ads

Sabtu, 17 November 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Agama Islam <b>Negeri Kedah</b> - Jawatan <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 08:24 AM PDT

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan bertujuan untuk menolong dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri di dalam perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan Agama Islam di negeri ini.
Pada 15 Mei 2008, Pentadbiran Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Kedah diletakkan di bawah pengurusan Ketua Jabatan yang berasingan. Majlis Agama Islam Kedah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, manakala Jabatan Agama Islam Kedah diketuai oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan berikut
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17
Tarikh Tutup Permohonan: 16 Mei 2012

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Ucapan Mengampu Ketua Pemuda PAS <b>Kedah</b>, Menjijikan <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 03:46 AM PST

Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah sememangnya sedang bergelut dengan imejnya sendiri. Dia cuba mendapatkan tempat dalam PRU13 nanti mewakili PAS. Dan dia juga cuba menonjolkan diri sebagai generasi pelapis yang disayangi oleh pemimpin-pemimpin tua PAS. Malangnya, Ahmad Yahya yang cuba membodek kaum tua yang membarisi saf ulama PAS, sekadar membuatkan beberapa orang perwakilan dari Kedah menjuihkan bibir dan menjungkitkan kepiah putih masing-masing. 

Dalam ucapannya, Ahmad Yahya menyentuh tentang wala' atau kepatuhan ahli bawahan kepada pimpinan, akidah serta isu mengenai hukum, terutamanya hudud. Menurutnya, hanya pemimpin yang digelarkan ulama sahaja yang boleh mengulas tentang hal-hal berkenaan. Dek kerana itu, katanya lagi, ulama perlu dikembalikan fungsinya yang sebenar sebagai pimpinan tertinggi PAS. 

Ucapannya memang mendapat pujian daripada kebanyakan perwakilan dan pemerhati. Apatah lagi, PAS sangat bergantung kepada 'kaum ulama' yang membezakan parti tersebut dengan UMNO. PAS perlu mengekalkan imej Islamnya dengan memasukkan dan mengekalkan elemen paling utama iaitu ULAMA walaupun kebanyakan ULAMA yang dilabelkan oleh ahli-ahli PAS itu sebenarnya tidaklah aula keulamaan mereka, memandangkan kebanyakan daripada mereka mempunyai latar belakang akademik yang terlalu umum.

Ucapan Ahmad Yahya memang hebat, seperti hebatnya ucapan Anwar Ibrahim dan berdegar-degarnya ceramah Sukarno. Bagaimanapun, seperti kebanyakan mereka yang dianugerahkan Allah Taala dengan kebolehan berceramah dan petah bercakap, Ahmad Yahya turut menyimpan susuk hitam dalam keperibadiannya. 

Permusuhannya dengan Pemuda PAS Kuala Kedah, bukan lagi satu rahsia. Disebabkan itulah, ucapan Ahmad Yahya tentang wala' dilihat lebih banyak menjurus kepada mereka. Ahmad Yahya cuba mengingatkan perwakilan dan pemerhati dari Kuala Kedah bahawa sebagai pemimpin utama Dewan Pemuda PAS Kedah, wala' harus diberikan kepadanya tanpa banyak sanggahan. Apa-apa sahaja yang dikatakannya, tidak boleh dibantah kerana konsep wala' dan dia pula adalah seorang tsiqah kerana menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Kedah.

Itu yang dirasakan oleh perwakilan dan pemerhati dari Kuala Kedah. Sebahagian besar ucapan Ahmad Yahya memang ditujukan kepada mereka, walhal berbanding Ahmad Yahya, rata-rata Pemuda PAS Kuala Kedah bekerja cukup keras untuk memastikan Kuala Kedah kembali ke tangan PAS. Apatah lagi, PKR yang memenangi Kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2008 lalu, sebenarnya terlalu bergantung kepada Pemuda PAS untuk menang.

Pada PRU yang lalu, PAS dan PKR menyapu bersih kesemua kerusi di Kuala Kedah. PKR menguasai Kerusi Parlimen Kuala Kedah, manakala PAS pula menguasai Kerusi DUN Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor. Sesiapa pun tidak boleh menafikan kerja keras Pemuda PAS Kuala Kedah dalam usaha menguasai kesemua kerusi di Kuala Kedah.

Bagaimanapun, Ahmad Yahya yang kemaruk kuasa, tidak dapat menerima kenyataan berkenaan. Para pemimpin Pemuda PAS Kuala Kedah dilihat sebagai pesaing utamanya sama ada untuk jawatan Ketua Pemuda DPPNK mahupun dalam usaha menolak Mat Sabu atau calon import ke Kedah mewakili PAS. 

Dalam ucapan membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Ahmad Yahya turut membelasah beberapa orang pemimpin yang disifatkannya sebagai 'panjang tangan' dan 'panjang lidah' sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli-ahli. Selain itu, dia turut memuji Salahuddin Ayub yang balik ke Johor untuk bertanding. 

Berkata Aris Awang, Setiausaha PAS Kuala Kedah, "Ingatkan Ketua DPP Kedahmencari jalan merapatkan jurang tetapi ianya semakin menambahkan parah."

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: 60 rumah <b>di Pendang</b> dilanda banjir petang <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 06:00 PM PDT

PENDANG - Kira-kira 60 buah rumah di 15 kampung di daerah ini ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kubang Kuar, Banggol Kambing, Seberang Pendang, Jalan Kampung Baru Sungai Tiang, Pondok Haji Hussin, Tanjung Radin dan Ayer Puteh.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pendang, Roshasniza Roski berkata kejadian berlaku pukul 3 petang semalam dan membabitkan kediaman di kawasan rendah yang terletak berhampiran Sungai Pendang.
Katanya JPAM Pendang kini dalam keadaan bersedia untuk memindahkan mangsa jika paras air banjir meningkat.
"Setakat pukul 11 pagi tadi, paras air Sungai Pendang berada pada paras 2.8 meter dan jika hujan lebat berterusan hari ini mungkin paras air sungai meningkat dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Roshasniza berkata rata-rata kediaman terbabit yang merupakan rumah dua tingkat ditengelami air sedalam 0.5 hingga satu meter. - Bernama

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Kita suka menuliz: TRIP TO GUNUNG <b>JERAI</b>

Posted: 11 Nov 2012 06:45 AM PST

Assalamualaikum...

So malam ni reena akan start cerita tentang trip ke Gunung Jerai,Kedah..My lovely hometown.Well sebelum cuti sekolah my school had organized satu trip lah just for student geography sahaja.Sebelum tu reena nak bagi tahu yang reena sekarang ni sambung belajar di PRA U.Reena lebih suka sambung PRA-U walaupun reena dapat tawaran masuk ke tempat lain.

Ok sambung balik pasal trip tu.Reena pergi dengan my classmates hari sabtu.Semua berkumpul di sekolah dulu sebelum departured dalam pukul 8.30 a.m after drebar bas tu silap sekolah..=..=
Trip lah katakan jadi sewajarnya bawa bekalan makanan hahaha.

Jom checkout gambar yang diambil sepanjang mendaki sampai ke puncak Gunung Jerai tu ya.


Taraaa!!Reena dah sampai.Meet my geography teacher.Oh ya!Please dont say anything about my high ok :)
Pic ni otw ke atas.Semua kena jalan kaki.And cikgu sendiri cakap yang semua perlu daki almost 12 km.Tersembur kawan dengar.Tak menyangka kena mendaki sejauh tu.Without any kinds of preparation reena hanya mampu berjalan 6-7 km yang lebih pak cik van tolong bawa.hahaha..

Pictures di bawah ni semuanya view di puncak dia jugalah.Sebab dalam 2 km lagi barulah sampai ke puncak gunung sebab di situ ada sebuah hotel.



Yang ni muzium perhutanan.Memang dalam muzium ni penuh dengar binatang yang kita tak pernah jumpa pun ada juga.Tapi memang banyak jugalah informasi yang reena dapat.




Lepas tu atas puncak ni juga ada waterfall.Memang reena admit the bestlah dengan kabus yang tebal pula tu.Sejuk plus nyaman saja rasanya.

Ehem..Gambar tuan blog wajib ada.Hahaha..
TIPS UNTUK MENDAKI GUNUNG
  • Reena nasihatkan sebelum pergi mendaki luangkan sedikit masa untuk lakukan latihan terlebih dahulu.Ini untuk mengurangkan keadaan 'terkejut' sewaktu nak mendaki nanti.At least lakukan senaman contohnya macam jogging.
  • Dalam bag nak di bawa sewaktu mendaki jangan di penuhi dengan makanan tetapi dengan first aid kit
  • Sewaktu mendaki pastikan berjalan bersama partner anda so nanti kalau ada apa-apa masalah yang seorang lagi boleh membantu
  • Lastly,sewaktu mendaki tu janganlah terlampau seronok sangat.Kita nak seronok boleh tapi ada limit dia
  • Jangan di lupakan makanan juga..hahahha
  • Bagi sesiapa yang nak memandu sampai ke atas berhati-hatilah sebab jalannya memang mempunyai selekoh yang agak tajam
  • Perkhidmatan van disediakan juga..seorang RM 6

Hopefully,tips yang reena bagi ni boleh dijadikan sebagai panduan..Entry panjang jangan kata apa-apa..:)
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved