ads

Ahad, 23 September 2012

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


WELCOME TO AFATS 13TH: PERTEMUAN SAHABAT LAMA <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 09:13 PM PDT

RENUNGAN MASA DEPAN YANG CERAH BUAT SAHABAT KITA RUDZALI SEMASA WAK K BERKUNJUNG KE RUMAHNYA DI KODIANG KEDAH.
GERAI PERNIAGAAN TEMBAKAU DAN SET ROKOK DAUN SERTA UBAT-UBATAN YANG ADA DI JUAL OLEH SAHABAT KITA RUDZALI KODIANG DI PASAR PAGI PEKAN CHANGLUN KEDAH. TAHNIAH PENGUSAHA YANG BERJAYA TIADA DIMANA-MANA KITA JUMPA HANYA DI KAWASAN UTARA NEGARA KITA.

PERTEMUAN WAK K DAN RUDZALI KODIANG SETELAH LEBIH KURANG 27 TAHUN TERPISAH PADA 08 SEPT 2012 JAM 08.08 PAGI DI PASAR PAGI PEKAN CHANGLUN.
CHANGLUN 08 SEPT 2012 (SABTU) JAM 08.08 PAGI. KEBETULAN WAK K DAN KELUARGA PERGI MENGHANTAR ANAK PEREMPUAN WAK YANG KE 3 UNTUK MASUK SEMULA SEMESTER KE DUA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK KEDAH. SEBELUM ITU WAK MEMANG DAH LAMA TAK JUMPA SAHABAT KITA INI SEJAK TERPISAH DI ITU TUDM KINRARA KL PADA TAHUN 1985. USAHA PUNYA USAHA MINTA NO TEL DENGAN SAHABAT KITA YUSRI WAK CUBA CALL DAN JANJI UNTUK JUMPA SEBAB WAK KEBETULAN NAK KE UUM SINTOK TAK JAUH DARI RUMAH BELIAU. WAK SAMPAI DI PEKAN CHANGLUN PADA PETANG JUMAAT DAN BERMALAM DI T HOTEL CHANGLUN. JANJI PUNYA JANJI AKHIRNYA PADA PAGI SABTU WAK PERGI KE PASAR PAGI CHANGLUN AKHIRNYA KAMI BERTEMU SETELAH LEBIH KURANG 27 TAHUN TAK BERJUMPA. ALHAMDULILLAH BELIAU SUDAH MENJADI SEORANG PENGUSAHA PENJUAL TEMBAKAU YANG BERJAYA DI PEKAN CHANGLUNG. TAHNIAH KEPADA SAHABAT KITA INI. TERIMA KASIH KEPADA BELIAU DAN KELUARGA KERANA SEMASA KUNJUNGAN WAK DAN KELUARGA KE RUMAHNYA DI KODIANG BELIAU DAN KELUARGA TELAH MENYEDIAKAN MAKAN TENGAHARI UNTUK KAMI SEKELUARGA. ALHAMDULLILLAH SEMOGA REZEKINYA BERTAMBAH LAGI. AMIN

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah <b>di</b> Jalan <b>Kuala Kedah</b>

Posted: 28 Aug 2012 06:00 PM PDT

ALOR SETAR - Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini.
Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega.
Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak... prak...'
"Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang.
Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000.
Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu.

Sementara itu, taksiran awal oleh Umno bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian termasuk kerosakan perkakas rumah berjumlah hampir RM200,000.
Naib ketuanya Datuk Abdul Mutholib Harun bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu.
"Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tempat kejadian.

02 di jitra - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


<b>Jitra</b> Bandar Samseng | Info Klasik

Posted: 03 Sep 2012 08:28 AM PDT

Peniaga Melayu Mangsa Penindasan Jitra Bandar Samseng

Ramadan pada tahun ini sudah berlalu tetapi akan menjadi kenangan hitam buat peniaga-peniaga Melayu yang berniaga di sekitar Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Peniaga-peniaga Melayu yang berniaga di gerai-gerai yang disediakan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu pasti tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi sewaktu berniaga di kawasan tersebut.

Bagi peniaga-peniaga yang menyewa tapak serta khemah dari Majlis Kubang Pasu, mereka terpaksa membayar dua kali sewa iaitu satu kepada pihak Majlis Daerah dan satu lagi kepada 'samseng MELAYU' yang kononnya telah menyewa semua tapak-tapak niaga di kawasan itu dari pihak majlis. Bayaran yang dikenakan oleh pihak Majlis bagi satu tapak berserta khemah hanyalah sekitar RM1500 dalam tempoh bulan Ramadan tetapi apa yang terjadi, peniaga-peniaga di situ terpaksa pula membayar lagi kepada 'samseng MELAYU' sebanyak satu atau dua kali ganda. Ada diantara peniaga yang dikenakan bayaran sehingga RM2000 bagi satu tapak.

Bagi peniaga-peniaga yang mendirikan khemah sendiri iaitu di kawasan berhampiran khemah niaga yang disediakan oleh Pihak Majlis, mereka turut dikenakan bayaran oleh 'samseng MELAYU'  sekitar RM200 hingga RM600 pada setiap satu khemah yang didirikan. Bayaran pula bergantung kepada jenis perniagaan seperti berniaga menjual air atau kuih, mereka harus membayar RM200 seorang manakala bagi penjual pakaian, mereka harus membayar sekita RM400 hingga RM600 seorang.

Ramai peniaga di situ rasa tertindas dengan tindakan 'samseng-samseng MELAYU' yang sering mengugut akan merobohkan gerai mereka jika tidak mahu membuat pembayaran. Beberapa peniaga terpaksa membayar kerana takut gerai mereka akan dirobohkan. Sepatutnya gerai-gerai yang didirikan berhampiran kawasan berniaga berbayar tidak perlu membayar tapak sewa kerana ianya bukan dalam kawasan Pihak Majlis Daerah untuk mengenakan sebarang bayaran.

Justeru, pihak berkuasa harus menyiasat perkara ini dengan telus agar tidak menindas peniaga-peniaga yang hanya ingin menambah pendapatan mereka di bulan Ramadan sahaja. Mereka yang ditindas bukannya dari golongan mereka-mereka yang senang. Pihak Majlis Daerah Kubang Pasu pula harus bertanggungjawab dalam hal ini kerana tidak menyelia kawasan tapak niaga dengan baik hingga melibatkan kejadian peras ugut serta penindasan di kalangan peniaga Melayu.

Malu dengan bangsa lain terutamanya bangsa Cina dan India kerana yang menindas orang Melayu adalah orang Melayu sendiri. Kejadian tersebut sehingga kini menjadi titik hitam dalam hati buat peniaga-peniaga Melayu di kawasan Bandar Darul Aman, Jitra. Tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa tentang kejadian peras ugut tersebut terutamanya dari Pihak Majlis Daerah sendiri. Apa yang berlaku amat-amat dikesali kerana ia berlaku pada bulan yang mulia di mana bulan yang mulia itulah juga manusia akan menunjukkan sikap mereka yang sebenar, sikap SYAITAN!

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


Kegagalan Besar Projek Kendalian Kerajaan BN <b>Di Padang Terap</b>

Posted: 11 Sep 2012 03:40 AM PDT

PANASS DI PADANG TERAP ! ... 

Projek Kerajaan BN Bernilai RM 23 Juta Di Padang Terap Gagal..Mengakibatkan Kerugian Kepada Hampir 800 Petani Kerugian.Setakat Ni Kita Belum Jumpa Respon Daripada Pengerusi MADA Dato Seri Mahdzir Khalid Dalam Isu Ni.Masih Banyak Projek Gagal Di Sini.

Mengapakah Projek Sebesar Ini Gagal?? Siapakah Kontraktor Yang DIlantik? 


Share

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Laporan Polis Terhadap Imam Masjid An-Najah, <b>Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 01:51 AM PDT

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh beberapa buah blog tentang khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib jemputan bernama Mohd Halizal bin Allias di Masjid An-Najah, Padang Serai pada Jumaat 7 September 2012, seramai 20 orang penduduk tempatan telah berkumpul dan kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Padang Serai diketai oleh Mohamad Taridi bin Darus mewakili qariah Masjid An-Najah, Padang Serai. Selepas itu, perhimpunan bantahan turut diadakan di luar Balai Polis Padang Serai.

Dalam khutbahnya, Mohd Halizal yang telah dijemput oleh Imam masjid berkenaan, menyatakan kononnya, Mursyidul dan beberapa orang tok guru kepada ulama-ulama Ikhwanul Muslimin telah bermimpikan Rasulullah s.a.w pada tahun 1998. Dalam mimpi mereka, Rasulullah s.a.w telah menunjuk Anwar Ibrahim sebagai penyelamat Islam di Malaysia dan ASEAN.

Ketika itu, Anwar Ibrahim adalah penyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebelum kemudiannya diterajang keluar dari kabinet dan keahliannya dalam UMNO digugurkan kerana salahlaku dan seks luar tabie. Dakwaan itu kemudiannya dipanjangkan ke mahkamah dan Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana melakukan salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya yang bernama Azizan Abu Bakar. 

Anwar Ibrahim bagaimanapun, sehingga kini menyatakan bahawa semuanya itu adalah palsu dan fitnah semata-mata. Bagaimanapun, pada masa yang sama, sehingga sekarang, Anwar Ibrahim tidak dapat menafikan atau menyanggah bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah dalam kes berkenaan. 

Namun, pada 2005, campurtangan dan masalah teknikal menyaksikan Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. 

Dalam bantahan berkenaan, dilaporkan hadirin memaparkan empat placard yang bertulis: 

1. KAMI HENDAK KHATIB TEMPATAN

2. JANGAN BERPOLITIK DI DALAM MASJID

3. IMAM SILA LETAK JAWATAN

4. JANGAN SESATKAN KAMI

Bantahan berkenaan bagaimanapun, tidak disertai oleh pemimpin-pemimpin politik tempatan selain mendapat liputan daripada beberapa agensi berita seperti BERNAMA, RTM dan BERNAMATV.

Isu khatib jemputan sebenarnya sudah berlarutan sekian lama. Masjid An-Najah berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Pada masa yang sama, masjid berkenaan turut menerima bantuan dan geran daripada Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan, masjid berkenaan telah dijadikan sebagai markas PAS menerusi pelbagai aktiviti politik yang sangat cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat. 

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Amuk <b>di Kulim</b> | blogr.my

Posted: 01 Sep 2012 02:15 AM PDT

Amuk di Kulim

3 minggu lepas oleh Faizol88 di blog-ketegaq.blogspot.com

Tiga ahli bomba berjaya masuk ke dalam bangunan.KULIM - Gempar... Apabila seorang lelaki berusia 20-an mengamuk menggunakan parang dengan memecahkan cermin kaca tingkat dua di bangunan rumah kedai di kawasan Perniagaan Semarak kira-kira jam 11 pagi semalam.Suspek difahamkan mengalami tekanan perasaan apabila ketagihan dadah yang melampau.Keadaan tegang ini menimbulkan suasana panik kepada masyarakat yang kebetulan berada di kawasan berdekatan.Suspek dikatakan menjerit-jerit pada mulanya sebelum

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved