ads

Khamis, 17 Januari 2013

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Model 80an: BERCUTI <b>DI LANGKAWI</b>

Posted: 15 Jan 2013 02:39 AM PST

Hidup mesti diteruskan....bercuti sakan pun harus diteruskan. Rengekan anak-anak minta bercuti macam irama dalam hati. Memang jadi fikiran tapi tak lama dan tak membebankan. Saya senang sekali  ada Liana dan Imran semua jadi beres dalam mengurus percutian kami semua. Liana dan Imran ni kalau book Hotel mesti nak yang best jer...nak murahlah pulak...maka dorang berdua ni memang sangat cekap meminta bantuan Kak G.
Flight tiket pergi booking dengan Air Asia rm400 pergi sahaja untuk kami 9 orang sekeluarga. Malangnya akibat lambat sesaat maka tiket balik dah tak dapat nak grab....Maka berpecahlah otak sekejap memikio kannya.....
At last keputusan yang sunguh bijak dibuat akhirnya kami book flight balik menggunakan Firefly. Selain senang giler dalam urusan timbang berat dan tak banyak cecadak...kalau bercuti waktu balik gunalah Firefly yang sungguh dekat dengan rumah saya iaitu di Subang Airport jer dan pula boleh bawak 20kg beban tanpa rasa cuak dan berdebar....hehehe
Jadi kalau nak bercuti ke Langkawi silalah intai intai offer offer tambang murah. Percutian yang murah berbaloi dan menyeronokkan haruslah dirancang terlebih dahulu...
Di sini saya kongsikan itinari percutian kami di langkawi seperti yang telah disetkan oleh Ahmad Imran anak bujang saya yang sunguh innovatif. Saya dan Hanis share separuh separuh sediakan ongkos untuk hotel, tambang kapalterbang, makan, bayaran boat, bayaran cable car untuk sekeluarga...
Ongkos Liana ditanggung oleh suaminya.Saya habis rm1000 untuk beli coklat bekal jajan anak anak ke asrama..Konon seorang budget rm70...last last budget kemana apa kemana  seorang jadi rm170 maklumlah....hati seorang ibu yang sungguh lembut macam coklat yang tertinggal dalam kereta ditengah panas....
Dari poket saya Imran dapat beg sandang dan wallet (Imran selalu tahu apa yang di nak) .Hafiiz dapat kasut sekolah, seluar slack dan mainan anak panah, Alisya dapat kasut sekolah dan mainan anak panah...Khairi dapat bag sandang...Manakala Hanis belanja adik adik dia semua pakaian untuk jalan.Dapatlah seorang 3 helai baju yang sungguh anggun dan agak branded.
Liana dapat untuk dirinya set pinggan mangkuk nasi tambah segala...maklumlah dah jadi suri dalam hidup Mohd Khairi Kurdi maka material shopping pun dah beralih arah.
Untuk saya, dapatlah sebiji dulang, 2 set teko dan cawan untuk minum petang, 2 biji mangkuk nasi tambah. 2 biji kuali non stick atas permintaan Hafiiz yang suka memasak.
Ok itinery untuk 4 hari 3 malam di Langkawi
Kami sampai airport pukul 10 malam. Van Pregio yang bermuatan penumpang 12 orang menggunakan diesel dengan sewa rm550 selama 4 hari tu (tel no : 0194499285) sedia menunggu di airport. Driver adalah suami sendiri bersilih ganti dengan suami Liana. Kami terus menyerbu tempat makan di Pantai Cenang di Restoran Haji Ramli malangnya hampir  nak tutup. Berpusing ke Pekan Kuah untuk Jai Island Corner tetapi hampir nak tutup juga maka berpusing balik ke pantai Cenang untuk ke Artisan Pizza yang semua makanan yang disediakan di situ sungguh sedap. Mereka pun tetiba ramai ramai nyanyi hepi besday untuk saya....hehehe dah makin tuwe.... 
Ok lepas dah sedar diri tu tuwe...kami pun bergerak balik ke Hotel One Helang yang bersebelahan dengan airport akkibat lambat booking hotel ditempat lain kebanyakan penuh. Kalau ada yang kosong pun rate satu malam rm1400. Ko mampu?  Maka kami book di Hotel One Helang dengan kadar rm230 net tetapi bilik sungguh besar iaitu satu bilik dua queen bed. Tapi bekpesnya sungguhhancusmacamtakdaideataktahumasakkeapantahhaih.
Ok hari pertama kami berlalu dengan ketiduran yang nyenyak kerana kepenatan di LCCT menunggu...ku menunggu.....lalalalalala
Selepas tidur yang nyenyak macam tak sedar diri mujur masih ingat nak bangun solat subuh...dan setelah melihat anak anak bujang keluar masuk bilik tak henti henti maklumlah booking 3 bilik berasingan maka itulah jadi...kejap ubat gigi hilang ke bilik mana ntah...maka pergi sarapan pun bersilih ganti sebab ada yang dah memang lapor giler terus turun membuatkan staff yang jaga coffee house agak compius sebab kejap sebut bilik 214 tapi dah 2 orang tadi sebut lepas tu sebut bilik 215 kemudian datang lagi sebut  haih...
Selepas sarapan kami pun bertolak ke Jeti Tanjung Rhu untu ke Kilim Geoforest. Kami booking satu boat untuk family kami jer.dengan bayaran rm180 (tel : 0124761154). Boat melalui hutan kayu bakau yang cantik ke Gua Buaya, Gua Pontianak dan ke Restoran Terapung di Hole In The Wall kepunyaan Encik Zamri. Kami book lunch di situ dengan harga seorang rm25. Hidangan adalah Siakap tiga rasa, sayur campur, telur dadar, tomyam campur , popia sayur, buah buah, nasi dan air oren.
Setelah kekenyangan kami di bawa berpusing balik melalui tengah lautan yang dapat menyaksikan Andaman Sea dengan pemandangan pulau pulau yang sungguh indah ciptaan Ilahi di Langkawi ni.. Kami terus menuju ke Cable Car untuk menaiki Cable Car yang paling tinggi iteww. Sebelum menaiki cable car kami singgah untuk menonton pengembaraan 6D cinema yang sungguh menyeronokkan.  Sebelah malamnya kami makan di Restoran Wan Thai yang sungguh sedap murah dan mabeles (012 4308014). Restoran yang sungguh banyak desert thai asli dan kami makan pulut durian yang mabeles. Setelah puas dan kekenyangan bil yang kami bayar hanyalah rm140. Memang strongly recommended.
Selepas sarapan kami bertolak ke Waterworld. Di sana kami dibawa oleh pemandu untuk ke jeti. Island hoping kali ni menuju ke Tasik Dayang Bunting, bermandi manda di sana kemudian melihat boat boat memberi makan Helang serta singgah di Pantai Beras Basah untuk mandi pantai.Harga sewaan untuk satu boat rm250 (tel no: 0195907732). Selepas sampai di jeti kami terus ke Mukim Melaka untuk makan tengahari (nasi campur) di Restoran Siti Fatimah. Selepas makan tengahri kami terus menuju ke Makam Mahsuri melawat sambil memborong kuih karas yang paling sedap, kuih goyang dan cok peneram (kalau orang johor panggil telinga keling) yang sungguh sedap. Saya beli 30 bungkus setiap satu untuk souvernir selain coklat daim. Sebelah malam kami meneru ke Jai Island Corner yang teletak di Kuah yang sebelum ni hampa sebab tutup. Makan di situ pun ok dan harga agak berpatutan.
Selepas sarapan terus check out dan bershopping kemudian kami makan di Mak Ngah Gulai Panas berdekatan dengan MRSM. Makanan ala kampung tapi panas panas. Cuma yang ni betul betul cekik darah. Bila saya tanya ditelefon harga berapa katanya taklah mahal. Bila saya bayar untuk lunch tu rm270.   Dua mangkok kari ikan jenahak, 8 keping bawal putih saiz kecil goreng kunyit,udang goreng butter cara kampung untuk 8 orang makan. sambal belacan dan ulam ulam. Air sirap oren  dan nasi. Maknanya seorang kena rm30.
Lepas tu kami sambung shopping dan terus ke airport. Selamat jalan dan akan kembali lagi ke Langkawi insyallah...paling saya rindui tentulah Wan Thai!!!









































































































































































































































































































































































































































































































































































































0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved