02 di tanjung dawai - Google Blog Search |
Inilah Ceritaku: Memenuhi Hajat Seseorang@<b>Tanjung Dawai</b> Posted: 23 Dec 2012 06:49 PM PST Semalam kami dikunjungi E l y n, mama dan ayahnya serta abang sulongnya yang bercuti (baru kerja di Petronas Kerteh). Depa dari kenduri kahwin di Gerik dan nak ke Alor Setar pula untuk satu lagi majlis kenduri sebelah mamanya. 2 Abdul cukup seronok bila dapat tau Elyn nak singgah. Suka layan Elyn yang speaking English memanjang. Cakap Melayunya pelat. Bukan diajar, tapi dek kerana dia ni sorang-sorang je kat rumah, rajin layan Barney's. (Mak sedara lahirkan Elyn sewaktu si kakak berusia 15 tahun ). Tahun ni Elyn bersekolah tadika di Cambridge Kids, Bukit Jelutong . Tahun depan, nak ditukarkan ke Tadika Islam pulak katanya. Pak sedara Anim ni teringin nak makan Ikan Bakar di Tanjung Dawai gara-gara "terpengaruh" dengan gambar dan cerita kawan-kawan di Facebooknya. Hahaha....kes terliur lah ni. Dek kerana Encik Suami ada meeting dan tak dapat bersama tetamu, Anim bawa depa ke s i n i sebab Restoran Ikan Bakar Mak Njang yang popular tu dibuka petang sikit. Dah dekat 3 petang tiba Arked Mara, tak banyaklah yang tinggal. Sotong katak, udang besar habis dah. Namun rezeki orang jauh yang dok teringin tu tetap ada. 2 ekor ikan jenahak, 10 udang saiz kecil dan 4 ekor burung puyuh yang semuanya dibakar jadi hidangan kami. Lain kali habaqlah awal-awal...senang sikit atur plan makan-makan ni. Tergelak kami semua bila Elyn bertanya, apa benda yang diletak atas pinggannya. Bila dikata "It's a bird"...spontan Elyn menjawab, "Poor bird!" P/S Siapa yang teringin tu, habaqlah awal-awal no.. |
You are subscribed to email updates from di tanjung dawai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan