ads

Khamis, 10 Januari 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Media Kedah: Tu Dia !!! Pakatan Haram <b>Pokok Sena</b> Sanggup Hina <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 04:20 AM PST

Apa yang terjadi ini adalah kisah yang berlaku di deretan jalan dari Alor Setar ke persimpangan jalan menuju ke Kuala Nerang/Naka yang terletak di kawasan Pokok Sena.
Pada sambutan ulang Tahun Ke Merdekaan tahun lepas, pihak berkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengarahkan UMNO/BN bahagian tersebut menurunkan bendera parti yang di pacakan pada tiang lampu dari jalan Alor Setar ke Pokok Sena kerana pihak berkuasa MBAS mahu memacak bendera Malaysia bagi meraikan sambutan KeMerdekaan yang ke 55 tahun. 
Sebagai satu parti yang berjiwa Patriotik ( Sayangkan Negara ), Pemuda UMNO telah menurut arahan pihak berkuasa MBAS. Kesemua bendera parti UMNO/BN yang di pacak di tiang sepanjang jalan berkenaan di turunkan untuk memberi laluan kepada pemasangan bendera Malaysia.
Apa yang mengecewakan selepas 2 minggu sambutan Kemerdekaan, puak-puak Pakatan Haram yang di ketuai MKK kawasan berkenaan, MD Zain bersama Pegawai Khas Adun Bukit Lada, Izzat Shauki telah bertindak biadap membawa turun bendera Malaysia untuk di gantikan dengan bendera parti PAS dan PKR.
Bayangkan kalau bendera Malaysia pun puak Pakatan Haram tidak merasa sayang/hormati bagaimana pulak kasih sayang  mereka terhadap negara yang aman makmur ini sekiranya Pakatan Haram berjaya mentadbir Negara ?.
Apa yang dapat di lihat, dalam mentadbir Negeri pun puak Pakatan Haram melalui Kerajaan yang mentadbir Negeri telah pun merosakan kazanah bernilai Negeri Kedah melalui pembalakan yang tidak di kawal sehingga membuat segelintir rakyat terpaksa menerima kesan dari sikap rakus puak-puak Pakatan Haram dalam mentadbir Negeri.
Sudah jelas, puak-puak Pakatan Haram ini hanya mahukan kuasa sebagai pentadbir sahaja, tetapi di hati mereka tidak ada perasaan kasih dan sayang terhadap Negeri/Negara.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved