Ahad, 6 Januari 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


KedahLanie.info: Tanah runtuh <b>di Baling</b> hantui penduduk

Posted: 05 Jan 2013 04:00 PM PST

Wartawan Sinar Harian
5 Januari 2013
BALING - "Sehari suntuk saya tidak dapat tidur kerana memikirkan keselamatan saya dan keluarga. Saya risau sekiranya runtuhan tebing menjadi lebih teruk," kata Harun Hanafiah, 57, pemilik kediaman yang terlibat dalam kejadian tebing runtuh di Kampung Rambong Batu 7 di sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Ayah kepada dua anak ini bimbang apabila kejadian itu turut melibatkan beberapa struktur kediamannya.

Menurutnya, dia terdengar bunyi runtuhan kuat sebelum bergegas ke luar rumah untuk melihat bunyi runtuhan itu.

"Saya terkejut setelah mendapati beberapa struktur rumah termasuk tembok penghadang runtuh ke dalam parit," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kejadian tebing runtuh di kawasan parit tersebut merupakan kejadian kali kedua selepas 22 November tahun lalu.

"Sebelum ini, kejadian sama berlaku sehingga meruntuhkan titi di parit ini. Namun, masalah ini mendapat perhatian dan projek baik pulih sudah dilakukan.

"Namun, saya tidak menyangka kejadian sama akan berulang tahun ini. Kali ini lebih teruk kerana melibatkan struktur kediaman rumah," katanya.

Harun berkata, kejadian tebing runtuh itu dipercayai berpunca daripada aliran air yang deras berikutan hujan lebat sejak kebelakangan ini.

"Tidak mustahil, tebing ini akan terus terhakis sekiranya tidak mempunyai tindakan segera daripada pihak yang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Adun Bayu, Datuk Azmi Che Hussin berkata, beliau memandang serius mengenai kejadian tebing runtuh di daerah ini.

Katanya, beliau akan berusaha mencari penyelesaian segera bagi memastikan kejadian tebing runtuh tidak berulang.

"Kita kena mencari langkah untuk jangka masa panjang, bukannya sekadar untuk membaik pulih kawasan terlibat dalam kejadian ini," katanya semasa ditemui di kampung itu.

Hadir sama, Pegawai Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Sik/Baling, Nazatul Azni Hamzah.

Menurutnya, mesyuarat pelaksanaan yang dipengerusikan ICU akan dilakukan secepat mungkin.

"Mesyuarat ini melibatkan semua jabatan berkenaan bagi mencari mekanisme bagi mengekang kejadian ini dari terus berulang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan