Ahad, 6 Januari 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Ahli Parlimen <b>Jerai</b> Kata, Penyelesaian Luar Mahkamah Bukti AJK <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 08:41 PM PST

Betullah macam yang dikatakan orang… jangan pandang dari luaran, kerana mata kerapkali menipu kita. Jangan dilihat pada kopiah dan janggut sejemput dan jangan juga mudah percaya dengan ceramah yang kelihatan seperti ceramah agama, sebaliknya perlu berhati-hati kerana besar kemungkinan mereka adalah penfitnah yang terulung. 

Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar.

Kemelut Madrasah Salihiah merupakan duri dalam daging kepada umat Islam yang tahu hukum-hukum agama dan peri pentingnya menjaga amanah. Sewaktu UMNO-BN mentadbir Kedah, isu-isu seperti Madrasah Salihiah ditangani dengan penuh hati-hati. Bagaimanapun, sebaik-baik sahaja PAS memerintah Kedah, kelompok manusia yang berkepiah putih itu beranggapan, ilmu agama pada mereka, tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Lantas, mereka bertindak sewenang-wenangnya, sehinggakan TANAH WAKAF KHAS yang menjadi tapak madrasah tersebut, telah dijual kepada sebuah syarikat kontraktor dari Singapura.

Apabila terdedah bahawa status tanah tapak madrasah tersebut adalah WAKAF KHAS, PAS Kedah telah melakukan sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh mana-mana orang Islam sekalipun. Mereka mengubah status tanah tersebut untuk menghalalkan penjualan serta penyerahan kepada syarikat asing.

Tindakan AJK Madrasah Salihiah membawa ke pengadilan menambahkan lagi parah PAS Kedah. Seandainya PAS Kedah tidak menangani isu tersebut sebaik-baiknya, PAS bukan sahaja akan terjejas di Kedah, sebaliknya di seluruh Malaysia memandangkan parti tersebut cukup terkenal dengan penyelewengan dan penyonglapan sepertimana yang dilakukan dalam kes wang derma Tabung Memali.

firdaus

Satu penyelesaian di luar mahkamah telah dibuat atas permintaan PAS Kedah dan pentadbiran negeri. Rupa-rupanya persetujuan Jawatankuasa Bertindak Madrasah Salihiah itu, dipergunakan oleh PAS Kedah, terutama sekali oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar untuk melakukan fitnah yang lebih dahsyat.

Firdaus menuduh, penyelesaian di luar mahkamah membuktikan AJK Madrasah Salihiah jenis laparkan duit. Segala perjuangan yang dilakukan oleh AJK Madrasah Salihiah tidak lain dan tidak bukan, hanyalah bermotifkan wang. Cukup dengan menyuap wang ke mulut AJK Madrasah Salihiah itu, maka segala-galanya boleh diselesaikan dengan mudah.

Hina benar perjuangan mempertahankan hak dan tanah wakaf umat Islam di mata para pemimpin PAS. Walaupun pada masa yang sama, mereka sentiasa mendabik dada, kononnya merekalah pejuang Islam dan pengangkat martabat perundangan Islam, hakikatnya, para pemimpin PAS ini adalah najis mughallazah yang sentiasa menyebelahi musuh-musuh umat Islam!

Kalaupun seronok sebab kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah, apa perlu Mohd Firdaus Jaafar menghina AJK Madrasah Salihiah yang telah mengorbankan segala-galanya mempertahankan tanah wakaf yang tidak sepatutnya menjadi pertaruhan PAS untuk membuktikan mereka lebih baik daripada UMNO ketika memerintah Kedah?  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan