Selasa, 25 Disember 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Jadual Rock The World 2012 <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b> | AmazingNara

Posted: 25 Dec 2012 01:25 PM PST

Peminat rock sekalian pastu tahu tentang Rock The World 2012 ini kan? di sini admin ingin berkongsi jadual persembahan yang akan berlangsung selama sehari itu. Rock The World 2012 membawakan 3 stage yang terbahagi kepada Main Stage, Noisy stage dan Indie Pop Stage.

Rock The World 2012

Projek Gaharu <b>Di</b> Danok Thailand Dan <b>Merbok</b> Kedah - Usahawan <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 07:41 AM PST











Projek Di Danok Thailand 6000 Pokok




Merbok Kedah dalam 1000 Pokok

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Gaduh <b>Di Sungai Petani</b>: Masjid Dibakar Penganut Hindu? Kuil <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 03:00 AM PST

Masjid Taman Ria Jaya yang didakwa akan dibakar… elok dan tidak terusik

Kalau cerita-cerita negatif, memang mudah sangat diterima, dipanjangkan dan digembar-gemburkan. Facebook, TWITTER, blog dan portal merupakan medium yang cukup hebat dimanipulasikan untuk kegunaan berkenaan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mewujudkan satu kawasan kekacauan yang bakal mencetuskan ARAB SPRING versi Malaysia yang melibatkan perkauman. 

Memang jahat niat dan perangai puak-puak nih. Bila diminta oleh semua pihak agar perkara sebenar disebarkan dan penafian tentang kekecohan tersebut dilakukan, mereka segera memusing cerita, kononnya cetusan perkelahian itu adalah disebabkan UMNO dan blogger-blogger UMNO pula yang menyebarkan cerita tersebut. Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya!

Sehingga ke Johor Bahru, berita dimaklumkan, terutama kepada orang Melayu-Islam agar bersatu padu untuk berhadapan dengan masalah perkauman. Sekali tengok, memang bagus sangat tetapi apabila diperhalusi, saranan tersebut sebenarnya mengandungi kejahatan yang amat tersembunyi. 

Untuk membuatkan orang ramai marah, cukup dengan mengatakan rumah-rumah ibadat hendak dibakar. Maka bersemangatlah masing-masing bagaikan bertih diletak di atas kuali panas. Meletup-letup!

Masjid Qaryah Taman Keladi juga dilaporkan akan dibakar, tetapi masih utuh dan anak kariah masih berjemaah dengan aman.

Malangnya, apa yang dikhabarkan kononnya beberapa buah masjid di sekitar Sungai Petani akan dibakar oleh penganut Hindu, TIDAK TEPAT sama sekali. Bahkan, penganut-penganut Hindu di Sungai Petani yang diberikan imej buruk oleh pihak-pihak tertentu, begitu menghormati keharmonian dan keamanan yang mereka kecapi di Sungai Petani. 

Selama lebih 100 tahun, masyarakat India yang banyak tertumpu di kawasan-kawasan estet di sekitar Sungai Petani sebelum Sungai Petani terwujud seperti sekarang, tidak pernah bermasalah dengan masyarakat Melayu yang menjadi teras di kawasan berkenaan. Begitu juga dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sungai Petani, tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat India di kawasan tersebut walaupun diapi-apikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. 

Tidak ada orang Melayu yang akan membakar dan memusnahkan kuil di Taman Ria, walaupun sms provokasi terus dihantar sehingga sekarang.

Belum pernah orang Melayu dituduh akan membakar kuil, tokong atau mana-mana rumah ibadat kaum bukan Islam. Tetapi masyarakat Melayu di Sungai Petani telah dituduh, AKAN MEMBAKAR SEBUAH KUIL penganut Hindu. Walhal, khabar-khabar angin tersebut langsung tidak berasas. 

Justeru, memang tepat benarlah tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat dan menahan sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan pergaduhan kaum yang lebih besar dan lebih buruk di kawasan Sungai Petani. 

Manusia seperti itu sebenarnya tidak layak langsung untuk berada di negara ini. Bahkan mana-mana ahli politik yang cuba menonjolkan diri dan kemudian mengaku kononnya, merekalah yang cuba mententeramkan keadaan selain menyalahkan pihak lain, wajar juga dihumban ke dalam Sungai Pattani yang mengalir lesu di tengah-tengah bandar tersebut. 

Unit Khas PDRM Bukit Aman sudah pun ditubuhkan dan akan bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar-penyebar berita palsu yang mahu melihat pergaduhan tidak lagi bertaraf pergaduhan budak-budak tetapi bertukar menjadi pergaduhan kaum sepertimana yang berlaku di negara-negara lain.

Harap-harap pihak berkuasa akan mempercepatkan usaha mereka menahan dan membanteras puak-puak yang berhati khaudu dan tidak mahu melihat keamanan dikecapi oleh rakyat Malaysia.

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Homestay Murah <b>di Kubang Pasu</b> Kedah | MuaturunSiNi

Posted: 22 Sep 2012 01:00 PM PDT

Kami menawarkan rumah penginapan/Homestay Semi D, conner lot, satu tingkat dengan harga yang berpatutan dan selesa untuk anda yang ingin berkunjung ke negeri Kedah khususnya di kwsn Kubang Pasu.Antara kemudahan:
- Bilik tidur 2 bilik lengkap dengan katil tilam serta almari pakaian
- 2 bilik air
- Dapur lenglap dengan kabinet dan alat memasak.
- Peti ais, iron, iron board, mesin basuh, tv dan lain-lain lagi
Kemudahan lain:
- 15 km ke uum
- 1km ke IPDA< Politeknik, IAB, ILP.
- Bank-bank serta kedai makan berdekatan.
- 500 m ke supermarket Yawata.
- 15 km ke Bandar Alor Setar.
- dari L/raya utara selatan exit Bandar Darulaman
Sewa semalam = RM 140.
Booking perlukan deposit
Sila hubungi jika berminat:
En. Tarmizi 013-2316731
Pn. sabiroh : 019-5767343

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Rumah Kayu Terbakar <b>Di Sik</b> - PjO putrajaya-online

Posted: 25 Oct 2012 11:05 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SIK - Sebuah rumah kayu di Kampung Kuala Temin, Mukim Jeneri dekat sini musnah dalam satu kebakaran awal Khamis. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik Pegawai Bomba Kanan I Hanapi Azizan ...

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Padang Terap</b> « Hangat Bangat

Posted: 05 Dec 2012 04:59 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Jawatan Kosong di Majlis Daerah Padang Terap. Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-. PEMBANTU KESIHATAN AWAM. MUAT TURUN ...

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Gieyana.Com ®: Ikan Bakar yg Awesome <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah.

Posted: 14 Oct 2012 11:27 PM PDT

Baru2 nie team saya yg tersayang sempat menjejakkan kaki di sini. Ini kiranya kali pertama saya sampai kat Tanjung Dawai nie. Suami dah banyak kali dah sampai psl rumah nenek dgn Tanjung Dawai nie memang dekat. Dari Merbok ke sini dalam 20 minit jer. Selalunya kalau pergi ziarah nenek, saya dan keluarga banyak kali ke Pantai Merdeka jer sambil lepak2..
Kali ni saja tukar selera dan suasana utk tgk dan membeli ikan2 kering dan seumpamanya kat sini. Tempat nyer best! Santai jer...Mostly kat sini ada jual ala2 macam kat Pangkor tue...nanti saya buat preview kat separate entry yer! (ni mau tunggu berkurun kot nak keluarkan entry! ngeh3..entry last day kat KL pon belum keluar lagi..oppss..insyaallah early next month saya ke KL lagi!)
First at all, sila layan gambar gediks Ummi bersama Abah yg di snap oleh photo cilik! Macam2 aksi haa dia suruh we all posing! Saya dah lupa nama kedai makan nie tp sepanjang deretan persisiran laut nie mmg ada kedai makanan..so uols boleh pilih  mana satu yg berkenan! hihihi... 









Komen saya pasal makan kat sini.
Harga seafood dia mengikut berat. Saya dan suami ambil ikan Jenahak, kalau kat Melaka panggil ikan Jenak kan? cuma RM25 jer sekali masak.Kalau kat Penang mostly RM35+..huhu
Then sotong goreng tepung dier memamg the best! terasa kesegaran sotong tue..cuma RM8.90/6 ekor sotong besar kalau tak silap saya.
Ketam size besar seekor siap masak cuma RM10.00. tue pon anak dara tue mmg suka bebenor dengan  ketam . Perghh..memang murah dan makan sampai senak perut haa nasib baik early dinner at 5.45pm kot dan lepak sini until 7.00pm.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


<b>jerai</b> : <b>di</b> mana peranan kerajaan <b>kedah</b> atas sekolah - jeraitv

Posted: 21 Dec 2012 03:00 PM PST

Satu pendedahan yang sebelum ini kita tidak mengetahui di mana Sekolah Agama Rakyat dan Madrasah Tahfiz langsung tidak pernah di bantu Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS walau pun dalam janji manifestor PAS di Kedah pada PRU 12, sekiranya Pakatan Haram Menang, PAS akan memperjuangkan pendidikan Islam kepada anak-anak di Kedah. Namun kini janji tinggal janji setelah menjadi pentadbir di Negeri.

Dahulu PAS Kedah sering mengatakan Kerajaan Negeri Kedah yang di tadbir BN merupakan Kerajaan Negeri yang Zalim terhadap Islam dan meminggirkan pembanguna Islam di Kedah, namun setelah menjadi pentadbir tiada satu pun usaha Kerajaan Negeri pentadbiran PAS membantu pembangunan Islam di Kedah, sebaliknya apa yang berlaku adalah penumbuhan pesat pusat-pusat maksiat di Kedah sehingga membimbangkan rakyat yang beragama Islam Kedah.

Semenjak menjadi pentadbir Kerajaan Negeri, PAS sering bermegah-megah mengatakan keuntungan Kerajaan Negeri berlipat kali ganda terutamanya dari hasil pembalakan.

Tapi ke mana perginya keuntung-keuntungan terbabit di gunakan untuk membantu rakyat di Kedah ?

Di mana sumbangan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS di dalam membela dan membangunkan Islam di Kedah ?

- PISAU KEDAH , JERAITV , AUPN , APJ