ads

Khamis, 17 Januari 2013

02 di kubang pasu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


DYMM Sultan Kedah Murka Dengan Menteri Besar <b>...</b> - Kedah69ers

Posted: 16 Jan 2013 09:57 PM PST

Difahamkan, Pejabat Menteri Besar Kedah telah menerima sepucuk surat amaran dari DYMM Sultan Kedah berhubung beberapa tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh Azizan Abdul Razak yang dilihat memperkecil-kecilkan kuasa Sultan. 

Antara tindakan keterlaluan pentadbiran PAS Kedah ialah memandai-mandai melantik YDP PBT dari kalangan orang politik dan bukannya Pegawai Daerah. Kes ini berlaku di Kubang Pasu apabila Pentadbiran PAS Kedah melantik ADUN Kuala Ketil, Md Zuki Yusof sebagai YDP Kubang Pasu menggantikan seorang lagi ADUN PAS yang juga Exco Kedah, Phahrolrazi Zawawi. 

Alasan yang diberikan oleh Azizan Abdul Razak ketika melantik ADUN Kuala Ketil sebagai YDP Kubang Pasu ialah, penduduk Kubang Pasu tidak mahu Pegawai Daerah menjadi Yang Dipertua Majlis. 

Kontroversi perlantikan YDP Kubang Pasu berlarutan apabila orang PAS cuba menunjuk besar kepala mereka apabila SUK Kedah, Rasli Basir menukar Ahmad Fisol Mohd Nor yang merupakan Pegawai Daerah Kubang Pasu merangkap YDP Kubang Pasu ke Kuala Muda. Pengikut PAS telah membuat demonstrasi memaksa Rasli Basir meletakkan jawatan SUK tanpa menyedari bahawa Rasli Basir berada di bawah bidang kuasa DYMM Sultan Kedah dan bukannya di bawah Kerajaan Negeri. 

Secara tradisi, YDP Majlis adalah Pegawai Daerah di Kedah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan segala keperluan rakyat disalurkan secara lebih baik, berbanding YDP dilantik dari kalangan orang politik. Pegawai Daerah merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat terus kepada rakyat selain memerhati, memantau dan mengkaji keperluan rakyat. Sebarang keperluan yang disalurkan kepada wakil-wakil rakyat, akan disampaikan kepada Pegawai Daerah. Justeru perlantikan YDP Majlis dari kalangan Pegawai Daerah jauh mengatasi keperluan berbanding perlantikan orang politik sebagai YDP. 

Namun PAS bukannya jenis yang faham erti tanggungjawab dan keperluan. Bagi PAS, yang penting bagi mereka adalah politik. Apatah lagi jikalau ianya boleh memberi dana yang cukup besar kepada orang-orang PAS. 

DYMM Sultan Kedah difahamkan telah memberi amaran kepada Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah agar tidak mempermain-mainkan isu agama bagi mendapatkan undi untuk PAS.

Kebelakangan ini, di seluruh negeri Kedah, banyak masjid yang tidak lagi menggunakan khutbah Majlis Agama Islam Kedah, sebaliknya lebih seronok memanggil dan menjemput khatib dari luar yang membacakan khutbah dari otak mereka sendiri. Khutbah-khutbah Jumaat yang dibacakan seringkali memecahbelahkan lagi masyarakat Islam, memandangkan tok-tok khatib jemputan berfahaman PAS dan masih melihat UMNO sebagai sebuah entiti yang menyalahi Islam dari segala segi.

Kalau dalam isu YDP Kubang Pasu, para pengikut PAS mengecam SUK Kedah yang berada di bawah bidang kuasa DYMM Sultan Kedah, apakah kali ini mereka juga melenting dan akan meminta DYMM Sultan Kedah meletak jawatan?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved