ads

Ahad, 4 November 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Hazim Homestay <b>Changlun</b> Kedah: Esklusif Homestay D <b>Changlun</b>

Posted: 17 Aug 2012 12:11 AM PDT

SELAMAT HARI RAYA N MAAF ZAHIR BATIN dari Hazim Homestay Changlun. 
Homestay kami telah membuat penambahbaikan fasiliti homestay untuk kemudahan dan keselesaan tetamu/pengunjung kami. Kadar sewaan yang sangat berpatutan.
Ruang Tamu di Hazim Homestay

Tandas di Hazim Homestay (Ada 2 tandas)

Bilik-bilik di Hazim Homestay (4 katil Queen)

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


KPDNKK Rampas 1,250 Liter Diesel <b>Di Kulim</b> | MyNewsHub

Posted: 20 Sep 2012 11:58 PM PDT

KULIM – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Kulim, merampas 1,250 liter diesel subsidi daripada sebuah lori ketika pemandunya mengisi minyak di Taman Lobak dekat sini pada Khamis.

Ketua Bahagian itu, Roffa Mat berkata, diesel bernilai lebih RM2,000 itu ditemui tersimpan dalam sebuah tangki kaca gentian yang dipasang dan diubahsuai pada sebuah lori tiga tan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Roffa berkata, pemeriksaan awal mendapati lori berkenaan dari Changlun dan pemandunya yang berusia 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Lori yang diubahsuai ini dilitupi rapi dengan kanvas bagi melindungi tangki kaca gentian itu. Selepas mengisi minyak pada tangki asal lori, mesin penyedut automatik digunakan untuk menyedut minyak daripada tangki asal ke tangki besar yang diubahsuai," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya kini masih memantau kegiatan itu kerana daripadaintipan yang dibuat, terdapat beberapa sindiket sama beroperasi sekitar PulauPinang dan Kedah Selatan.

Roffa memberitahu bahawa kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM250,000. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Sembang Santai Mesra Belia Peringkat <b>Negeri Kedah</b> : Bahagian

Posted: 22 Oct 2012 01:58 PM PDT

DSC_0106

Destinasi terakhir program Sembang Santai Mesra Belia Negeri Kedah yang dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, ialah di Kampung Tualang di Parlimen Pokok Sena di mana beliau disambut hangat pula oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan lebih 80 orang penduduk kampung.

Kemeriahan jelas terasa di lokasi terakhir persinggahan Datuk Jamil ini apabila program berkenaan penuh dengan gelak tawa para belia dan para penduduk kampung yang bersantai sepetang hari bersama "orang kuat" KBS yang banyak menabur bakti kepada rakyat Malaysia itu.

Program di kampung itu diisi dengan aktiviti sukaneka yang disertai oleh lebih 70 orang belia dan penduduk kampung berkenaan dan antara acara menarik yang diadakan ialah pertandingan tarik tali, pertandingan karom dan lari dalam guni yang mencuit ramai hadirin yang hadir.

Menariknya, Datuk Jamil sempat diberi penghormatan untuk berganding bahu dengan seorang penduduk kampung Tualang untuk mencabar Datuk Ahmad Lebai Sudin dan pasangannya bermain karom.

 

Para penduduk kampung Tualang turut menghadiahkan Datuk Jamil sebotol madu tualang asli sebagai penghargaan kepada beliau atas komitmen yang diberikan olehnya melalui KBS kepada masyarakat disitu.

Lambaian terakhir Datuk Jamil kepada para penduduk kampung itu mengakhiri lawatan dua hari semalamnya di negeri Kedah sebelum meneruskan program seterusnya di negeri Perlis Indera Kayangan.

 

Meninggalkan seribu kenangan manis di Kedah, Datuk Jamil mampu tersenyum lebar mengenang kemesraan rakyat Kedah yang menyambut wakil KBS itu menabur bakti  dan sudah tentu kehadiran beliau bakal dirindui oleh seluruh rakyat di negeri Jelapang Padi itu…



02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


Budak <b>Kodiang</b>...: pertembungan fikrah <b>di</b> rumah sewa tok chen.

Posted: 06 Aug 2012 07:36 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi ALLAH.
pagi yang tenang dalam bulan ramadhan yang mulia.
 ada 3 khabar kematian sepanjang bulan ramadhan ini.pertama, kematian tukang masak rumah anak2 yatim, tempat wajib kunjung sy dan rakan2 apabila cuti. kedua, kematian seorang pakcik berbaju biru yang sy lihat terlantar di jalan raya setelah kemalangan. dia terlantar dalam keadaan panas terik dan jalan raya yang sesak. ketiga, kematian anak kucing tiada bernama yang tumpang menetap di rumah sy tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan .kerana terlalu banyak kucing yang datang dan pergi, seringkali kami kehabisan idea untuk memberi nama yg menarik kepada mereka. anak kucing yang baru meninggal ini kami gelar 'macam bulat' kerana corak bulunya yang sama dengan 'kakaknya' bernama Bulat. 
semalam,ALLAH mahu sy melihat bagaimana saat nazak makhlukNYA serta fasa penarikan roh dari jasad. cerita ringkasnya begini. sy membuka pintu rumah kerana mahu memastikan suara azan zohor. dan sy lihat 'macam bulat' itu terbaring dihurungi lalat. masih bergerak dalam kelemahan dan kepayahan.sy hanya mampu menghalau lalat menggunakan surat khabar. beberapa kali kepalanya seolah ditarik ke belakang. dan secara obvious,dua kali kepalanya 'ditarik' ke belakang sehingga hampir menyentuh bahagian belakang badannya. dalam situasi biasa, sudah pasti anak kucing yang sememangnya lemah sejak lahir itu tak akan mampu membuat aksi hebat 'membengkokkan' kepala ke belakang sebegitu. tetap sy percaya itu adalah fasa roh beliau keluar dr jasad. ibrah yg besar di bulan ramadhan. sehingga terdetik di hati "kucing pun sampai macam tu 'sakaratul mautnya', aku yg manusia ni macam manalah?".
sebenarnya entry kali sy nak bercerita tentang sesuatu. flashback 12 years ago.
dalam pekan kodiang, terdapat sebuah 'perkampungan' rumah sewa' yang dinamakan rumah sewa haji tokchen. seingat sy,di dalam kawasan tersebut terdapat 7 buah rumah sewa. setelah kematian haji tokchen, isterinya, tok piah mengambil alih tampung pemerintahan. kuasanya begitu luas. tidak seperti lazimnya rumah sewa, tuan rumah sekadar mengutip sewa. tetapi tok piah meluaskan bidang kuasa beliau secara sesuka hati. contoh :beliau memerintahkan penyewa menyapu sampah sekitar kawasan rumah sewa. beliau juga pernah meminta penyewa menyuruh anak memakai baju. pelbagai lagi contoh arahan2 pelik sebenarnya, tetapi tempoh 12 tahun agak menghakis memori.
lebih malang, tok piah sangatlah cerewet. arahan yang pertama terkadang berlawanan dengan arahan beliau yang kedua. contoh : beliau akan meminta penyewa menyapu daun2 pokok yang keguguran. setelah disapu, beliau complaint "janganlah sapu sampai nampak tanah". 
apabila tok piah keluar dari kediaman rasminya, beliau akan membebel itu dan ini. seringkali kalau terperasan kelibat tok piah lebih awal, kebanyakan dari penyewa akan bergegas masuk ke dalam rumah menyelamatkan diri..kalau tak sempat- kerana tok piah sudah awal2 nampak dan melarang kami melarikan diri, kami bersedia penuh redha mendengar ceramahnya. pernah sekali, dia membebel di bawah pokok nangka. sambil2 beliau membuat ulasan tentang buah nangka, beliau terus berceramah.sy yang masih kecil berharap sesuatu berlaku supaya tok piah diam. doa anak kecil sememangnya diberi perhatian oleh Tuhan seluruh alam. buah nangka yang besar tiba2 jatuh sewaktu tok piah mendongak!!! bedebuk!kena hidung! "yes!!!" hatiku rasa sgt best. tok piah dalam keadaan malu-malu kucing meminta diri untuk pulang sambil memegang hidung. apabila dia berlalu, seluruh penyewa yang ada di situ gelak berdekah-dekah. betapa gembiranya jiwa raga masing-masing.
dalam mendepani tok piah, penghuni rumah sewa haji tokchen terbahagi kepada beberapa kategori.
kategori Pertama: menentang sikap tok piah dalam memerintah secara terang-terangan. contoh: memboikot sebarang majlis yang dibuat di rumah beliau. kadang-kadang terjadi pertelingkahan mulut antara tok piah dan golongan kategori pertama.
[oh perhatian, tok piah akan menjemput semua penyewa hadir jika beliau membuat sebarang majlis makan2 dan sebagainya.tetapi jemputan itu seperti arahan yang mandatori untuk diikut, kerana sesiapa yg gagal hadir, akan berdepan rintangan demi rintangan dari tok piah bagi meneruskan kehidupan anda di rumah sewa haji tokchen. seolah2 tok piah mencontohi presiden Bush bushuk yg berpegang dengan prinsip "you are with me or against me". yang tak bestnya, kalau pergi majlis tu mesti nak kena tolong2 sekali.bukan boleh pergi dan balik sesuka hati.]
kategori kedua : silent protestor. mereka ini sememangnya tak puas hati dengan tok piah.mereka juga suka mengutuk tok piah.mereka akan berkumpul dan mengutuk. tetapi sudah pasti hanya di belakang. kerana apabila sahaja tok piah berada di hadapan mereka, mereka akan memberikan senyuman termanis .mereka akan mentaati arahan tok piah, mengiakan kata2 tok piah dan sabar dengan segala karenah tok piah.
kategori ketiga:  ini adalah kelompok manusia yang dilihat bersekongkol dengan tok piah. tidak mengkritik, tidak menunjukkan sebarang sikap tidak puas hati. mereka mengikuti semua rentak tok piah seolah2 mereka tidak punya hati perasaan sendiri untuk dijaga, bahkan mungkin tidak punya otak untuk mempertimbangkan ketidakwajaran perlakuan tok piah terhadap mereka. sungguh menjelikkan.
sewaktu kecil sy hanyalah pemerhati. dan sy mengikuti orang dewasa kategori pertama.setelah besar sy menganalisis kembali. sy nilai setiap kategori begini.
kategori pertama: golongan berpendidikan universiti. ataupun tidak berpendidikan, tetap mereka bergaul dengan golongan berpendidikan. mereka mempunyai kesedaran yg tinggi tentang benar dan salahnya sesuatu tindakan.dan mereka mengambil berat tentang hak mereka yg mesti dihormati sebagai penyewa rumah yang membayar sewa. mereka tidak takut dengan risiko yang bakal dihadapi seandainya tok piah marah.
kategori kedua : umumnya,mereka adalah golongan suri rumah. suami bekerja sebagai nelayan, pemandu teksi atau tidak bekerja.(mereka dan suami mereka sekali masuk kategori ini). kedudukan ekonomi tidak berapa kukuh. mereka juga tidak berapa jelas kenapa mereka tak suka tok piah.mereka hanya membenci 'kezaliman2' tok piah yang bersifat nampak di mata. seperti tok piah membebel, dan menyuruh itu dan ini. tetapi kebencian kepada pokok utama 'kezaliman' tok piah yang fundamental tidaklah mereka miliki. mereka benci bukan kerana tindakan tok piah dilihat menyalahi akhlak islam, atau menyalahi nilai2 kemanusiaan, atau menyalahi hak2 asasi mereka,  tetapi mengikut hati mereka. kalau tok piah buat sesuatu yang menganggu hidup mereka, baru mereka marah. kalau tak, takdelah rase marah. dan mereka takut dengan risiko kalau tok piah marah. susah kalau tak mampu bayar sewa on time. juga susah mahu mencari rumah sewa lain yang hanya berharga bawah RM100 sebulan di tempat lain sekiranya apa2 berlaku antara mereka dan tok piah. jadi mereka jadi silent protestor.
kategori ketiga : rumah golongan kategori ini agak jauh dari rumah orang lain. secara faktanya, paling dekat dengan rumah tok piah. mereka gagal mendapatkan maklumat panas yang cepat sekali beredar di kalangan penghuni yang lain. mereka duduk terperap dalam rumah mereka.sekali sekala sahaja berjumpa orang lain.sekali-sekala diberitahu tentang kezaliman tok piah, mereka bersikap tidak kisah. biarlah dilihat bodoh dan diperbodohkan, mereka tetap setia menyanjung & menghormati & mentaati tok piah secara meembuta tuli. kerana bagi mereka tok piah berhak melakukannya, kerana dialah pemerintah rumah sewa haji tokchen.dan tok piah kaya. kalau takde tok piah, takdelah kami dapat rumah sewa.
inilah analisis sy setelah meninggalkan zaman kanak2. seringkali apabila lalu di hadapan rumah sewa itu sekarang, sy melontarkan pandangan mengenang kisah silam yang lucu.
mengenang sy dan beberapa kanak-kanak lain lagi yang melakukan beberapa siri penentangan terhadap tok piah. kami tidak fikir tentang halal haramnya perbuatan kami. bagi kami tok piah jahat, maka dia patut menerima pembalasan sewajarnya. kami membaling mercun dalam rumah tok piah dalam keadaan sedar tok piah menghidap sakit jantung. hehehe.
berada dalam mana2 kategori pun dilihat remeh sahaja. tetapi satu kejadian yang agak menginsafkan berlaku. di sini terserlahlah kategori manakah yg baik, dan kategori manakah yg tidak baik.
ceritanya begini. tok piah ada seorang orang gaji indonesia. orang gaji itu secara curi2 berjumpa dengan kami, para penghuni rumah sewa haji tokchen. dia mengadu dikasari oleh anak tok piah. tok piah sendiri melayannya secara buruk. dengar cerita dialah. dia menangis. mungkin mahu mengadu.mungkin mengharap pembelaan.
pada suatu hari, tok piah tiada di rumah. orang gaji beliau keluar menangis2. yang tinggal dalam kawasan rumah sewa pada masa itu hanyalah golongan kategori kedua dan ketiga. orang gaji indon tersebut meminta tolong untuk membawa beliau lari dari kawasan itu.beliau sudah tidak tahan dengan layanan tok piah. sy masih ingat situasi itu. golongan kategori pertama tiada di rumah kerana bekerja. seorang pakcik (kategori kedua) yang bekerja sebagai pemandu teksi diminta tolong membawa orang gaji tersebut cepat2 sebelum tok piah pulang. tetapi dia tak mahu. kerana TAKUT pada tok piah. semua orang terus mengutuk2 tok piah. tetapi orang gaji tersebut dibiar tanpa pertolongan sehinggalah dia masuk ke rumah semula dan tok piah pun pulang.
sehingga kemudian setelah golongan pertama pulang dari bekerja, berita pantas tersebar. mereka pun bersimpati, marah dengan kezaliman tok piah lalu memberi bantuan secara senyap. sy sudah tidak ingat bentuk pertolongan yg diberikan.
golongan kategori pertama takkan dapat hidup dengan tenang di bawah pemerintahan tok piah. tetapi,mereka tidak mahu keluar kerana mereka adalah pembayar sewa yang paling baik, on time. jadi tok piah tiada hak menghalau mereka.namun tok piah sudah lama tidak suka dengan golongan kategori pertama. lantas akhirnya beliau menggunakan kuasa yang ada di tangannya tanpa memikirkan apakah tindaknnya itu diredhai Tuhan ataupun tidak. beliau meminta seorang anaknya yang bekerja sebagai peguam menulis surat rasmi menghalau golongan kategori pertama daripada rumah sewa haji tokchen. masih jelas di ingatan sy yang masih kanak2, surat itu tertulis "kerana kami mahukan kembali rumah itu". itu sahaja alasan yang mampu diberi oleh orang sombong yang bongkak. tiada undang2 yang dilanggar. maka alasan tak masuk akal digunakan buat 'mengajar' penentangnya.
golongan kategori kedua dan ketiga selamat. 
itulah kisah benar di rumah sewa haji tokchen.kisah masyarakat yang kelakar sebenarnya. kelihatan serius pulak melalui cerita sy. tetapi itulah kisah yg memberi ibrah jika otak kita sudi diperah. berfikir dan menilai. sy tak tahu adakah tok piah masih hidup atau sudah mati. kebanyakan penghuni sudah berpindah dari kawasan itu. semoga ALLAH mengampuni dan memaafkan tok piah. 
mengaplikasikan teori kisah rumah sewa tokchen ke dalam kehidupan masyarakat kita hari ini, sama sahaja. masyarakat kita sama ada menentang kemungkaran yang dilakukan pemerintah secara terang-terangan, dan mengajak kepada kebenaran juga secara terang-terangan. kerana mereka faham. kerana mereka cintakan kebenaran. kerana tertanam rasa cintakan risalah Tuhan.
 " Dan di antara orang-orang yang telah kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan (dasar) kebenaran, dan dengan itu (pula) mereka berlaku adil". : Al-A'raf: 181" 
"Dan hendaklah ada satu golongan di antara kamu, yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran": ali-Imran: 104.
dan mereka pasti menghadapi cabaran yang memedihkan.

manakala masyarakat yang termasuk kategori kedua, bagus juga kerana sekurang2nya mereka membenci tindakan yang zalim.

" jika kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan kamu. jika tak mampu dengan lidah, jika tak mampu dengan hati.itu selemah2 iman"-adaptasi hadith. 
tetapi takkanlah selamanya kita mahu berada dalam list selemah2 iman.
manakala golongan kategori ketiga paling tak terpakai sekali. mereka selesa dalam kejahilan dan kedunguan mereka. otak yang diberikan ALLAH digunakan untuk untuk perkara2 tak mencabar seperti memikirkan tentang makan minum, kereta, tempat tinggal sahaja. kalau perkara itu menguji minda, seperti berfikir tentang yang hak dan batil, mereka segera migrain. tidak mahu terus berfikir. secepat mungkin mereka mahu makan panadol dan tidur.  kejahilan dan kedunguan mereka boleh dimaafkan kalau natijahnya hanya menimpa mereka, tetapi malangnya, ia menimpa orang lain yang tidak bersalah juga. kerana tunduknya mereka pada kezaliman, menambah kekuatan pada si zalim untuk terus berbuat kerosakan.
tiba2 sy rasa malas nak terus menulis. fikirlah sendiri pengajaran dan kesimpulannya.
p/s 1: tok piah dan tok chen bukanlah nama sebenar.edit sket. tak baik kot bagitau nama sebenar.
p/s 2: entry kali ni panjang, sebab tak tahu berapa bulan lagi sy akan update.
p/s 3: sy selalu cari pasal dengan cucu tok piah yang tak puasa di bulan ramadhan (umur cucu dia 6tahun pada masa tu).

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


panas <b>di</b> gengam!! transisi politik kelantan suk <b>sik</b> dalam kelambu.

Posted: 22 Oct 2012 02:28 PM PDT

Siapa kata TGNA gila kuasa? 
Siapa kata TGNA senang hati?
Siapa kata TGNA  nak berpolitik sampai mati?
Lihatlah renungan 1000 tahunnya itu?
Sebenarnya, bagi mereka yang mempunyai basirah dengan iman dan hakikat yang tajam sahaja mampu sedikit sebanyak menafsirkan apa yang tersurat dan tersirat di lubuk qalbu ayahanda ini.
Apakan tidak, bila legasi perjuangan yang diperjuangkan selama ini dari awal kehidupan hinggalah sekarang , samada enggan ataupun tidak, WAJIB dilepaskan kemudi bahtera itu kepada seorang pria nakhoda yang mampu membaca arah angin, kedudukan bintang , pasang surut dan peta dengan penafsiran tepat bagi mengharungi lautan dalam yang tak dapat diduga akan ujianNya.
Walaupun kini ambo dan top blogger Gelombang Kick telah memilih untuk memangkoh dan mesra BN , namun segala apa amal sunnah TGNA adalah juga perjuangan kami semua tanpa mengira fahaman parti, hingga sampai mati pun kali akan bersatu bersama kerana TGNA adalah orang tua kami. 
Yang berselisih hanyalah politik semata. 
Tapi hati kami dan semuanya tetap bersama. Insyaallah.

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Selamat Hari Raya Aidiladha | <b>Kuala Ketil</b>

Posted: 24 Oct 2012 10:46 PM PDT

Selamat Hari Raya Aidiladha

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya

وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله

Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

Sumber: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


platspender.blogspot.com: Tuas, <b>Yan Kedah</b>

Posted: 03 Nov 2012 09:58 AM PDT

3 hari dah streamyx down. Hari ni baru aku boleh online balik. Sawang tak tumbuh lg dan tarak sapa comment bunyi cengkerik lg dalam blog aku. Minggu lepas, aku belek Majalah Sirip kat kedai, bilangan 133 utk Oktober 2012. Byk artikel menarik, tp yg paling aku tak senang duduk, ialah artikel kat mukasurat 52, column Tuas Torpedos, Gerbang Tenggiri Kuala Dulang. Aku baca satu satu cerita dlm tu. Cerita Yan ni aku dah tau serba skit. Sebab Dokter memang kaki lubuk ni. Setahun tah berapa kali dia turun. Last trip yg aku up dlm blog ni pun tgk la mcm mana dia tanggung bwk balik. 6 ekog usung sampai Klang. Tu tak kira cencaru yg makan dr pg sampai ptg lg. So, aku dah cerita trip dia dulu, kali ni aku ringkaskan pulak trip mamat ni spt yg ada dlm Sirip 133 nih. Trip aku?....kih kih kih.
Tuas. Apa benda tuas ni. Aku ingat sama mcm Tuas kat Singapore tu. Tuas Yan memang tak sama. Tuas Singapore Kawasan industri, Tuas Yan kawasan ikan. Tuas Yan di Kedah ialah unjang yg dibuat dari batang batang buluh. Diikat dengan pemberat, kemudian dilepas ke dalam laut. Unjang inlah feveret ikan utk berkumpul dan main. Mcm kawasan padang permainan kanak kanak. Info dari tekong sangat penting. Hanya tekong yg tau bila ikan ni nak masuk unjang. So, call la selalu utk dapat info terkini. Setiap tekong ada unjang sendiri dan dia tak boleh bwk p unjang tekong yang lain. Lain la kalau tuan punya unjang tu bg line.
Pelbagai teknik bleh dipakai. Tp yg biasanya digunakkan di Tuas ni ialah teknik casting bulu dan casting kilat kekipas ikan temenung. Rilek, bukan bulu seperti bulu dari rambut atau ketiak yg digunakan tp bula ayam sebenarnya. Tak payah susah susah nak cari ayam pulak nak wat bulu tp teruih boleh dibeli di situ. Ada dah tokan bulu dok tunggu. Tak salah aku, satu bulu lebih kurang RM5. Meniaga bulu pun boleh wat duit woi. Selalu bulu org tanam saja. Yg kedua temenung. Sebelum sampai, tekong akan pesan dah, temenung mau dlm 4-5 kilo. Yg tu saja, sotong udang tak payah la dok gagah. Tak laku. Balik wat sotong tepung saja la. 
Nama tempat nak naik bot ialah di Kuala Dulang Kecil. Dari pekan Guar Cempedak, masuk kiri ke Yan. Jalan terus sampai kat simpang 4, ambik kanan. Lepas tu hampa janji la dengan tekong nak jumpa kat mana. Sebab nak masuk tu lorong kecik. Takut yg tak penah sampai sesat. Kuala ni tak besag mana, tp penuh dengan bot yg ready untuk trip memancing. Macam pesta. Semua bot sama saiz, kaler lebih kurang dan yg penting, check dengan tekong bot number berapa. Kalau silap, marah org yg dah booking awai. Satu trip keluar pagi, balik petang dalam RM500. Saiz bot tak besag, cun kalau naik dlm 5-6 org. Lebih aku rasa mau setengah hari saja settle tali berlilit. Makan bwk sendri. Tekong tak masak. Setengah hari punya trip cukup dengan nasik lemak 2-3 bungkus sorang, ayag masak sorang sebotol
Ni info teknikal utk rod dan mesin. Bwk jod jigging casting PE1-3 dan 8-15 paun dengan main line dlm 10-20 lb. Mesin dlm 2000-4000 memang cun. Tp aku rasa bwk la yg bearing byk skit. Jigging casting ikan ni agak memenatkan kalau tak kena dengan mesin. Kayuh mesin tu mau laju. Lepaih tu, main line elok disambung dengan shock leader dlm 40-60 paun. Ikat la mcm mana pun (ada masa aku up mcm mana nak sambung shock leader dengan main line). Dari shock leader, baru ikat klip. Tekong pesan, klip mau kecik saja. Tak yah pasang klip mcm nak guna wat sauh. Selain dari casting, appolo cencaru boleh jugak nak try. Penuh tong woi. Tu dokter bgtau. Hehehe... Mata appolo pun kena betui jugak. Biasanya guna yg kertas, contoh dari brand hayabusa. Tu agak mujarab utk appolo cencaru disini. Pilih pelbagai saiz. Ada masa aku up rupa paras appolo hayabusa tu mcm mana. Lagi satu, mata kena ikat 3. Khas utk boh kepala, belakang dan belakang temenung. Yg penting, guna cable. Yg guna tangsi, kalau tak jawapnya tenggiri senyum la. Cable ikat tak panjang, setengah depa pun tak sampai.
temenung = ikan kembung kat KL. Bila dia kembung aku tak tau. On the wat la tu jadi kembong.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved