah ikan bilis, terubuk masin, ikan kering dan lain-lain. Bahan mentah yang dibeli ini adalah sebagai persediaan untuk membuat juadah berbuka.
Macam-macam ada kat kedai yang kami singgah ni. Harganya pun berpatutan.

SZ: Anda pernah sampai ke Tanjung Dawai?

Jalan-Jalan <b>Tanjung Dawai</b>

Posted: 22 Aug 2012 08:10 PM PDT

Semalam. ketika bergerak dari kg halamanku di Kuala Ketil ke rumah mertua, Wife ajak ke Tanjung Dawai sebab katanya belum pernah ke sana.. Ok jugak, lepas puasa ni sedap makan lemang dengan sambal ikan bilis.. lagipun lama bebenor aku tak jengok kawasan Tanjung Dawai.. rasanya last p masa sekolah rendah.. dah dekat 20 tahun rupanya.. Kepada yang belum pernah ke sini, Tanjung Dawai adalah port beli ikan kering & masin yang popular di Utara.. jemput la datang bila sampai sungai petani.. dh tak jauh

Sesi fotografi bermula dengan pasangan paling paling romantis..

Diikuti hero-hero tersayang

ikan bilis time..

Da  shoping da.. jom kita p pantai pulak.. xsure pulak apa nama pantai ni, tak jauh dari Masjid terapung

Dahaga la ayah.. minum dulu..

Cantiknya ciptaan tuhan

Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami dari azab api Neraka

MerbokOnline: Santai Main Guli <b>Di Tanjung Dawai</b>.

Posted: 30 Jun 2012 08:53 PM PDT


Program hari terbuka Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA) bersama Gabungan Kelab kereta Negeri Kedah (GKKnK) berlangsung meriah di persisiran pantai Tanjung Dawai semalam.

Program itu yang bertemakan "Mengimbau Kenangan Nostalgia Sukan' turut diserikan dengan acara sukan tradisional seperti main guli, tarik upih, baling kasut, boling kelapa serta pelbagai acara lain.

Jurucakap PEMBELA, Rosnawi Zenon berkata,  program ini yang disertai lebih 50 kelab kereta serta kelab motosikal dari negeri kedah dan pulau pinang, julung kali di anjurkan oleh pihaknya  dimana ia bertujuan merapatkan jalinan kemesraan antara ahli-ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian bersama orang ramai. Sementara itu Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain semasa merasmikan program itu berkata, penganjuran seumpama ini perlu diteruskan bagi memperkenalkan kumpulan-kumpulan NGO yang banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan agar dapat berinteraksi secara langsung dengan anggota masyarakat itu sendiri.

"Apa yang lebih penting adalah peranan yang dimainkan oleh NGO khususnya pertubuhan-pertubuhan belia yang menjurus kepada mendisiplinkan masyarakat terutama golongan muda ke arah aktiviti yang sihat,"katanya.


02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Sampaikan Mesej Raya Anda <b>di Kuala Ketil</b> dot com | Kuala Ketil

Posted: 25 Aug 2012 08:19 AM PDT

Sampaikan Salam Raya Anda Di Kuala Ketil dot …

Posted 64 days ago

Sampaikan mesej raya anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda di website kami.

Dengan hanya semurah Rm 1.00/mesej.

Promosi ini sah bermula pada hari ini hingga 1 Syawal 1433 Hijrah.......

Dapatkan borang ucapan  raya…

Media Kedah: Bas Express Terbabas <b>Di Kuala Ketil</b>

Posted: 22 Aug 2012 10:57 PM PDT

23/08/2012- Sungai Petani, sebuah Bas Express yang di percayai perjalanan dari Terangganu menuju ke hentian Bas Express Sungai Petani telah hilang kawalan ketika mengambil selekoh merbahaya di kilometer 12 jalan Sungai Petani/Kuala Ketil.

Syarikat Bas Express terbabit yang di kendalikan syarikat Nik Aniaga Travel & Tours Sdn Bhd beribu perjabat di Dungun, Terangganu.

Menurut Sumber maklumat, Kemalangan terbabit berlaku pada pukul 4 pagi dan membawa beberapa penumpang yang hendak menuju ke Sungai Petani dan Perlis.

Kesemua penumpang dan pemandu di laporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika di temui di tempat kejadian mengatakan akan menyiasat kes ini dengan lebih terperinci.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sampaikan Salam Raya Anda <b>Di Kuala Ketil</b> dot com | Kuala Ketil

Posted: 24 Aug 2012 11:08 PM PDT

Sampaikan mesej raya anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda di website kami.

Dengan hanya semurah Rm 1.00/mesej.

Promosi ini sah bermula pada hari ini hingga 1 Syawal 1433 Hijrah…….

Dapatkan borang ucapan  raya di KMK Resources Sdn. Bhd hari ini.

Cepat-Cepat rebut peluang ini!!!!!!

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved