Ahad, 13 Januari 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


DUA BERADIK JATUH BOT <b>DI</b> SUNGAI <b>KUALA KEDAH</b> LEMAS

Posted: 17 Dec 2012 02:35 PM PST


Dua beradik dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Kedahjatuh dari bot

Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot fiber yang dinaiki bersama bapa saudara dan seorang lagi saudara mereka selepas bot itu senget, ketika bersiar-siar di muara Kuala Kedah pada Isnin 17 Disember 2012

mangsa jatuh bot kuala kedah dua beradik dikhuatiri lemas di sungai kuala kedah

SERIUS…Md Affendi (baju biru berdiri) menceritakan kejadian kepada ayah mangsa, Anuar (duduk dua dari kanan)

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Mohammad Hafiz Anuar, 4, danMohammad Asyrik, 9, terjatuh ke dalam sungai bersama bapa saudaranya, Md Affendi Ismail, 27,

serta kembar Mohammad Asyrik iaitu Mohammad Asyraf, ketika bapa saudara mereka sedang membelok bot tersebut untuk pulang ke jeti

Md Affendi dan Mohammad Asyraf berjaya diselamatkan nelayan manakala Mohammad Hafiz serta Mohammad Asyrik hilang dan belum ditemui sehingga kini

Md Affendi, yang mengemudi bot itu, berkata beliau membawa mereka bersiar-siar selepas tiga beradik tersebut memintanya berbuat demikian

Mereka selalu ajak saya naik bot, tetapi saya tidak endahkan. Tetapi hari ini, mereka menunggu saya di rumah dari pukul 8 pagi sampai 4 petang kerana mahu mengajak saya bersiar menaiki bot. Saya bawa mereka pada kira-kira pukul 4.10 petang dan menasihatkan mereka supaya jangan main air

Tetapi semasa saya membelok untuk pulang semula ke jeti, pasangan kembar itu bermain air menyebabkan bot senget dan kami semua terjatuh ke dalam sungai," katanya ketika ditemui pemberita di rumah emaknya di Taman Kota Nelayan

Md Affendi berkata semasa mereka terjatuh, beliau sempat memegang ketiga-tiga anak saudaranya sebelum dia sendiri hampir lemas

Semasa saya lemas, saya terlepas tangan Asyrik dan Hafiz. Saya dan Asyrafdiselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran kawasan itu manakala Asyrikdan Hafiz terus tenggelam,katanya yang bekerja sebagai nelayan

Mohammad Asyraf dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan

Mohammad Hafiz tinggal bersama Md Affendi sejak kecil dan telah beberapakali menaiki bot itu. Pasangan kembar itu pertama kali menaiki bot tersebut

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja Mohd Izham AbdulRahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 5.07petang, dan seramai lapan anggota dikejar ke tempat kejadian

Kita juga telah menghubungi unit skuba bagi membantu proses mencari dan menyelamat dua lagi mangsa yang masih hilang,katanya

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan sehingga ke laut dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan