ads

Jumaat, 14 Disember 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Masih ingat kisah kapal terbang terhempas <b>di Sintok</b> <b>...</b> - Tinta Jambu

Posted: 06 Nov 2012 08:35 PM PST


Malam tadi mimpi.. Nampak Segerombolan awan berlari2 sambil petir dan guruh sambar menyambar.. Awan berupa manusia kemudiannya tercogok kat bucu rumah.. Pastu bila terlolap.. Terasa mcm jantung tersentak.. Pagi ni bangun.. Dengar berita kenalan mak.. Jiran kami dulu.. Cikgu Jalal kembali ke rahmatullah.. Innalilla wainna lilla hilirodjiun.. Al fatihah. Ada dikalangan yg masih ingat kisah juru terbang buat latihan penerbangan di Kedah beberapa tahun dulu meninggal dunia kapal terbang terhempas? Wasiat akhir cikgu jalal.. Kebumikan jenazah dia bersebelahan pusara anaknya.. Allah Akbar..

Di atas saya update di FB saya. Mungkin kebetulan.

Bila pagi tadi mendengar perbualan mak dengan Kak Dah, keluarga angkat kepada Allahyarham Lt. Mai Einy Sefrina Jalaluddin, tergambar di benak fikiran saya kejadian kemalangan yang menimpa pada 12 Ogos 2003. 9 tahun sudah peristiwa itu berlaku dan kesedihan masih dapat dirasakan dalam naluri kemanusiaan saya.

Hari ini ayahanda kepada srikandi ini pula kembali ke Rahmatullah, dikhabarkan sakit tua. Cikgu Jalal meninggal dunia di rumah anaknya di Kuala Lumpur.

Innalillah wainna lilla hilirodjiun, Al-Fatihah kepada kedua-dua mereka.

Dari tanah kita datang.. kepada tanah juga kembalinya kita.. Kembali abdi mengadap Ilahi.
Di bawah, dapat saya cari melalui enjin carian google. Sekadar berkongsi cerita untuk kita saling bermuhasabah diri.
Kesedihan saya terimbas kembali.. kerana keluarga kami juga rapat dan pernah berjiran. Ya Allah, berilah kekuatan kepada keluarga mereka di atas perkhabaran sebegini. Amin.
 Lt Mai Einy Sefrina Jalaluddin

SINTOK: Seorang juruterbang wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Batu 25, Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, dekat sini, semalam.

Kejadian itu adalah nahas pertama membabitkan pelatih wanita sejak TUDM mengambil juruterbang wanita sejak 1986.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Mohd Aris Ramli, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari ketika juruterbang pelatih itu melakukan latihan penerbangan di ruang udara sekitar kawasan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Roslan Salam ketika dihubungi, berkata pelatih terbabit Leftenan Mai Elny Sefrina Jalaluddin, 23, adalah dari Kolej Tentera Udara Alor Star.

Mai Elny yang berasal dari Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah mengambil bidang Kursus Asas Juruterbang di Pusat Latihan Terbang Satu (Pulatibang 1) di kolej itu sejak 2001.

Kedua-dua ibu bapanya berlepas dari Pangkalan TUDM, Subang, Selangor ke Alor Star pada jam 7 petang semalam untuk melihat jenazah anak mereka.

Jenazah mangsa dikeluarkan dari tempat kejadian petang semalam dan dihantar ke Hospital Alor Star untuk bedah siasat.


Pesawat satu tempat duduk terbabit berlepas dari Pangkalan TUDM di Kepala Batas dekat sini pada jam 11.19 pagi semalam untuk latihan penerbangan solo.

Pesawat dilihat menjunam ke dalam kebun getah dan terbenam kira-kira enam meter ke dalam tanah menyebabkan ia berkecai.

Cebisan bangkai pesawat berkenaan juga bertaburan dalam lingkungan 100 meter di kawasan nahas.

Dua jentera pengorek milik orang awam dipanggil kira-kira jam 3 petang untuk membantu pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dan bangkai pesawat.

Sehingga jam 6 petang, kerja mengeluarkan cebisan pesawat dan mayat mangsa masih belum selesai.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota TUDM, polis dan 32
anggota Bomba dan Penyelamat dari Bukit Kayu Hitam.

Beberapa saksi berkata pesawat itu dilihat terbang rendah dari arah Lebuhraya Changlun-Sintok dengan deruman enjin kuat sebelum menjunam ke dalam kebun getah di situ.

Saksi, Hasnah Abdullah, 57, berkata beliau mendengar deruman enjin pesawat yang kuat ketika berada di dalam rumahnya yang terletak 200 meter dari tempat kejadian.

"Pesawat itu seperti terlalu hampir dengan rumah dan kemudian saya mendengar dentuman yang kuat dalam kebun getah," katanya di tempat kejadian.

Hasnah kemudian berlari ke tempat kejadian dan mendapati pesawat berkenaan hancur dan beberapa cebisan mayat mangsa turut dilihat di sekitar situ.

"Apabila melihat keadaan itu, saya tahu tidak ada apa-apa bantuan yang dapat diberikan dan gementar apabila melihat cebisan anggota manusia," katanya.

Pemilik kebun getah tempat kejadian itu berlaku, Halim Din, 63, berkata beliau sedang bekerja di kebunnya apabila melihat pesawat itu terbang rendah menuju ke arah kebunnya dan menjunam.

"Pada mulanya tidak kedengaran enjin pesawat hingga ia dekat dengan kebun baru saya mendengar bunyi enjin yang amat kuat sebelum terjunam kira-kira 150 kaki (50 meter) dari tempat saya bekerja," katanya.

Bagaimanapun, Halim berkata beliau tidak pergi ke tempat itu kerana takut tetapi memanggil beberapa penduduk lain. Katanya, beberapa minit kemudian pasukan Bomba dan Penyelamat tiba. 

Trainee pilot dies in crash
BY ANTHONY TAN AND IAN MCINTYRE
Searching in progress at the crash zone.

CHANGLOON: A trainee pilot who aspired to be the first woman to fly a B-733 transport aircraft was killed when her Pilatus PC7 crashed into a rubber estate near here yesterday.

Leftenan Mai Elny Sefrina Jalaluddin, 22, died on the spot in the incident, which occurred at Jalan Bukit Kayu Hitam at 12.20pm.

The pilot had left on a solo training flight from the RMAF College in Kepala Batas, Alor Star at 11.19am.

Some eyewitnesses claimed they heard an explosion and saw a lot of smoke before the plane plunged to the ground.

Pieces of the wreckage were strewn as far as 50m from the spot where the plane crashed.

A large crowd gathered to watch from a distance as the site was cordoned off.

Search and rescue workers comprising personnel from the RMAF, Fire and Rescue Department, Civil Defence Department and police took hours to dig out the wreckage. The cockpit was embedded several metres in the ground.

Lt Elny's body was removed from the wreckage at about 6.45pm and sent to the Alor Star Hospital mortuary.

Halim Din, 63, who claimed to own the plot where the plane crashed, said he saw the aircraft tilting before it nose-dived into the ground.

"The wings hit the rubber trees on the way down," he said.

Hassan Lebai Seman, 65, said the aircraft sounded like it was having engine trouble before the crash. He said there was an explosion and smoke when the plane hit the ground.

In a statement, RMAF public relations officer Mejar Roslan Salam said the air force would investigate the cause of the crash.

Lt Elny, the fifth of six siblings, is from Kampung Beting in Kuala Pilah, Negri Sembilan.

In May, she told Utusan Malaysia she had rejected offers to study at Universiti Tenaga Nasional and Universiti Teknologi Malaysia because she wanted to pursue her ambition of becoming a pilot.

The article in the newspaper's "Gaya Tentera Armed Forces" column had quoted her as saying she was confident that women could succeed as pilots even though the profession was dominated by men.

In KUALA PILAH, Simon Khoo reports Lt Elny's elder sister Maishas Zima Jalaluddin as saying her sister got engaged to an RMAF pilot during the last Hari Raya.

She was supposed to graduate from the RMAF college in November, she said.

"I am stunned. She had called me earlier in the day asking me questions on skincare treatment.

"It was the first time she called me on my cellphone but since I was busy with my work, I told her I would call her later," said Maishas, 31. 


02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Fuh!! Misteri : Penunggu Gunung <b>Jerai</b>, Yang Menjadi Misteri

Posted: 08 Dec 2012 06:34 AM PST


lokasi perkampungan bunian

Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.

"Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.

En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.

Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi.

En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.

Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.

"Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya.

Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !

"Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi.

Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?

Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.

"Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !" jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?

Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. "Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! " beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.

"Sayalah Puteri Delima !" kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. "Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! " kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.

En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.

Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.

Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.

Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.

Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.

Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.

En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.

Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.

"Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,"kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.

Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.

Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?

En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.

En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.

Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.

Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.

Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. "Ini kerja bunian," berkali-kali dikatakan begitu.

Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.

"kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian " pesan En.Ramli.

Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.

Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, "hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! "

Fuh!! Jom Baca Entry Terbaik Lain!! : Fuh Misteri, Fuh Seram

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

sumijellymanis: Menyulam cinta <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b>

Posted: 12 Dec 2012 12:52 AM PST


Tajuk sangat 'ombak rindu'.. sungguh drama-drama.  Sulam la sangat.  Tak kisahla kan nak menyulam cinta ka menanam cinta ka apa.  Takdak sapa nak marah pun sebab pi dengan laki sendiri.  Bukan pi dengan laki orang atau laki bukan siapa-siapa.  Hew hew hew ! Petang-petang gini, cuaca redup.. hujan pula.  Intro pun sedikit gampang ! Padahal singgah sekejap jer pun di situ.  Itupun selepas pergi berurut kat seorang tukang urut muda belia yang aku kenal sejak dari  dalam berpantang Rumaisa.  Nama dia Ina.   Ina ni dok kat taman apantah namanya di belakang Pasaraya Aneka Gurun.    Dia amik upah mengurut murah saja.  RM30 untuk satu badan, dan untuk wanita sahaja.  Sapa-sapa yang mahu mencuba khidmatnya bolehlah pm aku untuk dapatkan nombor henponnya ;)   Bagus sangat, citer Gunung Jerai dah jadi citer tukang urut berkaliber pulak.  Mak memang selalu terkeluar dari landasan.  Ok, memang sengaja aku mempromot khidmat beliau kerana bagi aku memang puas sepenuh hati dengan perkhidmatan yang diberi. 
Mari sambung cerita Gunung Jerai ni.  Ini kali kedua aku pi sana.  Pertama kali masa aku bujang-bujang lagi, pi dengan kawan-kawan sepengajian, berbelas tahun yang lepas iaitu pada tahun 1997 kalau tak silap.  Dalam 10 orang kot kami pi.  Separuh mendaki yakni kawan-kawan yang gagah perkasa, yang lemah lembap macam kitorang ni naik sajalah van yang tersedia kat bawah tu.  Masa tu suasananya agak sunyi, seram-seram sendu.  Yang ada hanyalah pemandangan hijau dengan beberapa pondok  untuk berehat-rehat dan mengambil angin.  Juga terdapat sungai kecil yang airnya pun mengalir sendu.  Sempatlah kami masak nasi berlaukkan sardin dan juga teloq goreng.    Sedap jugak.  Lepas tu dalam pukul 4 petang, kabus tetiba menyelimuti kawasan situ sehingga membatasi penglihatan kami.  Dipengaruhi oleh rasa seram-seram, kamipun bersiap-siap turun awal.
Kali kedua pi ialah baru-baru ni, pada pertengahan bulan lepas.  Aku pi dengan EnWTT. Mula-mula pi kat kaki tu saja sebab nak tengok-tengok apa yang ada dan dapatkan maklumat tentang tempat menarik di atas gunung sana, di mana maklumat ini boleh didapati di kaunter The Regency Jerai Hill Resort yang terletak di kaki gunung.  Dengan harapan balik sekali lagi buleh la bawak ahli keluarga yang lain bercanda ria di atas sana.  Lepas dah kautim-kautim dengan pakcik driver van kat situ rasa macam rugi pulak tak naik.   Buleh menggunakan kenderaan sendiri untuk menaiki Gunung Jerai tetapi jalannya agak mengerikan bagi aku la sebab terdapat banyak selekoh patah.   Lagi selamat kot naik van.  Tapi ramai juga yang naik dengan kenderaan sendiri.  Pilihan di tangan anda.  Sewa untuk naik dan turun dengan satu van ialah RM60 untuk satu van tetapi sekiranya penumpang melebihi 6 orang, pemandu akan mencaj RM10 untuk satu kepala.  Van dia, dia punya sukalah nak caj cemana kan, mak pun pasrah aja.  Kitorang ada menumpang satu family yg menyewa van untuk naik ke atas.  Jadinya tambang pergi balik aku dengan EnWTT ke Gunung Jerai pada hari kejadian ialah RM20 untuk kami berdua.  Perjalanan pergi dan balik masing-masing selama 25 minit.
Sejak Regency membangunkan penginapan di atas sana, boleh dikatakan suasana yang aku tengok berbelas tahun yang lepas berubah seratus peratus.    Memang sangat cantik tempat tuh, terkagum aku seketika dibuatnya.  Tapi kami duduk tak lama, sekitar setengah jam saja kerana pakcik driver van yang kami tumpang naik tu sudah memanggil-manggil untuk pulang ke destinasi.
Jadi hanya gambar-gambar yang dapat bercerita akan keindahan Gunung Jerai pada paras ketinggian 986meter dari aras laut.   Jommm tengok.

 
Dan di bawah ini adalah sebahagian daripada pemandangan yang dapat dilihat di kawasan The Regency Jerai Hill Resort ini. Kalau berpeluang silalah datang melawat, sungguh tidak rugi.




Dan ini antara penginapan dan kemudahan yang ditawarkan kepada pengunjung ke sana.












 
Dan yang paling menjadi kegilaan sudah tentulah tumbuhan berbunga serta orkid liar yang di tanam di sekitar kawasan ini.  Sangat cantik.  Bila sampai part bunga ni tetiba rasa macam dok kat obersi ko...

  






  
 

 


Apa maciam sikalang ?  Ada rasa mau pergi itu gunung ?  Ya, dipersilakan.  Pasti akan menjadi sebahagian kenangan manis dalam diari cuti-cuti Malaysia anda.    
 




02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


3,000 Pengakap Berkampung <b>Di Langkawi</b> | MyNewsHub

Posted: 11 Dec 2012 10:35 PM PST

KUALA LUMPUR – Seramai 3,000 pengakap dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Pakistan, Seri Lanka dan Belanda akan berkampung selama enam hari di Langkawi, Kedah bermula 12 Disember ini.

Unit Komunikasi Korporat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui satu kenyataan memberitahu, perkampungan itu bersempena program `1Malaysia Langkawi Geopark Maritime International Scout Jam-Moot' sehingga 17 Disember 2013.

"Program yang menghimpunkan lebih 3,000 pengakap Malaysia dan luar negara ini julung kali diadakan di Malaysia.

"Tema program hasil kerjasama Pengakap Kelana Seri Angkasa dan LADA ini adalah Geopark, Maritim dan Pelancongan (Jambori Sambil Melancong)," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, program berkenaan dijadual dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 14 Disember ini di perkarangan Parkir B Oriental Village.

Kata kenyataan itu, majlis perasmian akan turut dihadiri Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: <b>Pendang di</b> landa ribut

Posted: 13 Dec 2012 04:00 PM PST

Lebih 50 rumah di Pendang rosak dilanda ribut
PENDANG - Lebih 50 buah rumah di tiga buah kampung iaitu kampung Bukit Cepat, Alor Nan dan Bukit Kobah dekat sini rosak teruk di bahagian bumbung akibat dilanda ribut.
Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam turut mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap rumah penduduk sehingga ada beberapa buah rumah yang diperbuat daripada kayu roboh sepenuhnya.
Che Puan Morad, 55, berkata dia mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila seluruh bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat dan kelengkapan rumah termasuk perabot serta barangan elektrik rosak terkena hujan.
Katanya ketika kejadian dia berada di rumah bersama dua cucunya yang baru sahaja berkhatan dan tiba-tiba deruman angin kuat datang sekali gus menerbangkan bumbung rumah dalam sekelip mata.

"Masa itu hujan lebat dan disusuli angin kencang. Dalam sekelip mata sahaja saya tengok bumbung dah tak ada tapi syukur saya dan cucu selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Mokhtar Abd Wahab, 56, dari kampung Alor Nan berkata ketika kejadian dia sedang berehat di hadapan rumah seorang diri dan nampak angin berwarna putih memutar beberapa buah rumah sebelum melanda rumahnya.
Katanya disebabkan terlalu takut dengan kejadian itu dia segera melaungkan azan beberapa kali sambil menangis dan segera masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan anak dan isteri yang berada di dalam rumah.
Mohd Hazir Chat, 35, berkata dia kerugian lebih RM15,000 apabila sebahagian tingkat atas rumahnya berstruktur papan musnah keseluruhan selain dua motosikal yang berada di bahagian bawah rumahnya.
Kebanyakan mangsa kini terpaksa berteduh di dalam rumah yang tidak berbumbung dan ada yang menetap di rumah saudara mara sambil mengharap bantuan daripada pihak berkaitan bagi membaik pulih rumah dengan segera - Bernama
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved