Rabu, 12 September 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Hafizhassan - Status 2018: <b>Merbok</b> River Park

Posted: 25 Aug 2012 06:31 AM PDT

Sungai Merbok ( Merbok River) merupakan sungai terkenal dalam sejarah bagi Lembah Bujang. Ia pernah menjadi 'pintu masuk utama' ke empayar kerajaan lama Kedah Tua pada abad ke-3. Pedagang dari India, Timur Tengah dan China datang untuk berdagang di pelabuhan Lembah Bujang. Sungai ini adalah begitu pupular pada masa itu dimana peniaga/ pedagang/ pelayar boleh melihat puncak Gunung Jerai dari jauh di laut yang menjadi panduan dan mercu tanda bagi mereka.
Banyak artifak telah ditemui di sepanjang dan di dalam Sungai Merbok dan kini boleh dilihat di Muzium Arkeologi, Lembah Bujang di mana 1800 tahun warisan tempatan dan tamadun dipaparkan untuk pengunjung. Sungai Merbok  juga tempat persembunyian untuk Sultan Kedah dari tentera Siam di Pulau Tiga selain kekayaan  alam yang dimiliki dengan  keindahan ekosistem hutan paya bakau tertua dan hidupan air tawar yang mampu menarik minat pengunjung dan pencinta alam. 
  
Justeru, khazanah alam dan sejarah yang dimiliki Sungai Merbok seharusnya dimanfaatkan bagi kepentingan masyarakat dan negara umumnya. Merbok River Park mampu menjadi pemangkin yang penting dalam usaha memacu pembangunan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan bagi masyarakat tempatan. Inspirasi bagi  taman sungai ini boleh diketengahkan di bandar-bandar dan seluruh negara sebagai warisan pemelihara dan pemulihara sungai. Pelbagai aktiviti dan keperluan boleh dilaksanakan seperti rekreasi (jogging, cycling, swimming, walking tour, dll),   penyelidikan sains, kajian sejarah, pendidikan alam semulajadi, sukan air (kayak, outrigger, mendayung, dll), restoran makanan air tawar, kemudahan teksi air, zoo, mangrove canopy, dan pelbagai lagi. 
Selain menjadi nadi penting dalam ekosistem persekitaran, ia berupaya menghidupkan budaya cintakan sungai dan alam dalam kalangan masyarakat. Merbok River Park yang berkeluasan lebih kurang 1500 hektar akan menjadi urban park yang penting di dalam perkembangan pembangunan di seluruh Bandar Sungai Petani. Ia dilihat berpotensi berkembang sebagai satu taman alam semulajadi yang dipelihara di dalam kepesatan arus pemodenan. Sungai Merbok  bukan sahaja akan dihargai  oleh  masyarakat tempatan bahkan penduduk luar pada masa hadapan.

Merbok River Park akan menjadi satu tempat di mana taman bagi penduduk bandar boleh menikmati ciptaan alam. Satu tempat di mana ibu bapa dan guru-guru boleh membantu mendidik anak-anak mereka tentang ekologi dan sejarah Sungai Merbok. Sebuah tempat untuk berlari, bermain, berperahu, atau hanya menonton bot belayar. Sebuah tempat untuk berehat dan mengeratkan keakraban dengan rakan-rakan dan jiran-jiran.



02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Anwar Ibrahim » Blog Archive » Sekitar Program <b>Di Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 27 Oct 2007 10:28 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sekitar Program Di Gurun, Kedah. October 28th, 2007 by Anwar Ibrahim. Program Sambutan Eidulfitri Silat Seni Gayong Malaysia. dsc00857.JPG · dsc00833.JPG · dsc00842.JPG · dsc00856.JPG. Program Temu Rapat KeADILan Negeri ...

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Misai Merah: <b>Negeri Kedah</b> macam BN perintah

Posted: 22 Aug 2012 03:41 AM PDT

Raya-raya ni berjalan ke rumah saudara mara berjumpa sanak saudara untuk eratkan hubungan sialturrahim agar tidak basi.Sambil dok berjalan tak berapa nampak dan gah banner atau kain rentang kerajaan negeri Kedah untuk ucap Selamat Hari Raya kepada rakyat.Di Pekan Changloon berdekatan Bukit  Kayu Hitam tak nampak banner pemimpin PR ucap Selamat Hari Raya yang banyak banner ahli parlimen Kubang Pasu Johari Baharom (Umno) dan banner adun Bukit Kayu Hitam Datuk Zaini Jaafar (Umno) penuh di jalanraya..Awat jadi lagu tu?
Awat mandom sangat Pas Kawasan Kubang Pasu kata nak tawan Parlimen Kubang Pasu untuk jadi Kubang Pas!Tak nampak Pas Kawasan Kubang Pasu agresif untuk hadapi pilihanraya hanya seronok nak tawan Putrajaya.Kerja tak mau menang mau.
Keadaan ini berbeza di Selangor di mana Umno-Bn dan PR saling berlawan gantung banner raya tak macam di Kedah.
Di bawah ni saja saya nak tunjuk papantanda besar propaganda BN di Kedah
Ini papantanda besar gambar Najib dan agenda 1Malaysia Umno-Bn di bulatan berdekatan Hospital Jitra dalam daerah Kubang Pasu.
Gambar atas ni pun sama dengan 1Malaysia agenda Umno-BN terpampang di tempat yang sama.

Kalau zaman Umno berkuasa dulu di Kedah jangan harap gambar  ustaz Azizan boleh diletak besar-besar tepi jalan penguatkuasa majlis daerah mesti akan robohkan serta merta.
Tapi apa boleh buat ahli majlis daerah yang ada hanya macam tunggul kayu .Kakitangan pejabat daerah pulak kebanyakkannya masih Umno.
MB Kedah yang sekarang ni berjiwa terbuka sampai ada yang kata pru akan datang beliau akan jadi sejarah di Kedah sebagai MB daripada Pas yang mula dan terakhir di Kedah!
Di Selangor pulak amat berbeza sebarang gambar dan agenda yang ada logo 1Malaysia tidak dibenarkan sama sekali kerana 1Malaysia agenda politik BN bukan kerajaan Malaysia.Bahkan sebarang hamper untuk diberikan kepada rakyat tidak dibenarkan ada logo 1Malaysia.Tu baru nama berkuasa dan kuasai kerajaan tidak takut tapi tegas dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Ni baru cerita pasal papantanda belum masuk bab lain yang 'panas' dan meletup di Kedah .
Ramai yang kata mampukah Pas dan PR pertahan negeri Kedah dalam pru13 akan datang?Apa yang saya nampak banyak gambar Mukhriz anak Tun Madey dan juga Najib di merata tempat yang strategik di Kedah termasuklah jalan menuju ke lapangan terbang .BN tak berkuasa di Kedah tapi nampak macam BN yang perintah Kedah.
Selagi kakitangan di SUK Kedah yang berjawatan besar dalam kerajaan negeri dan syarikat GLC negeri Kedah main peranan dan jadi penyokong Umno maka kita akan lihat kekalahan Pas dan PR di Kedah jika puak-puak ni tidak ditukar peranan kerja mereka dalam kerajaan negeri.