Jumaat, 5 Oktober 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Subhanallah! Mayat Seorang Lelaki <b>Di Pokok Sena</b> Tidak Reput <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2012 06:09 PM PDT

Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang.

Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu). Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi.

Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar) dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.

Sahabat penulis sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan (di dalam gambar) yang telah dikorek itu adalah untuk ibu saudara sahabat penulis yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, beliau berpeluang melihat mayat walaupun sekerat badan sahaja (sebahagian lagi ditimbus tanah).

Mayatnya seperti baru ditanam semalam dengan daging serta otot-otot tangan dan kaki kelihatan seolah masih 'segar' lagi. Disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnya, kain kafan yang basah dan melekat pada tubuhnya memperlihatkan betapa kuasa Allah kadangkala melewati batasan logik akal manusia. Kain putih yang membaluti jasad juga seolah 'terpelihara'. Jika dilihat pada gambar yang dilampirkan, dibahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah.

Kisah ini sewajarnya dijadikan renungan untuk semua... bagaimana pula keadaan kita di kubur nanti? Kala jasad bersendirian tanpa taulan selain amal jua... ingatlah, janji Allah tetap benar. Dia akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.

أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا يَتَذَڪَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ ٱلنَّذِيرُ..؟

Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran (peringatan)...

http://maiag-menjalara.blogspot.com/2010/05/gambar-mayat-yang-tidak-reput-ini.html

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Mangsa kemalangan keretapi <b>di Sungai Petani</b> masih di ICU <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 03:22 AM PDT

SUNGAI PETANI - Wanita yang cedera dilanggar kereta api sewaktu menyeberang landasan di kawasan melintas di sini lewat malam Sabtu lepas, sudah sedarkan diri namun masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintenden Ong Aik Chang berkata K. Rani, 20, sudah boleh bertutur namun pinggang, tangan dan kakinya
patah akibat kemalangan itu.

"Keadaan mangsa sudah stabil namun masih dirawat di ICU. Setakat ini, kita tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung kes ini.

"Ini merupakan kejadian pertama untuk tempoh tahun ini. Kira-Kira tiga tahun lalu, kes kemalangan melibatkan kereta api dilaporkan pernah berlaku di Bedong," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai sentiasa mengutamakan keselamatan diri sewaktu melintas landasan kereta api, apatah lagi jika palang sudah diturunkan untuk memberi laluan kepada kereta api melalui kawasan tersebut.
 
"Jika palang sudah ditutup, jangan ambil risiko untuk melintas. Biar terlewat sikit sampai ke destinasi asalkan keselamatan diri terjamin," katanya.

Dalam kejadian 12.45 malam itu, motosikal dinaiki Rani bersama adiknya, Nalini Devi, 18, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria, dilanggar kereta api ketika dua beradik tersebut cuba menyeberangi landasan berkenaan, yang sudah ditutup dengan palang.

Nalini Devi maut di tempat kejadian.- Bernama

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Azizan Perlu Jawab Persoalan <b>Di Baling</b> Sebelum Dikejarkan Ke <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 07:05 PM PDT

Nampaknya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tak senang duduk sejak seminggu dua ini. Apa tidaknya apabila isu Ladang "Sejahtera"nya yang menggondolkan hasil balak di Hutan Simpan Gunung Inas "terlondeh"!

Bermula dari blog, isu pembalakan yang memusnahkan eko-sistem alam semula jadi dan mencemarkan kawasan air terjun Lata Celak melarat sehingga membawa "team" Aduan Rakyat dari TV3 membongkar "projek ibu duit"nya.

Semalam melalui TV3, wartawannya Puspavathy Ramaloo menyiarkan rintihan rakyat dan penduduk kampung di Mukim Kupang, Baling, yang pernah disiarkan oleh Kedahan69ers.com.

Hakikatnya, ia adalah satu isu yang memaparkan bantahan dan penderitaan rakyat hasil kerakusan pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang menggunakan alasan "Ladang Sejahtera", Hutan Simpan Gunung Inas "ditarah" sehingga gondol sejauh mata memandang.

Kesannya? Bukan sedikit kesan buruk. Dan yang "baik"nya hanya dua perkara saja.

"Baik" yang pertama ialah bagi Kerajaan PAS Negeri Kedah kerana berjaya meningkatkan hasil balak sehingga RM80 juta tahun lalu dan "baik" yang kedua ialah ia dijangka sangat membantu dana Pilihanraya PAS Kedah pada PRU ke-13 nanti.

Kesan buruknya banyak…

Antaranya ialah hakisan tanah yang teruk di mana kesan pembalakan itu menyebabkan tanah runtuh yang berlaku di lereng-lereng hutan dan menjejaskan 'pasak bumi.

Selain itu, eko-sistem hutan simpan kekal itu juga terjejas teruk di mana kehijauan flora dan fauna telah kehilangan habitan semulajadi.

Lebih ketara ialah sumber air bersih lima kampung di sekitar kaki gunung itu tercemar dan keruh.

Rentetan itu, rakyat terpaksa minum air yang tercemar. Rakyat juga terpaksa membasuh dengan air keruh sehingga baju sekolah anak-anak mereka bertukar warna kuning keperangan.

Para penduduk juga terpaksa pasrah menerima ancaman sumber air beracun sekiranya Ladang Sejahtera yang melibatkan tanaman getah di situ.

Ekoran sumber air tercemar, beberapa penduduk di situ juga telah mengalami sakit kulit dipercayai akibat menggunakan air yang bercampur buah beracun yang hanyut di sumber air tersebut.

Struktur jalan raya di kampung-kampung itu juga rosak teruk akibat "dilanyak" oleh lori-lori balak yang keluar masuk dari lokasi pembalakan di kawasan itu.

Lebih mengejutkan, projek pembalakan dan ladang PAS itu didakwa belum mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar.

Jelaslah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak perlu menjawab segera segala persoalan ini. Apakah kerana kerakusan menjana sumber kewangan dan dana PRU, maka kesejahteraan rakyat wajar tidak diendahkan?

Harapnya Azizan tidak perlu dikejarkan ke IJN bagi menjawab isu ini…

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Banjir <b>Di Pendang</b>, Ahli Parlimen Entah Ke Mana, ADUN Pula <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2012 09:35 PM PDT

Minggu lepas, daerah Pendang dilanda banjir. Lebih 100 orang di beberapa buah kampung terpaksa dipindahkan ke tempat selamat apabila kawasan mereka dinaiki air. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Batu Hampar Kanan, Banggol Kambing, Tanah Merah, Batu Hampar dan Kubur Panjang. Kebanyakan penduduk dipindahkan ke Dewan Orang Ramai.

Walaupun tidak dipersoalkan  tetapi Kerajaan Negeri Kedah cuba menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak membina tebatan bernilai RM280 juta yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri terdahulu, Abdullah Badawi. Tebatan banjir berkenaan merupakan sebahagian daripada projek di bawah NCER yang tidak mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Kedah apabila UMNO-Barisan Nasional hilang genggaman ke atas Kedah. 

Alasan yang diberikan itu, hampir sama ketika banjir besar pada tahun 2010 apabila PAS Kedah menyalahkan pembinaan rel berkembar sebagai punca utama banjir walaupun punca sebenar adalah penebangan balak yang begitu berleluasa di Kedah. Penebangan balak dan pembalakan haram semenjak PAS berkuasa di Kedah, telah mengakibatkan seluruh Kedah kerapkali dilanda banjir besar yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Natijah daripada pembalakan sudah terlalu banyak didedahkan, sama ada pihak geologis tempatan, mahupun pada peringkat global. Bagaimanapun PAS Kedah lebih hebat apabila mengalihkan punca banjir daripada pembalakan tidak terkawal yang telah merosakkan saliran dan kadar air yang diserap kepada tebatan banjir dan sebagainya yang dianggap boleh mengelirukan orang ramai. 

Pada 1 November 2011, penduduk Pendang menyuarakan perasaan tidak puas tentang pembalakan di Bukit Perak, Pendang yang mengancam sumber bekalan air bersih mereka. Malah, penduduk terutama di Kampung Mahawangsa, Rasau, Sungai Durian, Sungai Mas, Sungai Pisang, Sungai Siput dan Titi Akar juga mengatakan, pembalakan di Bukit Perak akan mengakibatkan banjir  yang tidak akan berkesudahan di Pendang. 

Ternyata, telahan penduduk-penduduk kampung yang 'tidak begitu cerdik' berbanding para pemimpin PAS Kedah, benar belaka. Namun kecerdikan para pemimpin PAS Kedah pula mengalihkan kesalahan dan pengkhianatan yang telah mereka lakukan kepada projek tebatan banjir yang telah dijanjikan tetapi masih belum dilaksanakan. 

Anehnya, pada zaman Barisan Nasional menjadi Kerajaan Negeri Kedah beberapa tahun dahulu, masalah banjir di Pendang, tidak pula kedengaran walaupun tebatan banjir yang dipertikaikan itu tidak wujud juga.

Barangkali disebabkan kurangnya tumpuan media massa, maka para pemimpin PAS seperti Ahli Parlimen Pendang, Dr. Hayati Othman dan ADUN Tokai yang bercita-cita besar mahu menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak, Taulan Rasul, hilang ghaib entah ke mana. Dan kalaulah bukan kerana bantuan daripada agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, barangkali penduduk-penduduk yang terjejas akibat banjir minggu lepas, pakat minum air bah dan memungut makanan hanyut untuk mengisi perut. 

Nak harapkan Kerajaan PAS Kedah… macam mengharapkan ketul batu jadi buntat. Langsung tidak ada inisiatif membantu rakyat dan penduduk yang terjejas dek banjir. Kalau ceramah dan kempen, merekalah yang paling hebat. Merekalah yang paling kuat memperjuangkan rakyat. Dan mereka jugalah yang mengusung tabung minta derma daripada orang ramai yang mendengar ceramah, tetapi bila mai tang susah, batang hidung para pemimpin PAS pun tak kelihatan. 

Tak payahlah nak suruh pemimpin PAS dari Alor Star atau dari Jalan Raja Laut yang datang ambil tahu hal orang ramai yang dah susah, itu jauh sangat. Kita tanya, mana pi Taulan Rasul dan Hayati Othman? Takkan depa tak tahu, kawasan yang dilanda banjir itu adalah kawasan yang sepatutnya depa jaga? Takkanlah depa tak tahu, orang ramai yang terjejas akibat banjir itu adalah orang-orang yang telah mengundi depa untuk naik jadi Wakil Rakyat? 

Tak cukup menyalahkan tebatan banjir yang tidak wujud itu kalau pembalakan dijalankan macam orang lapar tak jumpa nasi seminggu. Tak cukup menyalahkan para pemimpin Pusat, kalau pemimpin setempat yang telah dinaikkan oleh penduduk tempatan macam Taulan Rasul dan Hayati Othman ghaib dan ghuyub entah ke mana masa penduduk dalam kesusahan!!!

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


KedahLanie.info: Macam mana nak jadi MP <b>Jerai</b> nie.. cakap pun <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.

Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir."Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation," sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.

Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia."Ia cuma andaian sahaja…Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0," kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu. ~kd

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


!cikcleopatra!: Tips Shopping <b>Di Langkawi</b>

Posted: 01 Oct 2012 08:24 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim..
Tadi kan..aku saje la dok view statistik..again!! story pasal langkawi yang sudah berabad lalu menjadi tarikan..eh bukan pasal langkawi jer..tapi semua entry pasal holiday statistik tinggi! and actually pasal langkawi dulu nak update part 3 tapi tak jadi sebab terdapat kekecohan dalam hidup sekejap.agaga..kecoh la sangat! sebenarnye dah ade niat nak share pasal tempat shopping yang menarik di langkawi tapi tergendala. so di pagi yang indah ini izinkan saya share dengan semua!! ececeyh..
untuk mendapatkan pinggan mangkuk yang cantik macam porceline (betul ke tidak spelling ni) dan macam-macam lagi la aku cadangkan pergi terus ke Idaman Suri. harga dekat sini lebih murah dan pilihan lebih banyak taw!
untuk coklat pulak disarankan pergi cari di Haji Ismail Group. macam-macam jenis coklat ade..sediakan duit je. harga takde la semua murah dekat HIG ni..depends jugak pada coklat. contoh masa aku nak beli coklat Daim haritu. dekat HIG RM14.90 tapi aku ade jumpe dekat kedai lain RM13.90 tapi coklat2 lain HIG lagi murah. so..pandai-pandai lah..
Untuk kain-kain sarung ni, setelah aku tanya kawan-kawan aku yang duduk di langkawi mereka menyarankan untuk borong di Beras Terbakar..tapi mak cakap lebih kurang je harga dia..muahaha..maybe anak jati langkawi lebih arif kot. tapi dari pandangan aku. dekat beras terbakar banyak pilihan! so takpayah nak penin-pening kepala..pergi je la sana..ngeh3.
Ok. bagi segala jenis produk yang berkaitan gamat pula, aku pergi ke Nusantara. situ macam-macam pun ada..tinggal pilih, ambil dan bayar jer. situ banyak pilihan!
Actually rokok harga sama jer dekat mana-mana dalam langkawi ni..tapi member aku kata kalau nak murah lagi carik dekat kedai-kedai runcit kecik-kecik tu je..situ harga lebih murah. let say harga 1katon RM47.00 tapi dekat kedai runcit kecik2 ni boleh dapat RM45.00 1katon.
Hmm..rasanye lima item ni je kot yang terhangat di Langkawi..huhu..dah habis idea sebab aku pergi langkawi 5bulan yang lalu..sekarang dah ingat2 tidak dah..at least aku boleh share something yang boleh memudahkan korang..so takpayah dah korang nak tercarik-carik dan membanding-banding kan harga lagi kat sana..buang masa je kan. oh ye..kalau korang balik hari je and beli barang2 banyak..korang kena tax taw! tapi kalau duduk berhari-hari takde masalah cume simpan tiket flight atau feri korang masa datang tu jer.
hope entry ni membantu lah..enjoy and happy shopping! ;)