02 di baling - Google Blog Search |
600 Keluarga Banjir Kilat <b>Di Baling</b> | MyNewsHub Posted: 24 Nov 2012 09:27 PM PST BALING – Lebih 600 keluarga membabitkan kira-kira 5,000 penduduk di beberapa buah kampung di daerah Baling terjejas oleh banjir kilat akibat hujan lebat sejak jam 3 petang semalam. Kampung yang terbabit ialah Gabus, Telok Pendiat, Pokok Sena Pulai, Raja Kupang, Landak Hilir, Banggol Lahar, Tanjong Merbau, Lubuk Pedati, Cenerai, Kuala Pegang dan Rambong Kupang. Banjir kilat yang mula melanda pada 6 petang semalam turut menenggelamkan kira-kira 50 hektar tanaman padi di kawasan kampung Landak Hilir, Kupang. "Sebelum ini kawasan rumah kami tak pernah berlaku banjir kilat seperti ini, tetapi semalam air masuk ke dalam rumah lebih dua kaki dan merosakkan peralatan dalam rumah," katanya. Che Rohisyam Che Zain, 31, berkata dinding rumahnya retak serta renggang kerana hakisan tanah yang berlaku akibat banjir. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain menasihatkan semua mangsa banjir supaya membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan dilakukan ke atas kerugian yang ditanggung. – BERNAMA Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di baling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan