ads

Jumaat, 9 November 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI</b> PASAR PAGI <b>POKOK SENA</b>

Posted: 09 Nov 2012 10:03 PM PST

AKTIVITI KEMPEN KESEDARAN AWAM DAN KITAR SEMULA DI PASAR PAGI POKOK SENA, KEDAH
Pada 10 November 2012, warga kerja Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar, Kedah terlibat dengan satu aktiviti kesedaran awam dan kempen amalan 3R iaitu kitar semula khususnya di sepanjang Pasar Pagi, Pokok Sena. Aktiviti yang dirancang oleh Ahli Majlis dan AJK kawasan berkenaan dilaksanakan dengan sempurna yang mana satu ucapan alu-aluan dan penerangan ringkas diberikan sebelum bermula. Kemudian, para peserta bersama-sama berjalan di sepanjang pasar pagi tersebut sambil memberikan risalah berkenaan dengan langkah atau kaedah pembuangan sampah yang betul dan berkesan supaya tidak berlaku kekotoran yang diakibatkan oleh pembuangan sampah merata-rata. Pihak warga PPSPPA yang diwakili oleh En Saiful Redzuan, Pegawai Penguatkuasa Alor Setar dan pembantu beliau, En Najid Sharani juga turun padang memberikan risalah berkaitan dengan kaedah tersebut serta penerangan ringkas kepada penjaja dan pengunjung pasar pagi. Penerangan dan risalah mengenai amalan kitar semula pula disampaikan oleh Pegawai 3R, En Mohd Azrul Bin Azmi. Selain itu, beg-beg plastik juga diberikan kepada penjaja dan para pengunjung pasar pagi tersebut untuk memudahkan mereka membuang sampah serta mengasingkan sisa pepejal. Hal ini akan mengurangkan kadar pembuangan sampah merata-rata.






Dengan kekerapan penganjuran kempen kaedah pembuangan sampah yang betul serta amalan kitar semula ini akan meningkatkan kesedaran awam di kalangan masyarakat serta mengurangkan pembuangan sampah di tempat-tempat awam secara berleluasa. Diharap kempen ini juga dapat meningkatkan kadar kitar semula di kalangan orang ramai yang mana kekurangan kadar pembuangan sampah akan memberi kesan peningkatan jangka hayat tapak pelupusan sampah yang semakin uzur. 

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


LagunaMerbok: Urutan Refleksologi <b>di</b> Laguna <b>Merbok</b>.

Posted: 06 Nov 2012 02:22 AM PST

Assalamualikum dan salam sejahtera

Petang2 ni...jalan2 atas batu...baik utk kesihatan.
Sebenarnya kat Laguna ni ada banyak kawasan laluan urutan refleksologi macam ni. Sekali- sekala saya jalan la kat sini. Anda pernah cuba ke?

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


PASPB: LAPORAN AUDIT!!! <b>Di Kedah</b> angkara UMNO, <b>di negeri</b> <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 11:33 PM PDT

JOHOR


Rupanya, dalam sibuk menuduh negeri Pakatan Rakyat tidak cekap dalam menguruskan sumber kewangan negeri, tiba-tiba negeri yang ditadbir Umno ini sejak merdeka semakin lama semakin membimbangkan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, prestasi Kumpulan Wang Disatukan bagi Johor menjunam lebih RM50 juta kepada RM450.50 juta berbanding RM505.81 juta pada tahun 2010.
Laporan tersebut mendedahkan kerajaan negeri mencatatkan lebihan hasil berjumlah RM6.40 juta menjadikan defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2011 berkurangan kepada RM319.29 juta berbanding baki defisit berjumlah RM325.69 juta pada 2010.
Tambah laporan itu lagi, hasil kerajaan negeri pada 2011 juga menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010.
Penurunan juga berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.
Ekoran itu, Ketua Audit Negara menegur kerajaan negeri pimpinan menteri besar, Abdul Ghani Othman supaya mengekalkan perbelanjaan secara berhemah tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri serta berusaha menambah sumber pendapatan.
"Tindakan mengutip tunggakan hasil perlu diteruskan kerana jumlah tunggakaan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM160.81 juta telah menurun sejumlah RM15.09 juta atau 8.6 peratus berbanding RM175.90 juta pada tahun 2010.
"Tindakan yang lebih berkesan perlu diambil juga untuk menuntut tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Johor (JCorp) berjumlah RM75.14 juta," tambah laporan itu. 
Ketua Audit Negara juga menggesa Johor mempertingkat prestasi kewangan supaya pendapatan yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan mengurus dan menanggung tanggungan semasa.
"Penetapan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan operasi semua syarikat subsidiari perlu dipantau dengan tegas untuk memastikan pelaburan kerajaan negeri dalam syarikat subsidiari tersebut memberi pulangan sewajarnya," kata Ketua Audit Negara, Ambrin Buang.
 Hutang kerajaan negeri Melaka meningkat kepada RM865.94 juta iaitu meningkat sebanyak RM12.87 juta. Fakta didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan/Agensi tahun 2011 bahagian II muka surat xiii.

Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyak RM0.18juta sahaja pada tahun 2011. Kalau macam inilah prestasi membayar hutang, kita yakin sampai bilapun hutang kerajaan negeri tidak akan habis.


Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah :
Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada tahun 2010.
Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.
Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.
Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya.  Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.
Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)  masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.
Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2.  Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3.  Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta.  Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 untuk N.Sembilan
Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.
A. UNIT PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI - Pengurusan Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR)
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar disamping kemudahan asas dan sosial. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk program RAHR berjumlah RM11.54 juta di mana sejumlah RM9.65 juta telah dibelanjakan untuk projek sedia ada.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2011 mendapati secara amnya pengurusan program RAHR adalah kurang memuaskan. Terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1.  Terdapat 33 unit rumah yang masih kosong semenjak tahun 2005.
2.  Rumah yang belum diagih didapati tidak disenggarakan dengan baik.
3.  Tunggakan sewa semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya.
4.  Terdapat rumah yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.
5.  Terdapat tapak tanah program Rumah Awam Harga Rendah yang masih belum didaftar sebagai hak milik Kerajaan Negeri walaupun pampasan telah dibayar kepada pemilik asal seawal tahun 1982 hingga 2004.
B. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah
Bagi tahun 2009 hingga 2011, nilai hartanah yang dimiliki oleh MAINS seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit pada akhir tahun 2011 berbaki sejumlah RM45.04 juta. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1.  Tunggakan sewa premis mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima.
2.  Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah.
3.  Satu daripada projek usaha sama tersebut masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.
C. JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR - Pengurusan Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2011 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana:
1. Sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.
2.  Sebanyak 227 ekor anak lembu atau 79.4% agihan Skim PINTAF bagi tempoh tahun 2004 hingga 2009 belum dipulangkan oleh penternak kepada Jabatan.
Bagi tahun 2009 hingga 2011, Jabatan telah diperuntukkan sejumlah RM2.23 juta bagi Skim PINTAF di mana kesemua jumlah tersebut telah dibelanjakan untuk membeli 782 ekor lembu dan 130 ekor kerbau.
Manakala bagi Skim TRUST dalam tempoh 3 tahun tersebut, sejumlah 1,242 ekor lembu bernilai RM6.63 juta telah dibekalkan oleh Jabatan PerkhidmatanVeterinar Putrajaya.
Sehingga tahun 2011, Jabatan mempunyai 2,037.72 hektar kawasan padang ragut dan sejumlah RM1.79 juta telah dibelanjakan bagi tahun 2009 hingga 2011 untuk membangunkan kawasan padang ragut tersebut.
D. PEJABAT DAERAH DAN TANAH REMBAU DAN KUALA PILAH - Pembinaan Dan Penyenggaraan Kemudahan Awam Di Mukim-Mukim
Bagi tahun 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sejumlah RM15.13 juta untuk tujuan pembinaan dan penyenggaraan kemudahan awam di mukim-mukim luar bandar di Negeri Sembilan di mana sejumlah RM14.12 juta telah dibelanjakan.
Pengauditan yang dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah antara bulan Julai 2011 hingga Oktober 2011 terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkaitan. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2.  Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3.  Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.
Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan adalah disyorkan supaya Pejabat Daerah Dan Tanah memberi pertimbangan kepada perkara berikut:
1.  Kemudahan awam yang dibina di kawasan tanah milik perlu mendapatkan kebenaran izin guna tanah atau izin lalu secara bertulis dari pemilik tanah untuk mengelakkan pertelingkahan di masa hadapan.
2.  Pejabat Daerah Dan Tanah perlu memastikan Pengerusi JKKK bertanggungjawab menyelia kemudahan awam di kawasan masing-masing.
E. MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN - Pengurusan Program Pengindahan Dan Landskap
Peruntukan bagi program pengindahan dan landskap bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 masing-masing berjumlah RM1.69 juta, RM0.75 juta dan
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.
F. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) sebagai sebuah agensi pembangunan yang diberi tanggungjawab bagi memimpin, menyertai dan menggalak penyertaan proses perubahan sosioekonomi ke arah mencapai matlamat pembangunan negeri. Nilai hartanah PKNNS bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 masing-masing RM45.36 juta, RM43.12 juta dan RM42.18 juta.
Terdapat beberapa kelemahan dan tindakan terdahulu yang perlu diberi perhatian supaya tidak berulang, antaranya adalah seperti berikut:
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.
G.  YAYASAN NEGERI SEMBILAN - YNS Management Sdn. Bhd.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM ditubuhkan pada 15 September 1988 dengan nama N.S. Concentrate Rubber Sdn. Bhd. dan ditukar nama kepada YNS Management Sdn. Bhd. Pada 22 Februari 1992.
Pada awal penubuhannya, fungsi syarikat ini adalah untuk menyediakan kakitangan bagi perkhidmatan pentadbiran dan teknikal kepada Yayasan serta syarikat subsidiari Yayasan. Di samping itu, YNSM juga menjalankan perniagaan urus niaga saham, menyediakan perkhidmatan pembersihan, pengurusan tempat letak kereta dan percukaian.
Aktiviti YNSM bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 lebih menjurus kepada perkhidmatan pembersihan, sewaan kenderaan, pembekalan komputer dan perkhidmatan sewaan papan iklan elektronik.
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mei hingga Jun 2011 mendapati pengurusan YNSM secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan.
YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta.
Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
H. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
Negeri Roadstone Sdn. Bhd. (NRSB) ditubuhkan pada 22 April 1974. NRSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayar berjumlah RM4 juta pada RM1 sesaham yang mana Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) memegang 51% saham.
Objektif penubuhan NRSB adalah untuk menjalankan aktiviti penggalian, jualan batu-batan, kerja-kerja pembinaan/kontrak, penurapan jalan dan infrastruktur. NRSB mempunyai sebuah syarikat subsidiari iaitu Roadstone Construction & Development Sdn. Bhd. (RCDSB) yang telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 10 April 1991. RCDSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.10 juta bernilai RM1.00 seunit dan 100% milik NRSB.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.


02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di jitra - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik <b>Di Langkawi</b> Episod 2

Posted: 09 Oct 2012 04:37 PM PDT

Tu dia. Bagi sesapo yang nak skodeng episod sebelum ni sampai mata keluar ketumbit, silo skodeng

Episod 1 : Bas Double Decker

Okey bebeh, kito sambung laie kisah percotian atok satu maso lalu. Sajo nak feeling kenangan terindah kekdahnya. Haritu atok berhenti takat mana ek?...ok2, takat didih tunggu kedatangan feri.

Memandangkan kami dah siap-siap tompah tiket awal-awal, so kami diberi kelebihan bertolak awai. Kalau nak ikutkan itu pestime tau atok naik feri. Haku ni manjang pestime ke kan. Masa masuk tu atok naik feri yang saiz sederhana yo. Dalam tu agak usang dan sompit sikitlah. Puas atok cover perut atok untuk masuk celah-celah tempat duduk hujung sekali. Nasib baik saiz pinggang atok 31 hinci setengah. Motep bagitau??
Jap2...haku kasi zoom 8 kali....
Pastukan, atok pun melayan perasaan dalam feri tu sambil pandang luar. Mulo-mulo atok nampak feri-feri kat pelabuhan tu. Pastu dah depan sikit atok nampak laut dan ombak. Hujung lagi depan atok dah nampak laut tu warna biru pekat. Atok takut laut. So, atok pun terus tak pandang luar tingkap lagi. Ngadap je seat depan muka aku tu. Layan punyo layan, akhirnya atok pun terlolap dibuai mimpi. Mimpi ker??
Sodar-sodar yo dari mimpi, atok bau masam. Atok syak mesti ado orang yang muntah dalam feri ni. Pastukan atok rasa leher atok dah tegang urat. Raso macam lamo sangat atok dalam feri tu. Tak silap atok sekitar 2 jam atok duduk dalam feri tu. Suasano yang senyap tadi dah macam hiruk sikit. Agaknya orang lain pun dah bangun dari tido. Pastu atok toleh la kat kawan-kawan yang lain. Masih lagi diulit mimpi sambil mulut masing-masing ternganga.
Atok laju-laju toleh ke luar tingkap. Air laut yang biru pekat tadi dah tukar warna hijau. Atok dikelilingi  kepulauan yang banyak dan nampak indah sekali. Raso macam di satu tempat yang lain. Macam kat Langkawi. Er...maksud atok, macam di sebuah tompek yang sangat indah macam alam kayangan. Sungguh cantik ciptaan Allah S.W.T....Bukan S.A.W ye MizzNani...opss...
Pastu atok nampak helang banyak sangat terbang kat situ. Tiba-tiba tak jauh dari situ atok nampak helang sangat besar!...Ooo...patotlah  tugu helang rupanya...Situ pun ado kapal-kapal mewah, feri-feri dan bot-bot kecil. Cantik sangat sampaikan atok tak dapat nak gambarkan camna...
Keluar-keluar je dari feri, masing-masing terus bersusun buat aksi wajib....posing...pose punya pose, pastu atok dan kawan-kawan ni tadi terus cari van sewa untuk ke destinasi yang seterusnya. Ke manakah ittew? Nantikan episod seterusnya....Papaiiii.......zzzzzzzzzzZzzzzzz...Kroihhhh......

psssst, nak habaq mai ni...Eqbal Zack blogger pemes tu like status fb atok tau....kau hado??*matiler, i riak

yang bawah komen tu Ucu atok...leh usha blog dia kat [SINI]

Episod 3 : Jumpa Mak Jemah

Apo2 Yolah: Pengalaman Bercuti : Tempat menarik <b>di Langkawi</b>

Posted: 07 Oct 2012 04:37 PM PDT

Tiber-tiber atok terimbas kembali saat percotian masa lalu. Feeling ombak rindu katanya. Percutian ke Langkawi. Maso tu atok naik bas. Dah lamo atok tak naik bas. Naik bas double decker. Itu pestime atok naik bas dua tingkat. Gayat tak gayat kata ko. Mula-mula tu takutla kan. Buatnya bas ko tu buat drift selekoh maut. Tak meninggal aku masa tu??
Ok fine. Atok naik bas ni bas double decker durian tunggal. Ke durian burung?. Ok fione, durian tunggal tu sebuah nama tempat di Melakau!  -__-'
Maso tu atok pergi Langkawi malam. Berjimba dongan rakan sekerja katanya. Atok naik bas ni sangat seleso dan sonyap sepanjang perjalanan. Cumo eh yang atok tak berkonan, dio pasang pendingin hawo kuek bona sampai mencucuk ke tulang hitam. Err...tulang kaler itam ko?...
Haaa...maso dalam bas tu, boleh dibilang dongan jari destinasi berhenti nak terkoncing bagai. Bas tu tak suko-suko berhenti. Yelah kalau sumo orang nak terkoncing setiap 1 kilometer perjalanan, alamat tahun 2020 baru ko sampai langkawi. Mano yang tak tahan tu, silo bawak pempers anak ko lebih.
Kami bertolak dari Terminal 1 somban jam 11 malam. Sampai yo di perhentian mana ntah atok dah lupo. Sahab perdano ko apo. Ke inspekter sahab. macam tulah. Perhentian kat kedah sana. Atok sampai subuh. Pastu solat mandi segalo, kami pun terus naik bas lompat-lompat tu. Ko tahu, atok gayat naik bas tu. Dio ado konduktor bas! Kali terakhir atok jumpo kondoktur bas maso atok sekolah rendah dulu. Rindu nak jumpo uncle kondukter. Kekdahnya.
Kat sana dia panggil sen tu kupang. Pakcik tu kata seringgit lima kupang. Atok ingat kan kupang yang sejenis haiwan laut eksotik tu. Ke namanya kepah?? Ok, malam-malam ni aku dah nyanyok. 
Ok, lepas tu bas tu berhenti kat pelabuhan feri kuala kedah. Itu pestime atok sampai sana tau. Maso tu ramai sangat orang beratur nak beli tiket ferari....tiket FERI...nasib baik kami dah siap booking tiket awai2. So tips untuk ecah kalau tak mau beratur beli tiket, sila booking awai2 na....
Nak tahu kisah selanjutnya?.....ha nantikan episod akan datang yo.....atok nampak bantal polok yo ni...papaiiii.....zzzzzzzzzzzz......kroihhhhhhhh..

Episod 2 : Naik Feri

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Day #2 – Puncak Tertinggi Ke Lembah Dan Lautan | Hidup Biar Sedap

Posted: 02 Nov 2012 06:09 PM PDT

Kami mulakan awal pagi melepasi Daerah Krian ke utrara.

Gunung Jerai destinasi pertama. Saya pertama saya menjejak puncak tertinggi di Kedah ini pada tahun 1984. Merdeka selepas habis SPM, kekononnya…. hiks!

image

Tahun 2011 saya datang bermalam di sini tanpa suami yang ketika itu masih di Algeria.  Entri tahun lepas – Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

image

Hampir 3 jam juga leka menyedut udara segar dan persekitaran yang mendamaikan, kami bergerak turun.

Memandu melepasi Guar Cempedak dan membelok ke Jalan Sedaka.

image

Perpandukan GPS, kami tiba ke Jambatan Pulau Bunting.  Jambatan dari tanah besar ke pulau ini amat jelas kelihatan dari puncak Gunung Jerai sehingga menimbulkan minat untuk menjejak. Lokasi ini tidak diwartakan secara rasmi, jadi pandai² sendirilah mencari jalan untuk tiba ke destinasi.

Tanpa papantanda dan jalan separuh kerikil kami selamat ke destinasi ini.

image

Jambatan kontroversi politik ini terbiar separuh siap dan menjadi port kaki pancing.  Panjang jambatan ini  kira-kira 2KM yang hanya boleh dilalui oleh motosikal, basikal atau berjalan kaki.

image

Ada penjual makanan dan minuman di gerai sekitar kawasan ini  yang menyewakan motosikal dengan harga RM 5 sebuah.

image

Pasangan rempit warga emas…hihihi..nampak Along update Instagram dia letak gambar "mama dan abah kitew rempieww teeewww…."

Lepas tu kami bergerak berpandukan GPS lagi melalui jalan Sungai Limau, Kota Sarang Semut dan melepasi Seberang Sala ke Kuala Kedah.

Tujuannya untuk ke Muzium Kota Kuala Kedah.  Galeri muzium ditutup untuk kerja penyelenggaraan, jadi kami hanya melihat kawasan komplek kota dari jauh.

image

Kemudian kami memasuki bandar Alor Setar ke Muzium Negeri dan Muzium Padi di kaki Gunung Keriang.

Selepas habiskan masa di Alor Setar , kami ke Kuala Perlis.  Bukan nak pergi Langkawi tetapi cuma untuk bermalam dan makan ikan bakar.

sent from my GT-i9300

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. A Breath Of Fresh Air @ Gunung Jerai
  2. Kampung Sg Pasiaq, Sg Petani
  3. Jerai Hill Resort – Kenangan Setahun
  4. Terlalu Indah Untuk Dibiar Tanpa Erti…
  5. Tambatan D'raja Dan Menara Tinjau
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved